Tuesday, February 12, 2013

G Shock GW-A1000-1AJF

 Kali ni review jam di blog jamseh begitu unik sekali kerana jam dibawa khas dengan heli...kalau tak percaya tak pe...aku excited sangat sampai tangan ada goyang sikit masa sesi foto di bawah...harap rakan-rakan pembaca tak pening kepala sangat masa tengok gambar-gambar di bawah nanti... Eh! tapi takkan aku boleh ambil gambar...dah sure aku ada kat bawah
 Review jam kali ni ialah jam G Shock GW-A1000-1AJF dari keluarga sky cockpit yang telah aku beli tahun lepas direct dari Jepun. Rasanya kat Malaysia dah ada seller yang telah menjual jam ini tapi dengan panggilan nama yang lain. Yang ini special sikit sebab tu ada tulis AJF kat belakang namanya. Kotaknya jenis kertas warna hitam keras, macam kotak jam Seiko pun ada. Kalau beli yang international model anda akan dapat kotak tin... beza juga sebab aku tak faham pun tulisan Jepun pada manualnya...itu tak penting...janji JDM...barulah rock rockan
 Mula-mula ambil gambar jauh-jauh dulu. Maklumlah segan sikit. Mujur tak ramai yang perasan masa tu. Kebetulan jam ni pun jenis tough solar...so kalau ada yang nanya...cakap ajalah yang kita tengah charge bateri jam.
 Sebenarnya jam ni bukan datang dengan heli tapi aku bawakan khas sempena kebetulan heli nak mendarat berhampiran tempat kerja aku...so aku rasakan inilah peluang keemasan lagi terhidang yang baik buat tatapan pembaca blog aku yang tak seberapa ni.
 Dengan kelengkapan kamera aku letakkan jam pada sayap belakang. Apa lagi snap... Memang lain betul kalau ada backgroud yang sesuai. Bukan nak kata gambar atas meja tak best. Tapi kalau latar yang menarik secara tak langsung memberikan mood dan cerita kepada objek yang kita rakamkan tu.
 Rasanya semua sudut memang memberikan kesan yang menarik sebab bukan selalu dapat peluang terhidang begini.
 Kan selalu kalau nonton rancangan The Pickers yang dua orang mamat cari barang-barang lusuh tu jumpa barang-barang berkaitan ketenteraan semuanya ada nilai komersil suatu masa nanti. Sempat juga aku rakamkan sikit tulisan-tulis kat pintu masuk heli. Mematuhi peraturan amatlah penting demi keselamatan. Jangankan heli, naik basikal pun kalau tak faham keselamatan boleh memudaratkan.
 Headphone yang ada mic ni penting bro. Kalau dalam kereta tak payahlah nak pakai benda ni. macam buang tebiat pun ada. Lainlah racer yang pro...memang patut pakai. Headphone ni nampak macam telah digunakan secara maksimum. Takkanlah penumpang kat belakang terjerit-jerit tanya itu ini...memang sure tak dengar punya orang kat depan. Ingat lagi tak cerita blue thunder... memang cara
Sempat juga bergambar kat cockpit depan. Memang style bro. Walaupun aku bukan pilot heli tu...tapi ada jam yang ala-ala pilot pun sudah cukup bermakna... 
 Berbalik kepada cerita tentang jam yang nak aku reviewkan kali ni. Jam G Shock gw-a1000ajf ni langsung tak ada lampu seperti kebanyakan jam G Shock biasa. Sebaliknya jam ni bergantung pada lumious pada jarum jam dan saat serta indeks-indeks jam. Luminousnya tak lah sehebat luminous tritium mahupun luminous Seiko divers tapi nsudah memadai bagi aku. Seperkara lagi, kalau biasanya pada muka jam G Shock akan tertera pelbagai tulisan yang menerangkan fungsi-fungsi butang. Tapi untuk model ini tidak terdapat tulisan-tulisan tersebut. Misteri memang misteri. Dua register pada muka jam menunjukkan masa 24jam pada kedudukan no 12. Manakala pada no 6 terletak register yang menunjukkan hari, alarm, stopwatch, dual stopwatch, world time, timer dll. Yang bestnya jam ni turut boleh membaca suhu selain kebolehan multiband 6.
 Pada sebelah belakang jam barulah tertera fungsi-fungsi butang jam seperti satart/stop, thermo, flyback, reset, UTC dan mode. Untuk model ini rasanya iannya dikilangkan di Jepun. Engrave kat belakang tu menunjukkan jam ni jenis triple G resist iaitu (vibration, shock, dan graviti)
 band retainer jenis ss dengan tulisan G-Shock nampak best. Tapi yang lebih memukau ialah buckle yang super tebal lagi tough.
 Jam ini turut dilengkapi dengan crown. Menurut Casio, crown ini daripada generasi baru jenis smart access yang menggabungkan multi-motor crown dan electronic switch. Anda perlu menekan butang ke dalam sambil memutar ke kiri barulah crown boleh dioperasikan. Buat masa ni aku gunakan crown untuk setting world time ikut masa London sebab senang ank tau time bola EPL dan juga setting jarum jam. Jam ni juga dilengkapi dengan cermin (crystal) jenis spherical curved. So, ini satu lagi features yang baru bagi aku sebab selalunya G Shock punya crystal flat. Juga dapati penggunaan cystal yang baru ini memudahkan jam mengecas semula bateri walaupun berada di tempat yang agak gelap seperti dalam almari cermin.
 Bulatan merah tempat duduk sensor masih di sebelah kiri jam. Paling simple berbanding model-model mudman baru atau riseman. Mulanya susah nak terima warna merah ni tapi lama-kelamaan nampak macam ok pulak sebab terdapat tulisan merah pada register jam dan juga pada crown. Barulah seimbang dari kiri sampai kanan.
 Sudut jam yang paling menarik ialah kalau kita tengok jam dari sebelah bawah seperti gambar di atas. Jam kelihatan moden dan ada unsur-unsur futuristik. Rasanya jenama-jenama lain susah nak beat G Shock kalau dalam bab futuristik ni.
 Jam ni walaupun untuk international market semuanya dilengkapi dengan fungsi terkini multiband 6.  Kalau nak tau pasal multiband lebih lanjut sila baca entri terbaru walikard.blogspot. Di situ banyak sekali fakta-fakta menarik tentang multiband di Malaysia

