Tuesday, February 24, 2015

Dagaz Typhoon T2 300m

 Assalammualaikum dan salam hormat. JamSeh kembali semula setelah lama menyepi. Apa khabar semua? Harap korang semua sentiasa sihat. Kali ini JamSeh secara eksklusif membawakan sebuah jam untuk diulas iaitu jam jenama Dagaz dari model Typhoon T2. Jam ini telah aku perolehi kira-kira setahun yang lalu.
 Sebenarnya banyak yang menarik yang boleh diperkatakan tentang jam yang unik ini. Unik sebab iannya hommage jam kegilaan ramai peminat Seiko iaitu Seiko divers 6105. Dulu aku pernah memiliki Seiko 6105 dan bila muncul peluang memiliki Dagaz...aku langsung tak lepaskan peluang. Cuma bezanya ialah pada pendapat aku model Dagaz ini dilengkapi dengan ciri-ciri hebat selain usianya yang masih muda. Tapi kepada rakan-rakan peminat jam yang 'purist' tentu tidak layan model Dagaz mungkin kerana faktor keasliannya. Pada aku ini bukanlah isu besar yang membebankan, lebih-lebih lagi harga 6105 yang di luar jangkauan akhir-akhir ini...
 Sebelum aku terus membebel panjang ada baiknya kita mulakan dengan lambang Dagaz. Tali getahnya boleh tahan tebal dan tak mengecewakan. Hujung tali tak begitu panjang bila aku memakai.
 Bezel seakan 6105 tapi aku x berapa ingat sangat. lagipun aku tak kisah sangat sama ada ianya serupa atau tak sebab bukan itu tujuan aku beli jam ni. Tapi memang tak dinafikan yang casing jam memang mirip 6105. Perhatikan juga lubang pada casing lug bagi memudahkan pemilik menukar tali.
 Crown jam pula seakan model 6105 cuma ada lambang Dagaz yang membezakannya dengan model 6105. Crown adalah jenis screw in yang terbukti sesuai untuk jam-jam divers.
 Bercerita tentang insert bezel pula, pada aku, ada unsur-unsur sumo di situ lebih-lebih lagi ketebalan nombornya. Dial jam yang simpel dengan marker SAT mengingatkan aku pada Seiko Tuna aku yang dah pergi tak lama dulu. Manakala jarum jam pula memang jarum asal Seiko Bond aka SKX divers.
 Pandangan depan dengan dial yang simpel tak serabut serta tulisan kecil 300meter memang mendebarkan. Kedudukan haribulannya pada no 4 juga sangat aku gemari. Jam ini dijanakan oleh engin NE35 akan 4R35 dengan kebolehan hack and wind.
 Ukiran pada penutup belakang jam juga agak simpel dengan maklumat yang sederhana serta menunjukkan keluaran ke berapa jam ini dikeluarkan. Untuk makluman, jam ini terhad kepada 500 unit sahaja.



Didatangkan standard dengan cermin sapphire 
Keselesaan casing kura-kura yang melekap di tangan apabila memakainya memang antara yang tersedap pernah aku pakai. Dengan ciri-ciri yang yang memikat serta harga terjangkau membolehkan aku memiliki jam ini. Walau bagaimanapun posting ini adalah posting perpisahan aku dengan Dagaz kerana jam keramat ini telah disunting kumbang durjana (yang baik hati) hehe. In sha Allah, esok jam ini akan terbang ke destinasinya yang baru. Aku menganggap ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan aku sebagai peminat jam yang ingin aku konsikan bersama rakan-rakan pembaca yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini. Ada rezeki, di lain kali aku akan muncul lagi dengan ulasan-ulasan jam yang pula. Terima kasih

BOOKED 23/02/2015

8 comments:

  1. salam bro. welcome back... jam dagaz tuu macam Seiko 6105 MOD jeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. T kasih abg thetick-thetick. Mmg betul jam ni mcm jam 6105 mod dgn pelbagai perisa. Lawat site 10watches.com utk maklumat lanjut...

      Delete
  2. jam ni mmg timeless boh...dagaz pulak mmg penghasilannya always exclusive...dah habis mean habis...sebagaimana model yg di homage nya 6105 mengalami kenaikan harga alami yang sungguh pesat, model ni pun insyaAllah ada nampak bakatnya ke arah tu boh

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih bro wali atas komen membina. Exclusive mmg x dinafikan. Aku pon terpesona dek kerana kemiripannya pd model 6105. Ttg harga tu janganlah difikirkan sgt. Bak kata pepatah ....rembat cepat selagi stok masih ada...

      Delete
  3. Jam2 MOD tak sepatutnya naik harga... pendapat aku laa. Pasal bukan yang asli. Homage pun sama. 6105 famous pasal design dgn movement dia... kalau all ori parts memang mahal... MOD nih movement apa dia pakai? Kalau ETA berbaloi laa beli... kalau setakat normal workhorse tak berbaloi kalau mahal...

    ikhlas

    ReplyDelete
  4. salam bang.. tmpg tnya dan mntk pendapat sket..

    sy berhajat nak beli Seiko Superior Automatic SKZ325.. ok tak erk jam nie? berbaloi tak utk beli? atau lbh baik dptkan model jenis terbaru...

    prnh pakai x jam nie sblm nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maksud awak seiko stargate kan. Jam ni rasanya mmg ada pengikutnya tersendiri. Walaupun x pernah memiliki jam seiko ni tp saya rasa jam ni mmg reliable. Apa yg menghalang saya nk beli jam stargate ni ialah bentuk casing sebelah kanan pd bhg crown agak lebar. Inilah pnyebab saya x jadi beli sbb mcm x kena pada pandangan saya. Tp ini hanya pandangan personal saya. Mungkin x jd masalah pd pihak lain....wallahualam

      Delete
  5. yup betoi dah... sy ok design 2.. cume dr segi accuracy 2 agak bimbg gak sket.. tkt banyak lari.. xnakla tiap2 minggu nak kena ubah waktu.

    ReplyDelete