Friday, January 17, 2014

G Shock GW-9400 Rangeman


 Salam hormat. Jamseh kali ini membawakan sebuah cerita jam G Shock Rangeman aka GW9400. Buah tangan terbaru G Shock ini bukanlah target utama yang hendak dicapai ini malah sebenarnya banyak lagi model G Shock lain yang sering bermain di fikiran tetapi tak tahulah kenapa model ini juga yang aku beli akhirnya. Mula-mula pandang model ni aku rasa penuh meluat terutama butang bulat kat bawah tu. Menyampah betul. Tapi sifat manusia yang mudah berubah tu memang sebahagian daripada hidup aku. Benda yang dibenci-benci akhirnya berubah menjadi rindu.
Bagi peminat G Shock. Ada yang gemarkan nilai limited edition dan ada juga yang gemarkan pada fungsi yang pelbagai. Antara fungsi yang menarik yang ada pada model ini adalah maklumat tentang waktu matahari naik dan jatuh. Untuk memperolehi data ini pengguna perlulah meletakkan longitude dan latitude masa setting jam. Untuk memudahkan aku melaraskan masa mengikut masa Singapore yang kebetulan berdekatan dengan tempat aku ni. Kalau nak letakkan longitude dan latitude secara manual pun mungkin boleh tapi aku kurang pasti.
 Penetapan masa mengikut signal radio juga mudah dicapai. Model yang sememangnya hanya ada versi multiband 6 ini boleh kita capai fungsi ini dengan menekan butang mode beberapa kali. Sekiranya signal radio telah diperolehi maka akan terdapat indikator pada bawah sebelah kiri bulatan di atas simbol PS
Model Rangeman ini juga merupakan usaha julung-julung kali G Shock memasukkan fungsi barometer, altimeter dan kompas serentak. Anda boleh tekan butang silver sebelah kanan tengah untuk fungsi barometer.
Untuk mencapai fungsi altimeter, tekan sekali butang tadi.
 Jika ditekan sekali lagi, fungsi jam akan berubah kepada kompas. Pengguna kena merujuk pada tingkap bulat kecil untuk kedudukan Utara.
 Pandangan daripada sudut bawah jam kelihatan menarik dan 3D. Apa yang membezakan model ini dengan model Jepun ialah model Jepun ada tertera tulisan carbon fiber bagi menunjukkan bahawa jam ini didatangkan khas dengan tali carbon fiber sama seperti model mudman gw9300 yang pakai tali carbon fiber kalau tak silap.
Dari sudut kiri pula rongga-rongga yang terdapat pada sensor amat penting bagi mendapatkan maklumat tepat tentang barometer, altimeter dan kompas.
Butang-butang pada jam ni asalnya aku ingatkan plastik tapi rupanya bukan plastik. Sifatnya lebih kepada logam. Ianya kelihatan sama seperti model-model premier G Shock terkini.

Dua sudut gambar yang menarik.
 Caseback belakang jam dengan gambar kucing sesuatu yang baru. Nampaknya G Shock belum ketandusan ide di sini. Mungkin juga sifat kucing yang suka merayau menurut fahaman mereka sangat bertepatan dengan konsep G Shock Rangeman.
Band loop atau retainer besi memang best pada pendapat aku berbanding loop resin biasa yang mudah reput tu. Sayangnya buckle jam pulak yang agak ketinggalan. Aku tahu sebab aku ada jam G Shock yang memiliki buckle yang lagi tough atau kelihatan lebih tough.
 Tentang tali pula, ada sedikit unsur G Shock Riseman di situ, cuma kali ni talinya tidak timbul sebaliknya rata saja. Walaupun sebelah dalamnya kelihatan agak lekak lekuk. Setakat ini belum ada laporan pengguna yang sakit-sakit sewaktu memakainya. Lubang-lubang memberikan udara untuk mudah keluar masuk dan mengelakkan tangan daripada cepat berpeluh. Cepat berpeluh = cepat busuk.
G Shock Rangeman ini juga didatangkan dengan sinaran lampu illuminator putih. Kira macam lampu HID kereta pun adalah sikit-sikit tapi yang ini tidak membawa mudarat dan menaikkan darah orang yang melihatnya. Anda boleh memilih sama ada 1 atau 3 saat bagi lampu itu menyala setiap kali ditekan butang lampu.

 Kesimpulannya, G Shock Riseman bukanlah jam mainan yang boleh dibuat permainan. Ianya adalah jam dengan attitude, lasak dan berani. Dengan 4 versi yang ditawarkan setakat artikel ini ditulis dijangkakan mampu menambat hati ramai peminat G Shock sedia ada malah peminat Pro Trek juga dipersilakan. G Shock Rangeman ada sedikit unsur-unsur model lagenda DW6900 pada mata aku terutama dari sudut bentuk muka depan. Dari segi saiz pula, jam ini sedikit besar daripada Mudman 9300. Hal ini tidak dapat dielakkan memandangkan pelbagai sensor yang hendak diletakkan di dalamnya. Dah memang sifatnya begitu, kalau tak besar, itu bukannya G Shock... itu ...

