Showing posts with label jam dinding. Show all posts
Showing posts with label jam dinding. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Siapa sangka jam otai ada di rumah

DIRECTIONS
Setting Up This Clock
Suspend the clock by a nail or screw in the wall. The case should be adjusted so that the beats of the pendulum will be equal and the should be fastened in this position by putting a screw through the back of the case
SETH THOMAS
THOMASTON CONN.. - USA

Jam dinding pun ada yang sehebat jam tangan. Malah jam dinding lebih dahulu popular dari jam tangan. Kali ini aku ingin berkongsi cerita tentang jam dinding Seth Thomas yang telah aku perolehi pada 21 Disember 2006 di sebuah kedai antik di Pontian. Masa tu aku dengan bapak aku saja-saja ronda-ronda cari pasal kat Pontian lalu singgah disebuah kedai antik Melayu (sekarang da tutup). Selalunya kami pilih perabut antik tapi ntah macam mana hari tu boleh terperasan pulak jam ni dalam office. Kata pemilik kedai jam ni seusia dengan perang Jepun. Pada aku da cukup hebat. Ini bukan USA, barang antik dari tahun 1700 pun ada lagi. Barang saki baki Jepun tahun 40an pun sudah dikira baik apa. Tapi nama Seth Thomas taklah sepopular Junghans yang biasa aku kenal kalau sebut pasal jam lama...setelah minum-minum sikit kami buat keputusan untuk beli saja walaupun tak tahu nilai jam ini. Suspens pun ada... Sampai masa gambar ini diambil pun aku masih tak tahu jenis apakah jam ni...
Jam yang boleh hidup sehingga seminggu setengah (rekod peribadi) dengan sekali kunci nampaknya sungguh simpel. Dial dengan tulisan roman, dua lubang kunci serta jarum spade nampak taklah begitu hebat berbanding jam-jam kotak tiga lubang. Siapa nak jam pekak macam ni. Tak banyak maklumat yang boleh aku dapat melalui dial jam yang begini. Ada tertera tulisan Manufactured In The United States Of America pada bawah dial. Dulu pernah sekali aku polish jam ni, itu pun kira-kira 3 tahun lepas. So bila ada peluang dan kerajinan macam ni aku ambil kesempatan untuk berkongsi maklumat dengan semua yang ada di luar sana. Kebetulan pula jam ni habuknya da tebal sangat, bolehlah aku polish sikit apa yang terdaya...

Ukuran jam:
Height: 26 in. (66.04 cm) Depth: 4 in. (10.16 cm) Width: 17 in. (43.18 cm) Weight: 10 lbs
Repaired 1 - 10 - 62

Itulah yang aku baca tulisan di belakang dial jam bila saja aku buka. Maknanya jam ni pernah di baik pulih pada tahun 62. Dari jenis tulisan dan nama memanglah bukan nama orang Malaysia. Masa tu mungkin jam ni masih lagi di USA. Bila diamati lebih mendalam rupanya dial jam telah diperbaiki dari dalam sebab ada kesan timah pada sekeliling dial (belakang jam)...
Cantik betul enjin dia. Semua tembaga babe. Ada cetakkan ST USA pada sebelah kiri dan Made in U.S America di sebelah kanan. Pada hujung kaki kanan ada tertera nombor 44C (mungkin jenis enjin jam). Carian enjin 44c di internet tidak memberikan banyak maklumat setakat ini... Menurut firasat aku jam ini dari jenis regulator. Chime setiap 1 jam. Ada kemungkinan jam ni jenis Rio.
Gambar-gambar di atas boleh dibesarkan dengan klik thumbnail
Terdapat tulisan/cop kabur 91 D di belakang jam

Aku pun surf internet dan inilah yang aku perolehi...

Clockhistory.com .... Many Seth Thomas clocks from 1881 to 1918 have a date code stamped in ink on the case back or bottom. Usually, the year is done in reverse, followed by a letter A–L representing the month. For example, April 1897 would appear as 7981 D.

