DIRECTIONS
Setting Up This Clock
Suspend the clock by a nail or screw in the wall. The case should be adjusted so that the beats of the pendulum will be equal and the should be fastened in this position by putting a screw through the back of the case
SETH THOMAS
THOMASTON CONN.. - USA
Jam dinding pun ada yang sehebat jam tangan. Malah jam dinding lebih dahulu popular dari jam tangan. Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang jam dinding Seth Thomas yang telah aku perolehi pada 21 Disember 2006 di sebuah kedai antik di Pontian. Masa tu aku dengan bapak aku saja-saja ronda-ronda cari pasal kat Pontian lalu singgah disebuah kedai antik Melayu (sekarang da tutup). Selalunya kami pilih perabut antik tapi ntah macam mana hari tu boleh terperasan pulak jam ni dalam office. Kata pemilik kedai jam ni seusia dengan perang Jepun. Pada aku da cukup hebat. Ini bukan USA, barang antik dari tahun 1700 pun ada lagi. Barang saki baki Jepun tahun 40an pun sudah dikira baik apa. Tapi nama Seth Thomas taklah sepopular Junghans yang biasa aku kenal kalau sebut pasal jam lama...setelah minum-minum sikit kami buat keputusan untuk beli saja walaupun tak tahu nilai jam ini. Suspens pun ada... Sampai masa gambar ini diambil pun aku masih tak tahu jenis apakah jam ni...
Jam yang boleh hidup sehingga seminggu setengah (rekod peribadi) dengan sekali kunci nampaknya sungguh simpel. Dial dengan tulisan roman, dua lubang kunci serta jarum spade nampak taklah begitu hebat berbanding jam-jam kotak tiga lubang. Siapa nak jam pekak macam ni. Tak banyak maklumat yang boleh aku dapat melalui dial jam yang begini. Ada tertera tulisan Manufactured In The United States Of America pada bawah dial. Dulu pernah sekali aku polish jam ni, itu pun kira-kira 3 tahun lepas. So bila ada peluang dan kerajinan macam ni aku ambil kesempatan untuk berkongsi maklumat dengan semua yang ada di luar sana. Kebetulan pula jam ni habuknya da tebal sangat, bolehlah aku polish sikit apa yang terdaya...
Ukuran jam:
Height: 26 in. (66.04 cm) Depth: 4 in. (10.16 cm) Width: 17 in. (43.18 cm) Weight: 10 lbs
Repaired 1 - 10 - 62
Itulah yang aku baca tulisan di belakang dial jam bila saja aku buka. Maknanya jam ni pernah di baik pulih pada tahun 62. Dari jenis tulisan dan nama memanglah bukan nama orang Malaysia. Masa tu mungkin jam ni masih lagi di USA. Bila diamati lebih mendalam rupanya dial jam telah diperbaiki dari dalam sebab ada kesan timah pada sekeliling dial (belakang jam)...
Cantik betul enjin dia. Semua tembaga babe. Ada cetakkan ST USA pada sebelah kiri dan Made in U.S America di sebelah kanan. Pada hujung kaki kanan ada tertera nombor 44C (mungkin jenis enjin jam). Carian enjin 44c di internet tidak memberikan banyak maklumat setakat ini... Menurut firasat aku jam ini dari jenis regulator. Chime setiap 1 jam. Ada kemungkinan jam ni jenis Rio.
Gambar-gambar di atas boleh dibesarkan dengan klik thumbnail
Terdapat tulisan/cop kabur 91 D di belakang jam
Aku pun surf internet dan inilah yang aku perolehi...
Clockhistory.com .... Many Seth Thomas clocks from 1881 to 1918 have a date code stamped in ink on the case back or bottom. Usually, the year is done in reverse, followed by a letter A–L representing the month. For example, April 1897 would appear as 7981 D.
