Saturday, July 20, 2013

G-Shock GA-110-1B

 Salam hormat. Sedang kita umat Islam sibuk dengan ibadat dan persiapan di bulan mulia ini sempat juga aku meluangkan sedikit masa untuk membuat ulasan tentang jam Casio milik adik aku ni. Jam yang bernasib baik untuk diulas kali ini adalah jam Casio G Shock GA-110 dari keluarga besar 'big case' G Shock yang mempunyai seramai 142 ahlinya setakat ini.

 Jam ini dibeli terpakai dari penjual mudah secara online. Kondisi boleh tahan siap kotak tanpa manual. Pada awalnya aku sedikit skeptical bila diajukan sama ada sesuai tak kalau nak beli jam ni. Memandangkan harga tawarannya sangat berpatutan, akupun berikan restu tanda setuju. Jam kelihatan biasa-biasa saja dari sudut tepi terutamanya tali mirip model dw-5500 dengan sekali pandang.
 Tapi setelah jam itu diterima, maka terserlahlah keunikannya yang tersembunyi. Pada pendapat aku walaupun gabungan warna warni yang pelbagai bagi model ini, bolehlah dikatakan aku sangat suka akan kombinasi warna jam ni. Nampak stealth dan lasak.
 Lebih-lebih lagi jika dilihat pada rekabentuk jarum jam yang unik yang menjadi simbol kehebatan model GA-110. Walaupun dinamakan 'big case', ianya tidaklah terlalu besar dan agak sama saiz dengan g-shock gw-a1000 milik aku. Cuma yang membuatkan jam ni kelihatan besar ialah saiz tali jam yang memang besar berbanding tali G Shock biasa.
 Jam G Shock keluaran Tanah Besar China ini juga disapukan sedikit cat luminous pada hujung jarum jam namun kebolehan lominusnya tidaklah sehebat jam-jam divers tulen. Namun begitu jam ini juga didatangkan dengan lampu LED kecil di kedudukan no 6 yang berwarna kekuningan. Paling best tekan butang lampu (pukul 2) waktu malam...memang menawan
Sebagai peminat jam-jam G-Shock, model ini aku rasakan sangat sesuai bagi mereka yang memiliki ruas tangan yang besar. Malahan aku sendiripun merasakan jam ini agak besar semasa memakainya. Oleh itu jelaslah bahawa jolokan 'big case' memang tepat sekali untuk jam ini. Dengan kombinasi warna dan keunikan jarumnya yang memikat anda yang meminatinya pasti dapat merasakan kepuasan memilikinya. Untuk gambar-gambar yang lebih menggoda, sila tekan SINI