Thursday, May 10, 2012

Bye-bye Monster


Antara perkara menarik yg buat aku suka pada Monster ialah luminousnya yang lagend serta harganya yang friendly pembeli. Dengan casing yang tough seperti shroud tuna nipis dan bentuk bezel seolah-olah bunga,memanglah menjadi pujaan aku sikit masa lalu. Sampai satu ketika aku memiliki 3 jam monster... Jam istimewa ini turut aku padankan dengan tali watchadoo memang nampak unik tak seperti monster kebanyakkan....Kini semuanya tinggal memori indah. Jam monster terakhir yang aku miliki ini juga akhirnya berpindah tangan.pada penghujung bulan lepas Alasannya tetap sama iaitu kurang perhatian. Walaupun tujuan aku menulis blog ini bukanlah untuk menjual jam tapi kadang-kadang ada juga sahabat-sabahat di luar sana yang pandai bermain kata-kata manis memujuk lalu menyunting jam-jam aku yang tak seberapa ni. Barangkali jam ni pun agaknya sedang bermain air laut di Lumut... bye-bye sayang

Thursday, May 3, 2012

Chrono yang satu

 Tiba-tiba aku teringat kenangan manis aku masa aku meranjau-ranjau menacari kedai Lim di Holiday plaza tahun lepas. Masa mencari-cari kedai tu aku tersua dengan jam yang memang aku tak sangka boleh berada di sini. Bila aku menjengah ke dalam almari jam di kedai jam depan Mc Donald tu aku terpandang kotak kuning prospex... Secara automatik jantungku terus berdegup kencang dan aku sedikit gementar...rasa macam nak melompat pun ada hehe
 Puas mata aku melilau mencari-cari model Seiko terkini yang dapat meredakan demam jam aku pada waktu tu tapi mata aku sukar untuk melepaskan pandangan dari yang satu ini. Aku pun beranikan diri menyapa tuan kedai sambil membuat muka seposen sambil tersenyum ala myeg " Berapa harga jam tu boss?"...  Sambil memegang tag jam tertera RM2888... fuhh memang tak ada harapanlah . Bila mendengar saja jawapannya memang seperti disentap-sentap jantung ku... walaupun sudah diberi diskaun memang aku tak mampu nak memilikinya...mana aku nk cari duit banyak tu?
 Sekembali daripada kunjungan ke kedai jam tersebut aku mula mencari maklumat tentang jam tersebut terutama harga yang aku kirakan sesuai. Sebulan kemudian aku datang lagi. Ingatkan dia dah tak kenal aku tapi sayangnya belum masuk lagi ke kedai dah disapanya aku dari kejauhan... Banyak juga dia school kan aku pasal jam Seiko... aku layan aja walaupun pada masa tu aku terus berfikir-fikir bila masa yang sesuai aku nak mula bertanya..... Akhirnya aku nekad meminta harga yang mampu aku bayar dan tak sangka dia setuju menjual. Mungkin fikirnya kalau dibiarkan, lagilah beku duit dia dalam almari tu... Maklumlah jam stok lama... 
 Secara jujurnya aku agak berbelah hati sama ada hendak meneruskan hasrat membeli jam ni. Maklumlah jam bateri. Seakan-akan terdengar suara-suara jahat membisik mengatakan jam bateri mudah rosaklah itu lah ini lah. Tapi itu kan lumrah alam. Jangan kan barang... orang pun boleh rosak juga kalau tak dijaga...
 Jam ni pada mulanya aku beli semata-mata atas sebab ianya model JDM yang memang menjadi buruan aku sikit masa dulu. Jangan haraplah nak beli dari luar negara masa tu. So bila ada peluang depan mata apa lagi zasttt kan terus...Seperti yang dijangkakan, kualiti yang ditampilkan memang memuskan. Jam yang diperbuat daripada titanium ini memang agak ringan dan terasa sedikit panas bila dipakai. Dial jam yang biru pada aku memberikan sedikit unsur elegance berbanding dengan dial oren yang memberikan kesan sporty pada si pemakainya. Dengan kebolehan chrono serta keupayaan menyelam 200m rasanya tiada sebab mengapa aku harus melepaskan peluang ketika itu...
 Antara perkara menarik yang aku suka pada jam ni ialah design bezelnya yang selapis dan nampak solid berbanding model skx007 dan 399 yang aku miliki. Badan jam yang berselang antara satin polish dan  brush seperti kebanyakkan model JDM memanglah sangat menarik serta membuatkan jam seolah-olah mahal...
Caseback jam pula ada tertera made in Japan serta pelbagai lagi catatan menarik bagi yang suka membaca.
 Jam ini juga kelihatan sedikit kecil walaupun mempunyai saiz yang seakan saiz skx007. Sepatutnya aku memasukkan gambar jam beserta kotak seperti kebiasaan yang aku buat tapi kali ni tak berkesempatan kerana kesibukan kerja yang luar biasa. Cuma satu saja masalah jam ni yang dapat aku kesan iaitu ianya mudah calar terutama pada claps yang sentiasa bersentuhan dengan objek. Tapi apa nak buat dah memang begitu sifat titanium...
Jam ni masih lagi boleh diperoleh di internet tetapi dengan harga yang semakin melambung. Bagi sesiapa yang sukakan jam divers dan tak elegi dengan enjin quartz, bolehlah mencuba model ini. Anda tentu sukakannya...