Kesimpulan awal daripada aku yang tak berapa pandai ni adalah..Jam ini paling muda umur lahir pada tahun 1918 betul tak?? kalau ikut tahun sekarang ni 2011 maka jam ni dah berumur hampir 93 tahun dan masih berkhidmat dengan baik lagi (antara jam dinding terpercaya di rumah)
Berbalik kepada kerja-kerja polish yang memerihkan ini berlangsung hampir 2 jam setengan untuk polish frame cermin atas dan bawah. Puasa dah tak lama lagi...penat betul menggosok. Itu pun aku buat keputusan untuk tidak menggosok kerawang pada jam. Menurut gambar-gambar yang aku pernah lihat di internet sepatutnya ada emblem seperti bunga pada kayu berbentuk kubah masjid terbalik pada jam. Yang menariknya, bentuk bunga itu aku hanya ada satu saja sejak beli dulu. Perasan tak bekas bulatan pada cermin bawah. Di situlah ia diletakkan tapi aku rasa tak berapa cantik lalu menyimpannya sahaja.
Kerja-kerja polish hampir selesai. Ada satu lagi perkara yang perlu diambil kira jika membeli jam dinding antik. Menurut internet cermin jam lama selalunya berombak@ seolah-olah beralun. Bukan permukaan cermin yang beralun. Cermin rata tapi dalamnya kelihat beralun serta berbuih kecil pada bahagian tertentu. Jam ni memiliki ciri-ciri tersebut. Jika jam lama bercermin cantik ada kemungkinan cermin telah ditukar baru...
Pembelian yang pada awalnya membinggungkan akhirnya boleh aku anggap sebagai pembelian terbaik. Jam ni masih lagi tergantung di rumah aku memberi khidmat tidak jemu-jemu. Walaupun dia punya strike setiap jam agak luar biasa bunyinya (paling kuat berbanding yang lain) , jam ni tidak banyak kerenah. Dial yang besar senang dibaca. Bagi yang tak biasa, anda tentu tak boleh tidur malam sebab gangguan bunyi. Jam pun dah kembali berkilat, hati pun senang. Syukur dengan segala nikmat Allah. Amin....

Kesimpulan:
1. Jangan beli jam rosak, ada kemungkinan kos baik pulih lebih mahal dari harga jam
2. Dinding rumah ada 4, so maksimum 1 jam pada setiap dinding
3. Beli jam yang pendulum tembaga sebab makin lama makin sedap dipandang
4. Kunci jam antik mahal sebab ada yang guna untuk tujuan lain
5. Jam ada pelbagai lubang, 1,2,atau 3... lagi banyak lubang lagi penat mengunci
6. Jangan letak jam tinggi-tinggi kerana susah nak kunci (paling kurang seminggu sekali kunci)
7. Jangan sekali-kali cuba menolak jarum jam, gerenti rosak...tolak jarum minit
8. Kunci jam jangan sampai maksimum, bimbang spring lepas
9. Jam 30 hari paling best sebab sekali kunci tahan 30 hari
10. Lama-lama akan timbul rasa malas kunci jam....

P/s Sebarang komen dialu-alukan. Saya hanya mentafsir mengikut apa yang saya faham saja. Saya juga da setting balik comment setting bagi rakan-rakan yang tidak dapat memberikan komen pada pos terdahulu. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Salam penuh hormat dari saya