Jam GW-A1000ajf inilah satu-satunya jam analog G Shock yang masih ada pada aku. Selain fungsi-fungsinya yang terkini dan futuristik, salah satu sebab mengapa aku beli jam ni ialah design dia yang pada mata aku cukup ngam. Dengan crown guard, jarum yang besar dan jelas serta tak lupa juga design lug yang baru memang best. Sayangnya jam ni datang dengan harga premium dan pasti akan membuatkan ramai yang fikir panjang jika mahu mendapatkannya. Ada juga sedikit ralat sebab tak dapat nak masukkan gambar jam lengkap dengan boxset sekali sebagai rujukan masa depan. Akhir kata saksikan video klip youtube di bawah yang dapat menjelaskan bagaimana uniknya perjalanan masa model ini. 


kebetulan pulak gambar-gambar yang aku ambil pun tarikh jam 6hb... memang cool

12 comments:

  1. ku ingatkan td model RAF,
    sbb ader gambar Heli,
    rupanya model biasa jerk,
    jdlah dr takder aper,
    aku pun pkai gak tp model D(SS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah tuan sbb posting saya sedikit mengelirukan. Model RAF terlalu mahal untuk dimiliki dan saya pun x pernah bermimpi nak membelinya. Model D lagi hebat. Talinya saja dah boleh dpt GS sebijik...mmg terbaik

      Delete
  2. Wow...main jam order dari Jepun aja sekarang ni. Menarik gambar-gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oder pun kena bayar gak cikgu...tp kalau free lagi best...masa tu model ni lum sampai lg kt Msia...so terpaksalah jua...

      Delete
  3. Subjek gambar dan objeknyg di review mmg sangat matching lagi beracun bro :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ... terima kasih atas komen bro... tak sangka pulak posting ni jadi racun...semoga cepat sembuh dr keracunan...hehe

      Delete
  4. Replies
    1. ...jam mmg tough Dr...tapi tuannya aja yg sayang2 nk pakai slalu...hehe

      Delete
    2. Ni no whatsapp saya 0142327470 nama iwan .. saya nk jual GW-A1000A-1AJF kotak tin , kalau tuan berminat nk beli , jangan segan ii nak whatsapp saya.. whatsapp jaa ..

      Delete
  5. Hi Bro.

    Selamat berkenalan.

    Model ini ialah GW-A1000-1AJF bukan GW-A1000A-1AJF. A1000 is model standard Aviator manakala A1000A pula sama tapi warna perkataannya biru kat bezel.

    Ghockrocks

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih bro.. excited sangat sampai tersalah taip... sampai skrg pon saya x boleh hafal nama penuh dia...saya panggil jam ni gw1000 saja...sekali lagi ...t kasih atas teguran...

      Delete
    2. Dekat saya ada A1000A .. dia ada no dlm kurungan mcm ni (5240)

      Delete