Saturday, December 15, 2012

G Shock Mini GMN-50 Pink x Black untuk Iqa

 Siang tadi bergegas aku ke pejabat poslaju sebab nak tuntut bungkusan yang baru sampai. Kebetulan semalam masa poslaju sampai aku masih dalam perjalanan pulang dari bercuti. Benda yang pertama aku terkam memanglah letter box. Dan tepat sekali ada di situ keratan penghantaran bungkusan ems yang tak dapat diserahkan.
 Untuk pembelian kali ni, aku berjaya dapatkan sebuah jam G Shock mini GMN-50 pink x black. Jam untuk puteri kedua aku ni hanyalah jam terpakai namun masih dalam kondisi terbaik. Mungkin ada rakan-rakan yang tidak perasan jam G Shock mini. Jam G Shock mini ni sebenarnya adalah keluaran Casio yang menampilkan rekaan yang serupa seperti G Shock asal cuma dengan saiz yang lebih kecil. Maksud aku yang sesuai untuk kanak-kanak atau pun orang dewasa yang sukakan rekaan asal G Shock tapi tak sesuai nak pakai sebab kebanyakan saiz jam G Shock memang besar-besar belaka.
 Tidak seperti kebanyakan jam-jam G Shock yang berkebolehan ketahanan air sehingga 20 bar tapi untuk G Shock mini hanya setakat 10 bar saja.
 Adunan warna hitam dan pink sungguh kontras dan menawan. Terdapat juga satu tingkap digital negetive display pada bahagian bawah dial. Aku belum meneroka lagi dengan mendalam fungis-fungsinya tapi sekali tekan pada butang bawah sebelah kiri akan menunjukkan e-data, world time, alarm, timer, stop watch, hands set, dan day-date.
 Antara yang aku suka tentang jam ni ialah bentuk jarumnya yang berlainan daripada yang biasa aku tengok. Ada iras-iras macam model GA110 sikit pun ya juga. Tanda putih pada hujung jarum jam dan minit memberikan cahaya luminous pada waktu gelap. Selain itu jam turut dilengkapi dengan 2 lampu LED putih yang terletak pada kedudukan 15 dan 45
 Tali jam juga agak super lembut dan sedap. Selain itu buckle dan band retainer juga agak kecil berbanding dengan G Shock biasa.
 Rasanya tak sah kalau tak ada gambar jam di tangan. Gambar menunjukkan jam di tangan Iqa.
Pembelian sewaktu aku sedang bercuti kali ni memang tak disangka-sangka berakhir dengan sukses. Jam G Shock mini yang dibeli memang amat memuskan dan memenuhi ciri-ciri jam yang aku cari sebagai hadiah kepada Iqa. Walaupun pada peringkat awalnya ada sedikit kebimbangan tentang saiz dan kualiti buatan maklumlah jam G Shock mini tak pernah aku lihat ada dijual di kedai-kedai jam untuk dijadikan perbandingan. Bolehlah dikatakan G Shock mini setanding dengan G Shock normal. Cuma yang tak syoknya ialah aku mula jatuh cinta pulak dengan jarum jam berlubang-lubang tu... :D

Saturday, December 1, 2012

Cinta kristal - Part 2

 Salam bahagia. Setelah didedahkan dengan sedikit thriller beberapa bulan lepas akhirnya tercapai juga hasrat untuk menghabiskan cerita Cinta kristal ini...
 Inilah juga julung-julung kalinya aku beranikan diri untuk membeli sebuah jam berenjin Swiss. Walaupun dengan berbuat demikian aku tahu ianya telah melanggar akta pembelian jam yang telah aku tetapkan. Tapi kali ni terpaksa juga aku buat pengecualian. Tentu ada sebab-sebab kenapa aku berbuat demikian.
 Antara sebab utamanya ialah aku sukakan design dan kedudukan badan jam yang sedikit mempunyai crown guard dan crown yang sangat memikat pada mata aku
 Juga gigi-gigi halus pada bezel jam juga berbeza dengan bezel-bezel jam yang aku ada setakat ini. Memang tak pedihkan mata.
 Dan antara yang mengejutkan setelah aku bukak kotak pos yang dikirimkan adalah bentuk kristal jam yang cembung macam tudung saji.
 dengan jarum jam tegak tiga tingkat yang sangat sederhana amat sesuai dengan rekaan pada dial jam
 Sedikit lagi pandangan dari sudut tepi. Jelas menunjukkan keunikan kristal jam yang menggunung.
 Badan jam langsung tidak dipolish. Yang ni kalau aku engrave kan nombor kat tepi body tentulah akan jadi macam jam-jam Steinhart atau Laco yang sinonim dengan nombor-nombor pada casing jam...
 Kombinasi markers bulat dan tiga segi pada jam 12 memang kombinasi yang menawan terutama lambang  segitiga tu. Kadang-kadang ada juga jam-jam yang aku jumpa mempunyai elemen yang hebat-hebat tapi kurang menarik akibat kegagalan rekaan makers yang sesuai.
 Pada aku jam ni lagi cantik apabila dipandang dari sudut sebelah kanan terutama apabila melihat kedudukan cadan jam dan crown yang 'terduduk' sangat kemas di tempatnya. Saiz lug 19mm pada jam asalnya didatangkan dengan tali nato tapi aku tukar dengan tropic sport supaya nampak vintage.
 Saiz jam yang yang sederhana sangatlah best. Kadang-kala aku terfikir juga orang-orang dulu walaupun susah tapi sangat beruntung sebab memunyai rekaan-rekaan yang cantik-cantik dan dapat diterima sehingga ke zaman ini.
Serba salah juga aku nak letakkan jam dalam keadaan ini maklumlah bimbang juga jika tercalar. Tapi untuk tatapan sahabat-sahabat semua aku relakan jua.
 Jam yang digerakkan dengan engin ETA 2824 ni pada pandangan aku agak berat sikit semasa dipulas crown nya berbanding enjin Seiko 6R15. Jam yang berkemampuan hack and wind ni juga senang dioperasikan. Jam ini juga didatangi dengan sistem screw in crown yang meyakinkan sipemakainya untuk bermain air. Mungkin ini jugalah antara penyebab mengapa aku padankan dengan tali swiss tropic.
 Hasrat nak memakai jam berenjin swiss dah pun tercapai. Tapi untuk membeli lagi jam-jam berenjin swiss di masa depan belum lagi dpat diputuskan memandangkan harganya yang tak mesra alam. Apa-apa pun aku menganggap pembelian kali ini sungguh unik dan terdapat elemen kejutan terutama cermin cembung tudung saji yang tak disangka-sangka. Jam type I memang cool dengan elemen vintage. 
Cuti sekolah sudahpun bermula. Macam biasa keutamaan untuk berjalan-jalan bersama keluarga lebih diutamakan, makanya dengan ini bajet-bajet untuk jam baru terpaksalah di 'hold' dulu. Tapi jangan 'hold' lama-lama pulak. Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Selamat bercuti