Salam hormat. Lama sungguh rasanya tidak membuat posting untuk blog. Bukan sebab tak ada bahan tapi mungkin faktor umur, masa dan tenaga yang membataskan saya untuk menulis dengan lebih kerap. Untuk paparan kali ini sukalah saya nak memperkenalkan dua utas jam Seiko yang telah saya perolehi sekitar tahun lepas.
Jam yang dimaksudkan ialah jam Seiko SCVS003 (dial hitam) dan Seiko SARB035 (dial putih). Dua utas jam daripada negara matahari terbit ni memang model khas untuk keluaran dalam negara sahaja dan ini bermaksud jam ini tidak dijual di pasaran antarabangsa. Setahu saya, jika ada pun barangkali kedai tersebut memperolehinya daripada 'parallel importer'.
Salah satu persamaan yang dapat dilihat ialah penggunaan claps yang sama. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa kewujudan hanya dua lubang untuk 'fine tuning' bracelet terlalu sedikit dan tak banyak membantu, saya rasakan ianya sudah memadai selain memberikan sedikit 'flavor' baru kepada claps-claps yang biasa kita lihat. Kalau biasanya kita mcm 'kopek' claps nak lepaskan claps macam yang biasa dilihat pada model-model Seiko 5 dan Seiko divers skx, design claps ni lebih mesra kerana pemakai hanya perlu menekan semacam 'butang panjang' pada sisi claps dan terbukalah. Kalau diperhatikan dengan lebih jelas gambar di atas, masih terdapat lagi 'plastic protector' pada bawah claps. Macam seolah-olah orang baru beli kereta baru tak bukak plastik pada 'head rest' pun ada...begitulah situasinya...hehe
Kalau model-model divers, tentu ramai yang gemarkan dial hitam sebagai warna 'selamat' untuk dipakai berbanding warna-warna lain. Tapi untuk model-model dress watch, pemilihan dial hitam jarang berlaku.
Model sSeiko scvs ini juga dikenali sebagai model 'spirit' dan penggantinya adalah model-model sarb. Dengan tali ss yang ada sedikit sentuhan 'rice' di tengahnya membuatkan jam kelihat classic. Saya percaya ramai di luar sana yang gemarkan tali bereka bentuk oyster sperti kebanyakkan model-model sarb yang baru, tak dinafikan saya pun sukakanya, tapi tali milik Seiko scvs ni nampak 'perfect' dengan bentuk jam.
Sementara Seiko sarb035 ni pula rasanya tak perlulah diperkenalkan lagi kerana ramai yang maklum. Antara yang saya suka tentang penampilannya ialah jarum saat yang berbentuk 'jarum jahit' yang pada hemat saya antara rekaan terbaik daripada Seiko. Begitu juga jika halnya dengan jam-jam divers. Tentu ramai yang suka dengan rekaan jarum saat 'traffic light' yang cantik lagi unik tu.
Sedikit lagi perbezaan tentang kedua-dua jam ini ialah tulisan-tulisan yang terdapat pada dial jam. Bagi model scvs, tertera tulisan Automatic Diashock 23 jewels. Saya paling sukakan tulisan diashock itu kerana ia mengingatkan tentang Seiko Alpi hijau yang saya miliki. Manakala jam sarb035 ini pula lebih simple dengan hanya tulisan Automatic 23 jewels. Bagi yang ini, saya sukakan tulisan Automatic nya yang pada pandangan saya antara yang tercantik. Kedua-dua jam hanya memiliki date window saja yang praktikal.
Jam scvs003 ini dijanakan oleh enjin terbaru 6R15C, walaupun pada asasnya jam sarb035 adalah keluaran terkini tapi ia hanya dijanakan oleh enjin 6R15B. Walau bagaimanapun, perbezaan jenis enjin tidaklah membuatkan kualiti antara kedua jam jauh berbeza. Saya beruntung kerana sekitar hujung tahun 2012, Seiko Jepun telah mengeluarkan 'limited run' untuk model scvs ini, mungkin dengan saki-baki dial yang masih ada, dan dengan sebab itu juga jam scvs003 ini dipacukan dengan enjin 6R15C, enjin 6R terbaru keluaran Seiko. Oleh itu jika rakan-rakan pembaca terjumpa model-model scvs dengan enjin-enjin 6R15A atau 6R15B, ianya masih original, cuma ianya keluaran awal daripada kilang Seiko.
Kedua-dua jam dalam kotak asal disertakan sekali dengan tag. Bagi peminat-peminat jam, tag-tag kecil dan buku manual dan warranty penting sebagai pelengkap koleksi. Kesimpulannya saya merasakan model-model scvs dan sarb dengan kebolehan hack and wind ini adalah model-model yang berkualiti dari segi buatan dan kejituan masanya. Cuma saya jarang pakai sebab selalunya saya memakai jam g shock aja dalam urusan seharian.
SEIKO SARB 035 - SOLD 13.02.2013
SEIKO SCVS 003 - SOLD 12/2013
SEIKO SCVS 003 - SOLD 12/2013