Sunday, July 24, 2011

Klasik G

Pernah satu masa dulu aku mabuk jam G Shock. Aku tau ramai peminat G Shock di luar sana. Sekarang G Shock lebih dikenali dengan warna warni dan features-nya yang pelbagai. Pernah aku beli sampai 3 dalam sekali pembelian. Dan koleksi G Shock aku pernah sampai 35 buah pada masa tu. Masa berubah dan aku pun turut berubah. Begitu jugalah minat terhadap jam G Shock turut berubah bila dah terlalu banyak sangat G Shock dipasaran. Aku rasa seperti tidak dihargai lalu sedikit demi sedikit aku kurangkan koleksi dan kini hanya tinggal 8 ketul yang masih lagi bersama.
Salah satu model model G Shock yang masih aku simpan ialah dari keturunan DW-5600C yang aku perolehi sekitar Disember 2008 adalah antara keluaran terawal keturunan DW-5xxx. Model-model terawal 5xxx dapat dikesan dengan mudah daripada penutup module jam. Yang awal daripada jenis screwback manakala yang baru diikat dengan 4 skru kecil pada 4 penjuru. Bagaimanapun ianya tidaklah menjejaskan ketahanan jam tapi bagi aku ianya sesuatu yang unik yang dapat membezakan yang baru dan yang lama. Model terawal jam ni menggunakan module 691. Selain itu juga dapat dikesan perbezaan seperti permukaan yang kasar pada caseback 901, manakala 691 licin.
Gambar di atas menunjukkan perbezaan ketebalan jam. Di sebelah atas adalah daripada module 1545 dan di bawahnya ialah dari module 901. Jelas sekali jika ingin menukar bezel, 5600C tidak boleh menggunakan bezel model baru. Maka disebabkan ini juga terpaksalah aku menangguhkan dahulu hasrat untuk mencari bezel dan tali baru. Biarlah nampak lusuh ditelan masa, padahal duit yang tak ada haha...
Jam yang pernah berlakon dalam filem Speed 1994 lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock turut dilengkapi lampu tetapi bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Lampu jenis LED ni tak banyak membantu langsung, sekadar buat ada-ada saja. Tapi ada peminat yang kata unik...
Jam G Shock lama ni boleh juga dikenali melalui dial jam jika diperhatikan betul-betul. Kalau dapat yang tulis 20bar lagi rare sebab katanya dari model JDM. Selain itu juga tali jam model ini juga ada bentuk kotak pada lubang buckle.
Bagi yang tidak ke arah jam digital tentulah cerita kali ini tidak membawa apa-apa makna. Memang diakui jam-jam G Shock semakin berlambak di pasaran. Namun peluang untuk memperolehi model-model awal G Shock semakin sukar dan ianya mula mendapat perhatian di kalangan peminat jam G Shock. Walaupun jam ini tidak lagi aku gunakan tapi memilikinya membuatkan aku bahagia. Jam ni tidaklah mahal walaupun berstatus klasik (bagi yang sewaktu dengannya). Satu perkara lagi kotak hexagon G Shock dalam paparan barangkali lebih sukar diperolehi daripada jam, entahlah...

6 comments:

  1. Model ni mencecah angka RM1k dijual di thewatchsite.com, forum jam antarabangsa. Screw caseback tu dah menyebabkan orang jadi angau...huhu...ko ada lagi model bro..bertuah

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak dpt yg skru caseback tu skrg. Mmg bertuah memilikinya

    ReplyDelete
  3. wali... betul ke da cecah 1k...klu dapat spare bezel dgn band lagi laa bertuah..

    dj... kalau da dua org kata bertuah, mmg bertuah la gamaknya ye hehe

    ReplyDelete
  4. Aku nak tambah jadi tiga orang! Ha ha ha!! Wah, tinggal lapan ketul aje lagi. Hebat tuh!

    ReplyDelete
  5. PM... jangan bimbang, jam murah kalau banyak pun x membahayakan kesihatan. Memang tinggal 8 tapi dari 4 model saja huhu...

    ReplyDelete