Assalammualaikum dan salam hormat. JamSeh kembali semula setelah lama menyepi. Apa khabar semua? Harap korang semua sentiasa sihat. Kali ini JamSeh secara eksklusif membawakan sebuah jam untuk diulas iaitu jam jenama Dagaz dari model Typhoon T2. Jam ini telah aku perolehi kira-kira setahun yang lalu.
Sebenarnya banyak yang menarik yang boleh diperkatakan tentang jam yang unik ini. Unik sebab iannya hommage jam kegilaan ramai peminat Seiko iaitu Seiko divers 6105. Dulu aku pernah memiliki Seiko 6105 dan bila muncul peluang memiliki Dagaz...aku langsung tak lepaskan peluang. Cuma bezanya ialah pada pendapat aku model Dagaz ini dilengkapi dengan ciri-ciri hebat selain usianya yang masih muda. Tapi kepada rakan-rakan peminat jam yang 'purist' tentu tidak layan model Dagaz mungkin kerana faktor keasliannya. Pada aku ini bukanlah isu besar yang membebankan, lebih-lebih lagi harga 6105 yang di luar jangkauan akhir-akhir ini...
Sebelum aku terus membebel panjang ada baiknya kita mulakan dengan lambang Dagaz. Tali getahnya boleh tahan tebal dan tak mengecewakan. Hujung tali tak begitu panjang bila aku memakai.
Bezel seakan 6105 tapi aku x berapa ingat sangat. lagipun aku tak kisah sangat sama ada ianya serupa atau tak sebab bukan itu tujuan aku beli jam ni. Tapi memang tak dinafikan yang casing jam memang mirip 6105. Perhatikan juga lubang pada casing lug bagi memudahkan pemilik menukar tali.
Crown jam pula seakan model 6105 cuma ada lambang Dagaz yang membezakannya dengan model 6105. Crown adalah jenis screw in yang terbukti sesuai untuk jam-jam divers.
Bercerita tentang insert bezel pula, pada aku, ada unsur-unsur sumo di situ lebih-lebih lagi ketebalan nombornya. Dial jam yang simpel dengan marker SAT mengingatkan aku pada Seiko Tuna aku yang dah pergi tak lama dulu. Manakala jarum jam pula memang jarum asal Seiko Bond aka SKX divers.
Pandangan depan dengan dial yang simpel tak serabut serta tulisan kecil 300meter memang mendebarkan. Kedudukan haribulannya pada no 4 juga sangat aku gemari. Jam ini dijanakan oleh engin NE35 akan 4R35 dengan kebolehan hack and wind.
Ukiran pada penutup belakang jam juga agak simpel dengan maklumat yang sederhana serta menunjukkan keluaran ke berapa jam ini dikeluarkan. Untuk makluman, jam ini terhad kepada 500 unit sahaja.
Didatangkan standard dengan cermin sapphire
Keselesaan casing kura-kura yang melekap di tangan apabila memakainya memang antara yang tersedap pernah aku pakai. Dengan ciri-ciri yang yang memikat serta harga terjangkau membolehkan aku memiliki jam ini. Walau bagaimanapun posting ini adalah posting perpisahan aku dengan Dagaz kerana jam keramat ini telah disunting kumbang durjana (yang baik hati) hehe. In sha Allah, esok jam ini akan terbang ke destinasinya yang baru. Aku menganggap ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan aku sebagai peminat jam yang ingin aku konsikan bersama rakan-rakan pembaca yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini. Ada rezeki, di lain kali aku akan muncul lagi dengan ulasan-ulasan jam yang pula. Terima kasih
BOOKED 23/02/2015