Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan. Ada yang bekerja ada yang bergembira...
Ada juga yang masih lagi enak dibuai mimpi-mimpi indah
Namun begitu haiwan-haiwan sudah mula mencari makanan di celah-celah dahan pokok yang menghijau..
Kincir air yang lama ni walaupun kelihatan uzur tetap juga menabur bakti kepada yang memerlukan..
Sepasang kekasih ni pula, orang pergi kerja dia pulak sibuk menari. Mungkin mereka nak menyertai pertandingan 'sehati berdansa/mari menari/you know you can dance". Tak pe lah janji korang bahagia...
Sebenarnya inilah sebahagian daripada cerita yang berjaya aku garap daripada salah satu jam dinding yang ada kat rumah aku ni. Nak aku cerita pasal jam tangan, jam aku bukan banyak sangat. So aku selit-selitkanlah dengan cerita-cerita jam dinding. Seperti yang dapat dilihat pada dial jam ada tertera "Quartz Japan made". Maknanya jam ni bukanlah jam kunci macam jam cuckoo black forest tu tapi jam kuasa bateri. Tapi aku pernah lihat ada jam cuckoo yang tertulis "Battery" pada dial. Aku percaya ramai yang di luar sana yang merupakan peminat-peminat jam cuckoo
Pernah dalam sejarah jam sedunia jenama Rhythm mengungguli pengeluaran jam dunia suatu masa dahulu. Cuba kita perhatikan kat rumah-rumah kampung yang lama-lama tentu ada jam dinding rhythm yang duk tergantung. Jam-jam rhythm baru masih ada lagi dijual di kedai tapi harganya sekarang faham-faham sajalah. Banyak juga jam-jam dinding rhythm yang berjaya aku bawak pulang selepas balik beraya. sambil menziarahi sedara mara sempat juga aku jeling-jeling kat dinding, manalah tau ada jam lama. Tapi ini bukanlah satu arahan atau pencetus idea tapi sekadar pedoman dan kalau boleh janganlah dijadikan teladan....
Sepasang kekasih yang asyik menari tadi sebenarnya menari mengikut alunan lagu Blue Danube Waltz. Kalau nk tau macam mana lagu tu, taip ajalah nama lagu kat youtube. Rasanya tak perlulah aku jelaskan macam mana bunyinya. Betul tak?
Jam ni digerakkan dengan 2 bateri saiz "D". Sebelah kiri atas yang putih tu tempat di mana bunyi cuckoo tu dihasilkan. Motor putih sebelah bawah tu akan berfungsi sejurus selepas bunyi cuckoo dengan memutarkan penari dan bunyi lagu secara serentak.
Jam ni aku beli sekitar bulan November 2003 dan masih lagi berfungsi dengan baik. Warna asalnya hanyalah warna kayu tapi aku dengan beraninya telah memberikan nafas baru beberapa tahun lalu supaya nampak lebih ceria dan penuh goda. Sila klik di SINI untuk gambar sebenar dan spec jam ni.
Aku sangat berbangga dengan memiliki jam ni. Walaupun hanyalah jam cuckoo bateri tapi ramai tetamu yang datang pasti terpesona dengan keunikannya. Kalau ada anak-anak yang menangis pun boleh kita redakan tangisannya apabila jam ni berbunyi.
Akhir kata....
Jam ceria, keluarga bahagia
Classic ni bro...berminat gak, nak letak kat bilik anak2
ReplyDeleteBest bro! Tak pernah jumpa yg quartz camni... berapa rega ni?
ReplyDeleteAku tgk jam camni yg kunci kat Mid Valley RM15k! Fuh!
Walikard... kalau ada rezki apa salahnya. jgn tersalah beli, ada cuckoo yg bunyi pakai sound speaker aja haha
ReplyDeletedj..masa amik dulu dlm sekitar rm700+..byk model utk dipilih klu bajet mengizinkan. Yang jam kunci mmg cun, tapi byk masalah sebab enjin dlm terdedah pada udara yg selalunya membuatkan enjin berkarat...
ReplyDelete