Thursday, June 6, 2013

Tukar bateri G Shock DW-5600C

 Salam hormat. Tanpa sedar sudah masuk bulan kedua tiada posting terbaru dalam jamseh...Mula-mula tu cadang hendak berehat sekejap tapi bila dah berehat makin sedap pulak sampai malas nak buat posting. Terima kasih kepada rakan-rakan jam yang sudi ingat-ingatkan aku untuk menulis...Jasamu dikenang. Baiklah sebagai permulaan setelah berehat panjang, cerita yang hendak dikongsi bersama ialah cerita aku menukar bezel g shock DW-5600C yang dah lama tersadai dalam almari. Kebetulan tanpa disangka-sangka ada seller ebay dari Brazil yang menjual set bezel, gasket, dan band untuk model ni dengan harga berpatutan walaupun bukan original tapi aku rasa aku perlu mencuba sebab peluang untuk dapatkan spare parts untuk model ni bukan senang nak dapat. Cerita lanjut tentang asal usul jam ni boleh anda banca di SINI .
 Ada sedikit kesukaran nak menanggalkan skru bezel. Tapi aku mengambil jalan mudah dengan menyiat bezel jam (macam coklat kandos)...perus dan berderai... aku semburkan sikit WD40 untuk melonggarkan sikit skru. Biarkan dulu untuk beberapa ketika.
 Inilah dia rupa daki tahun 80an yang masih kelihatan. Aku gunakan berus gigi untuk menanggalkan daki tersebut. lebihan spray WD40 banyak membantu menanggalkan daki dengan mudah. Lepas tu bilas terus dengan sabun kesukaan anda.
 Kelihatan gasket yang melekat pada case back jam. Harus diingat jangan cuba-cuba untuk menarik keluar gasket case back sebab ia akan mengembang dan memang tak boleh digunakan lagi. Mujur ada gasket baru... apa lagi jalankan terus... tapi usaha nak menghidupkan jam terpaksa ditangguh sebab dah malam...bateri pun tak ada...esok aku cuba cari dari kedai jual peralatan radio kat depan tu ... manalah tau kalau ada.
 Pagi tadi dalam pukul 11 aku jalan kaki aja pergi kedai... sambil-sambil ambil peluh...badan pun tak berapa sedap..>acam nak demam pun ada. Sampai kedai tinggal sebijik aja bateri model CR2016. Apa lagi aku bayar RM5 tanpa lengah. Sampai rumah tak sabar-sabar aku nak pasangkan bateri.
Apa yang menarik masa aku nak set masa. jam menunjukkan 1-1-85. Masih tahan lagi jam bateri ni walaupun dah berusia 28 tahun ni. Betul lah kata Jepun tu. Jam ni memang tough !
 Walaupun set bezel ni tak original, tapi secara keseluruhannya memang memuaskan. Design dan tulisannya cukup berbaloi dengan kos yang aku laburkan.
 Pandangan dari tepi yang menyenangkan. Cuma yang kurang memuaskan tentang bezel set ni ialah tali jam ni yang agak nipis berbanding tali g shock asal.
Walaupun akhir-akhir ni aku dah kurang nak beli jam-jam baru. Sekurang-kurangnya bila dapat tukar bezel dan band baru ni terubat jugalah kerinduan nak pakai jam baru. Walaupun perasaan memakai jam baru tak berapa sangat dirasai. Dapat pakai balik jam ni pun da kira ok sangat.

SOLD -  21/10/2013