23 comments:

  1. Terbaik bro, gambar2 dalam blog ni buatkan aku rasa nak ada jugak walaupun aku pun pada mulanya kurang gemar dgn design mcm ni... Mcm too toolish pada mulanya... But selera mmg mudah berubah bro.. Nampak lawa plak plus, aku mmg peminat protrek :) tahniah atas pembelian baru yg amat berbaloi ni bro. Seperti biasa gshock=harga<value...Terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan melambung sangat bro...nanti jatuh x bersambut bro...berdebuk...g shock memang pilihan bro...nanti kalau nak cari protrek...aku cari ko...

      Delete
    2. Made In Thailand 🇹🇭
      Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar 2003 dgn kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global.Model model yg dihasilkan contohnya Mudman,Gulfman,Riseman,Rangeman,model DW56&69, foxfire,model G&GW,Protrek dan lain².

      Delete
  2. Memang terbaik..aku baru je sambar...tapi kat mana ek nak cari tali carbon fiber...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2...dah bertambah lagi seorang peminat rangeman...Tentang tali carbon fiber tu kalau nak jumpa pun kena beli direct dari Jepun. Itu pun belum tentu ada seller yang boleh dapat stok. Tapi kos tentulah sudah bertambah. Mungkin adalah lebih baik kalau awak beli yg model JDM awal2 dulu...beza harga lokal dgn JDM untuk model ni pon boleh cecah rm400-500. Saya pun awalnya sukakan konsep carbon fiber tu...tp terpaksa lupakan sbb bajet...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Apa kelebihan tali carbon fiber yer?? Apa pro dan cons dia dgn tali biasa...sy br duk survey2 utk belii... Hrp dpt beri pcerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Haiman. Pada pendapat saya, carbon fiber tu mungkin bahan tersebut merupakan material terkini dan paling tahan. Dari segi pro..tali carbon ni secara uniknya memang versi jdm so secara auto pemerhati akan tahu yg jam tuan tu dr spesis istimewa. dr sudut con...mungkin faktor sukar diperolehi selain harga yg mahal...

      Delete
    2. kalu sy beli jer yg tanpa carbon fiber 2, ok ke erkk? sedap pakai tak? rasa mcm mana ya? berat jugk hati nk beli carbon fiber.. harga.. fuhh..

      Delete
    3. Beli aja yg biasa dlu bro...nak tunggu yg carbon fiber ntah bila...rasanya tali carbon tu edisi terhad. Org jepun pon nangis nk dapat...

      Delete
    4. oo..cam2 pulak erkk.. satu lg bro nk tnya, ada yg sy baca positif dan negatif display.. ape pulak 2 erk??

      black positif display / negatif.

      thanks bro ats respon.

      Delete
    5. Postif display tu paparan pd muka jam tu yg berwarna cerah dan digitnya gelap/hitam. Negatif display pula yg paparannya gelap tetapi digitnya cerah..latar blakang tu ada byk warna skrg ni...mungkin maksud black negatif display tu mmg khusus pd dial jam yg berlatarkan warna hitam...

      Delete
    6. oo..ok tksh byk boss.. maaflaa tanye byk soalan..hehe.. sembg dgn org ada ilmu, baru bulih ilmu..

      cume skg kompius nk amk gshock atau tissot pulak.. -.-

      dua2 nak..tp bajet xda..haha

      Delete
    7. Kalo minat.. function yg pelbagai. .. better pilih gshock. .. kalo minat yg fesyen&trendy.. pilih lah tissot..

      Delete
  5. Oo..tksh tuan.. Suke,bc blog nie tuan buat review tntg jam..

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanyalah boss jam rengeman nie cermin depan dio kalau kita usik pakai jari,ada tinggalkan kesan chop jari kita memang mcm tu ke.....

    ReplyDelete
  7. Saya nak tanyalah boss jam rengeman nie cermin depan dio kalau kita usik pakai jari,ada tinggalkan kesan chop jari kita memang mcm tu ke.....

    ReplyDelete
  8. Rupa2 rengeman menarik juga.... tp dh terbeli jam mudmaster second... dh beli baru jumpa blog nie.... adoiii

    ReplyDelete
  9. 1. Cmne nk tukar suhu kepada darjah celcius?
    2. Cmne nk set lampu kepada 3 saat?

    ReplyDelete
  10. dapatkan jam G-Shock original di https://7redmango.com

    ReplyDelete
  11. tali dan buckle made japan punya brapa dia punya price.mana bole nk dptkan bro

    ReplyDelete