Cerita kali ni berkisar tentang sebuah kisah duka lara lagi sedih. Sob sob so, aku pilih tajuk "Dimanakan ku cari ganti" rasanya sesuai sangat dengan paparan cerita kali ini. Baiklah aku mulakan dengan soalan berikut, Siapa kat sini yang pernah memiliki G Shock atau baby G, sila angkat tangan. Rasanya ramai di luar sana yang dah biasa dengan jenama jam yang hebat ni...
Biarlah aku jelaskan penceritaan kali ini berkaitan dengan sebuah jam baby G Frogman yang barangkali ada yang belum pernah lihat secara live tapi hanya melalui gambar-gambar dari internet saja. Memang ada jam Baby G Frogman dan sebiji lagi dengan sedikit perbezaan tapi rupa yang sama iaitu Baby G Seaman. Bayangkan kalau secara live pun sukar ditemui, maka kalau terjadi sesuatu yang tak terduga ke mana harus dicari gantinya (spare parts).
Jam yang pernah dimasukkan ke Ebay secara haram ni sikit hari dulu telah pecah bezelnya. Ya, pecah bezelnya kira-kira sebulan yang lepas. Petanda-petanda awal kehancurannya sebelum ianya lerai jatuh ke bumi ialah bezel (resin) kelihatan berkilat/licin. Ianya hancur bak biskut. Padahal ia tidak diperlakukan secara kasar malah dibelai dengan penuh kasih dan sayang. Retakkan pada bezel G Shock @ Baby G perlu diambil secara serius kerana bencana akan hadir tak lama kemudian..adoiii
Ramai juga kawan-kawan yang tanya mana nak dapat spare bezel untuk jam G Shock. Buat masa ni internetlah sumber terbaik untuk cari spare parts. Kalau yang rosak tu model-model popular seperti DW5600 dan DW6900 senanglah kita kacukkan dengan beli jam G Shock pasar malam.... Banyak juga aku dengar kisah-kisah bezel pecah akibat proses penukaran bateri atau semasa membersihkan kotoran yang melekat pada jam.
Aku beranggapan bahawa semuanya tadi adalah untuk kes-kes terpencil yang tak mungkin terjadi kepada aku kerana jam-jam aku, aku belai dan pelihara dengan sepenuh kasih sayang. Tapi bila sampai masanya, maka beginilah yang terjadi dan aku pun tak nampak di mana aku boleh dapatkan bezel ganti untuk jam ni...
Jam G Shock@baby G memang hebat. Bezel jam yang dicipta memang direka khas untuk menyerap segala macam hentakan dan goncangan membuatkan jam ini seperti kereta kebal. Buat masa ni, niat membeli G Shock@baby G baru ditunda dulu. Mungkin kesan langsung daripada kejadian ini. Catatan ini bukanlah bertujuan menakut-nakutkan mereka yang memiliki jam seumpama ini.
Kesimpulanya...
1. Pemilik G Shock perlu bersedia dari segi mental menghadapi dugaan ini
2. G Shock tak ada bezel memang hodoh
3. Kenalpasti kesan-kesan penuaan pada bezel dan band G Shock untuk pencegahan pereputan
4. Kalau ada duit beli bezel spare
5. Kedai-kedai jam tempatan hanya ada band original. Bezel tak ada
6. Jangan usik jam kalau tak perlu takut lain pula (masalah) akan timbul
aku kalau body dw ada la sparepart
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Memang x banyak sumbernya...carian di ebay juga agak hampa. Nampaknya kena perhatikan juga kesan-kesan penuaan jika ada pada g-shock masing2 ni.
ReplyDeleteKita senasib Bro...aku ada dua jam G-Shock yang dah takde bezel.Frogman dan Gaussman.Lerai dan rapuh macam yang jadi kat G ko.10 tahun dah usia dua2 jam aku tu.
ReplyDeleteJam G-Shock mmg gitu... Bila di mamah usia.. dia punya bezel jadi reput & rapuh....
ReplyDeletemodel model nipis mcm databank, f-series tu gak yang tahan lama...
ReplyDeleteAmar...aku mmg nk cari bezel 5600, ko ada stok ke bro? hari tu pakai, nmpk da mula retak sikit kt tepi laa...adoi
ReplyDeleteWali... kat ebay kadang2 tu ada jual, spare parts jam2 lama ni mmg kena kumpul sikit untk masa depan hehe :)
ReplyDeleteYus...salam perkenalan. G Shock champion tu bro...harap2 air mata tak mengalirlah bro... :(
ReplyDeleteDj...aku tgh menghitung hari ni...G Shock ada 8 biji lagi dlm simpanan...sayang tuuuu
ReplyDeleteErmm...boleh ke kita gam bezel yang pecah? kalau boleh pakai gam apa???
ReplyDeletewah sedihnya....
ReplyDeleteApa nk buek huhu :(
ReplyDeleteaku rase model dw 6900 yang ade stok
ReplyDeletenampaknyer kena pikir kalau nak beli frogman laaa... skrang ader sibijik, model 1st frogman... alhamdulillah OK lagi, cuma strap's "loop" dia jeerr dah putus. ader apa2 petua nak jaga body g-shock??
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMungkin ini adalah berita baik untuk G-Shock Collector,
Pengalaman saya sama seperti diatas Bezelnya pecah,
Saya penah hantar kat Marco Coperation kat KL untuk tukarkan Bezel Original dari Japan.
Model G-Shoch AW570 Mudman.
Anonymous...sorry late reply. Strap loop masih boleh cari lagi tapi tak ori sbb banyak model imitation frogman yg pakai loop yg hampir sama. Aku pn tak ada petua. Mungkin kalau syg sgt dgn model tu kna bli spare set utk band dan bezel :)
ReplyDeletemantinboy...Tk atas info tu. AW570 mudman mmg ragi lagi cun. Mungkin sbg kolektor kecil-kecilan akan teras beban jika kos tukar bezel lebih dari kos beli jam baru
Pegi pertama kompleks mungkin ada.tanye kedai jam kat sne
ReplyDeleteINi untuk dijual ke bang?
ReplyDeleteJam ni masih lagi mcm tu. Saya x buat apa2 pun. Kalau ada yg berminat dan sesuai harga bole juga saya jual
ReplyDelete