Kesimpulan awal daripada aku yang tak berapa pandai ni adalah..Jam ini paling muda umur lahir pada tahun 1918 betul tak?? kalau ikut tahun sekarang ni 2011 maka jam ni dah berumur hampir 93 tahun dan masih berkhidmat dengan baik lagi (antara jam dinding terpercaya di rumah)
Berbalik kepada kerja-kerja polish yang memerihkan ini berlangsung hampir 2 jam setengan untuk polish frame cermin atas dan bawah. Puasa dah tak lama lagi...penat betul menggosok. Itu pun aku buat keputusan untuk tidak menggosok kerawang pada jam. Menurut gambar-gambar yang aku pernah lihat di internet sepatutnya ada emblem seperti bunga pada kayu berbentuk kubah masjid terbalik pada jam. Yang menariknya, bentuk bunga itu aku hanya ada satu saja sejak beli dulu. Perasan tak bekas bulatan pada cermin bawah. Di situlah ia diletakkan tapi aku rasa tak berapa cantik lalu menyimpannya sahaja.
Kerja-kerja polish hampir selesai. Ada satu lagi perkara yang perlu diambil kira jika membeli jam dinding antik. Menurut internet cermin jam lama selalunya berombak@ seolah-olah beralun. Bukan permukaan cermin yang beralun. Cermin rata tapi dalamnya kelihat beralun serta berbuih kecil pada bahagian tertentu. Jam ni memiliki ciri-ciri tersebut. Jika jam lama bercermin cantik ada kemungkinan cermin telah ditukar baru...
Pembelian yang pada awalnya membinggungkan akhirnya boleh aku anggap sebagai pembelian terbaik. Jam ni masih lagi tergantung di rumah aku memberi khidmat tidak jemu-jemu. Walaupun dia punya strike setiap jam agak luar biasa bunyinya (paling kuat berbanding yang lain) , jam ni tidak banyak kerenah. Dial yang besar senang dibaca. Bagi yang tak biasa, anda tentu tak boleh tidur malam sebab gangguan bunyi. Jam pun dah kembali berkilat, hati pun senang. Syukur dengan segala nikmat Allah. Amin....
Kesimpulan:
1. Jangan beli jam rosak, ada kemungkinan kos baik pulih lebih mahal dari harga jam
2. Dinding rumah ada 4, so maksimum 1 jam pada setiap dinding
3. Beli jam yang pendulum tembaga sebab makin lama makin sedap dipandang
4. Kunci jam antik mahal sebab ada yang guna untuk tujuan lain
5. Jam ada pelbagai lubang, 1,2,atau 3... lagi banyak lubang lagi penat mengunci
6. Jangan letak jam tinggi-tinggi kerana susah nak kunci (paling kurang seminggu sekali kunci)
7. Jangan sekali-kali cuba menolak jarum jam, gerenti rosak...tolak jarum minit
8. Kunci jam jangan sampai maksimum, bimbang spring lepas
9. Jam 30 hari paling best sebab sekali kunci tahan 30 hari
10. Lama-lama akan timbul rasa malas kunci jam....
P/s Sebarang komen dialu-alukan. Saya hanya mentafsir mengikut apa yang saya faham saja. Saya juga da setting balik comment setting bagi rakan-rakan yang tidak dapat memberikan komen pada pos terdahulu. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Salam penuh hormat dari saya
Lom terdetik dalam hati ni nak miliki jam dinding camni. Menarik gak ye...
ReplyDeleteAku suka. Susah nak dapat jam macam ni sekarang, especially yg masih hidup. Aku ada Anniversary Clock yg sampai sekarang belum perbetul. Sekali kunci sepatutnya tahan setahun. Belum berkesempatan nak review.
ReplyDeleteDj...belum terlambat lg rasanya :)
ReplyDeleteBro PM... wah lg best anniv clock...rileks habis tuh... Jam2 lama mmg cantik, tp jgn byk tangan...hehe
ReplyDeleteMenarik jam-jam lama..dulu kat kampung ada satu, tapi x pernah peduli...mgkn kena cari balik dan perhati2 apa yang patut. Tahun 1918? Memang lama
ReplyDeleteWali... kt kg wife ada sbijik tp da rosak teruk... ramai yg kurang hargai barang2 lama... barang2 lama ni perlukan pembelaan... :)
ReplyDeleteSah kul, kalau ko nak tengok jam aku tu, pegi posting Jam Mantel. Asmar panggil jam mentel
ReplyDeletePM...terima kasih...lum baca lagi entri tu..
ReplyDeletemana nak repair jam dinding antik?
ReplyDeleteSorry late reply... saya pun x mahir sangat dlm hal2 me repair jam. Adalah dinasihatkan untuk menghantar ke tukang jam berpengalaman...
Delete