Thursday, June 9, 2011

Jam untuk seisi keluarga

Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan. Ada yang bekerja ada yang bergembira...
Ada juga yang masih lagi enak dibuai mimpi-mimpi indah
Namun begitu haiwan-haiwan sudah mula mencari makanan di celah-celah dahan pokok yang menghijau..
Kincir air yang lama ni walaupun kelihatan uzur tetap juga menabur bakti kepada yang memerlukan..
Sepasang kekasih ni pula, orang pergi kerja dia pulak sibuk menari. Mungkin mereka nak menyertai pertandingan 'sehati berdansa/mari menari/you know you can dance". Tak pe lah janji korang bahagia...
Sebenarnya inilah sebahagian daripada cerita yang berjaya aku garap daripada salah satu jam dinding yang ada kat rumah aku ni. Nak aku cerita pasal jam tangan, jam aku bukan banyak sangat. So aku selit-selitkanlah dengan cerita-cerita jam dinding. Seperti yang dapat dilihat pada dial jam ada tertera "Quartz Japan made". Maknanya jam ni bukanlah jam kunci macam jam cuckoo black forest tu tapi jam kuasa bateri. Tapi aku pernah lihat ada jam cuckoo yang tertulis "Battery" pada dial. Aku percaya ramai yang di luar sana yang merupakan peminat-peminat jam cuckoo
Pernah dalam sejarah jam sedunia jenama Rhythm mengungguli pengeluaran jam dunia suatu masa dahulu. Cuba kita perhatikan kat rumah-rumah kampung yang lama-lama tentu ada jam dinding rhythm yang duk tergantung. Jam-jam rhythm baru masih ada lagi dijual di kedai tapi harganya sekarang faham-faham sajalah. Banyak juga jam-jam dinding rhythm yang berjaya aku bawak pulang selepas balik beraya. sambil menziarahi sedara mara sempat juga aku jeling-jeling kat dinding, manalah tau ada jam lama. Tapi ini bukanlah satu arahan atau pencetus idea tapi sekadar pedoman dan kalau boleh janganlah dijadikan teladan....
Sepasang kekasih yang asyik menari tadi sebenarnya menari mengikut alunan lagu Blue Danube Waltz. Kalau nk tau macam mana lagu tu, taip ajalah nama lagu kat youtube. Rasanya tak perlulah aku jelaskan macam mana bunyinya. Betul tak?
Jam ni digerakkan dengan 2 bateri saiz "D". Sebelah kiri atas yang putih tu tempat di mana bunyi cuckoo tu dihasilkan. Motor putih sebelah bawah tu akan berfungsi sejurus selepas bunyi cuckoo dengan memutarkan penari dan bunyi lagu secara serentak.
Jam ni aku beli sekitar bulan November 2003 dan masih lagi berfungsi dengan baik. Warna asalnya hanyalah warna kayu tapi aku dengan beraninya telah memberikan nafas baru beberapa tahun lalu supaya nampak lebih ceria dan penuh goda. Sila klik di SINI untuk gambar sebenar dan spec jam ni.
Aku sangat berbangga dengan memiliki jam ni. Walaupun hanyalah jam cuckoo bateri tapi ramai tetamu yang datang pasti terpesona dengan keunikannya. Kalau ada anak-anak yang menangis pun boleh kita redakan tangisannya apabila jam ni berbunyi.
Akhir kata....
Jam ceria, keluarga bahagia

Sunday, May 8, 2011

Jam antik Junghans

Jam antik tiga lubang Junghans ni telah dibeli pada 17 Feb 2007 di kedai antik Abdul Jonker Street Melaka. Kalau tak silap hari tu sehari sebelum Tahun Baru Cina...kenapa aku bukak jam ni....sebab rosaklah apa lagi....adus... jam ni memang jalannya perfect tapi sejak akhir-akhir ni mudah mati bila jarum panjang no 11. So aku dengan beraninya cuba bukak la dan tengok apa yang patut...cayalah
Dial jam agak kusam...biasalah jam lama
Pening gak nak bukak dial...rupanya pakai paku aja...apalah
Pasal da bukak..amiklah gambar apa yang patut
Aku pun semburlah apa yang patut...malangnya jam tetap macam tu. nak hantar pada tukang jam kat sini aku tak yakin mereka boleh bikin. Nak betulkan quick set utk jam Titoni aku pun amambil masa sampai 3 bulan...besar kemungkinan aku nak hantar balik jam ni ke Melaka untuk diperbetulkan...