Showing posts with label seiko. Show all posts
Showing posts with label seiko. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Dagaz Typhoon T2 300m

 Assalammualaikum dan salam hormat. JamSeh kembali semula setelah lama menyepi. Apa khabar semua? Harap korang semua sentiasa sihat. Kali ini JamSeh secara eksklusif membawakan sebuah jam untuk diulas iaitu jam jenama Dagaz dari model Typhoon T2. Jam ini telah aku perolehi kira-kira setahun yang lalu.
 Sebenarnya banyak yang menarik yang boleh diperkatakan tentang jam yang unik ini. Unik sebab iannya hommage jam kegilaan ramai peminat Seiko iaitu Seiko divers 6105. Dulu aku pernah memiliki Seiko 6105 dan bila muncul peluang memiliki Dagaz...aku langsung tak lepaskan peluang. Cuma bezanya ialah pada pendapat aku model Dagaz ini dilengkapi dengan ciri-ciri hebat selain usianya yang masih muda. Tapi kepada rakan-rakan peminat jam yang 'purist' tentu tidak layan model Dagaz mungkin kerana faktor keasliannya. Pada aku ini bukanlah isu besar yang membebankan, lebih-lebih lagi harga 6105 yang di luar jangkauan akhir-akhir ini...
 Sebelum aku terus membebel panjang ada baiknya kita mulakan dengan lambang Dagaz. Tali getahnya boleh tahan tebal dan tak mengecewakan. Hujung tali tak begitu panjang bila aku memakai.
 Bezel seakan 6105 tapi aku x berapa ingat sangat. lagipun aku tak kisah sangat sama ada ianya serupa atau tak sebab bukan itu tujuan aku beli jam ni. Tapi memang tak dinafikan yang casing jam memang mirip 6105. Perhatikan juga lubang pada casing lug bagi memudahkan pemilik menukar tali.
 Crown jam pula seakan model 6105 cuma ada lambang Dagaz yang membezakannya dengan model 6105. Crown adalah jenis screw in yang terbukti sesuai untuk jam-jam divers.
 Bercerita tentang insert bezel pula, pada aku, ada unsur-unsur sumo di situ lebih-lebih lagi ketebalan nombornya. Dial jam yang simpel dengan marker SAT mengingatkan aku pada Seiko Tuna aku yang dah pergi tak lama dulu. Manakala jarum jam pula memang jarum asal Seiko Bond aka SKX divers.
 Pandangan depan dengan dial yang simpel tak serabut serta tulisan kecil 300meter memang mendebarkan. Kedudukan haribulannya pada no 4 juga sangat aku gemari. Jam ini dijanakan oleh engin NE35 akan 4R35 dengan kebolehan hack and wind.
 Ukiran pada penutup belakang jam juga agak simpel dengan maklumat yang sederhana serta menunjukkan keluaran ke berapa jam ini dikeluarkan. Untuk makluman, jam ini terhad kepada 500 unit sahaja.



Didatangkan standard dengan cermin sapphire 
Keselesaan casing kura-kura yang melekap di tangan apabila memakainya memang antara yang tersedap pernah aku pakai. Dengan ciri-ciri yang yang memikat serta harga terjangkau membolehkan aku memiliki jam ini. Walau bagaimanapun posting ini adalah posting perpisahan aku dengan Dagaz kerana jam keramat ini telah disunting kumbang durjana (yang baik hati) hehe. In sha Allah, esok jam ini akan terbang ke destinasinya yang baru. Aku menganggap ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan aku sebagai peminat jam yang ingin aku konsikan bersama rakan-rakan pembaca yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ini. Ada rezeki, di lain kali aku akan muncul lagi dengan ulasan-ulasan jam yang pula. Terima kasih

BOOKED 23/02/2015

Thursday, July 3, 2014

Seiko Mumster di Ramadan yang mulia.

 Salam hormat dan selamat berpuasa. Boleh tahan lagi ke nak hambiskan puasa sampai waktu berbuka nanti. Sementara nak menunggu waktu berbuka tu terima kasihlah kerana sudi singgah di blog aku ni. Kali ini aku hendak berkongsi sebuah jam milik saya iaitu jam yang saya panggil Seiko Mumster. Rasa macam nak berkongsi kegembiraan saya melalui gambar-gambar menarik yang saya rakam tempohari. Nak komen panjang pun rasanya semua sudah tahu tentang model Seiko ini. Semoga kita memperoleh keberkatan dalam menjalani ibadah puasa. Amin 



 Baiklah. Untuk jam ni aku pakaikan tali kulit sebab tu juga aku panggilkan jam ni jam divers takut air.
 Faktor utama yang buat aku jatuh cinta kali ini adalah disebabkan bezel hitam pada jam. Secara peribadi aku berpendapat bahawa tidak ada warna bezel yang paling ideal bagi jam divers selain daripada warna hitam. Dari jauh lagi sudah jelas kelihatan.
 Markers pada bezel sebenarnya menunjukkan fungsi kompas. Bukan semua suka bezel kompas. Tapi aku pulak belum pernah nampak live monster pakai bezel kompas. Sebab tu aku rasakan ada sedikit unik.
 Rasanya kalau bezel divers biasa tu memang ramai yang maklum cara nak gunakannya tapi untuk guna bezel kompas ada kelainan sikit. Rakan-rakan boleh rujuk link di bawah tentang cara penggunaannya


 Tapi sejujurnya aku tak kisah sangat pun pasal fungsi kompas. Aku lebih tertarik dengan kombinasi bezel dan jarum jam. 
 Tapi sebenarnya jam ni lebih mirip pada Seiko Sarb049 yang aku dah terlepas nak memilikinya dulu. Nak beli baru memang payah nak jumpa. Kalau jumpa pulak payah nak bayar sebab tak mampu. So dapat pakai yang macam ni pun sudah cukup baik rasanya. Rasanya rakan-rakan boleh menilai sendiri kualiti jam berdasarkan gambar-gambar yang aku letak di sini.

 Beza antara jam ni dengan model Sarb paling ketara ialah kedudukan daydate. kalau yang mahal tu ada date saja maklumlah enjin 6r15
 Tapi walaupun nampak seperti jam klon, masa yang diberikan memang memuaskan. Setakat aku pakai memang masa tepat. Aspek ini penting sebab kat tempat aku tak ada tukang jam yang pandai. Dahlah tak pandai, tak mengaku pulak tak tahu.
 Masa aku beli jam ni memang sudah kategori jam terpakai tapi syukur Alhamdulillah, keadaan memang sangat terjaga. Cuma sedikit berhabuk sahaja. Mugkin juga pemilik lama sudah bosan sebab itulah dia mahu menjual. Kalau sayang jam, susah nak jumpa jam yang berhabuk. Kalau berkilat tu adalah.
 Tulisan Seiko daripada logam kelihatan kemas, berbeza dengan model monster 7s yang legenda tu.
 Rasanya padanan jam ni dengan tali kulit akan aku teruskan sebab nampak ada keharmonian dan kimia antara keduanya. Walaupun begitu aku dah test bawak mandi jam ni untuk tiga hari berturut-turut dan tiada isu tentang kebolehan jam ini jika terkena air. Cuma aku rasakan ianya sesuai dengan tali kulit. Mungkin kalau ada bracelet besi boleh jadi berbeza perwatakannya.
Akhir kata. Mood jam seakan muncul kembali dengan pembelian jam pada kali ini. Ditambah lagi dengan kenalan-kenalan baru yang rajin menghatar racun-racun berupa gambar-gambar jam hampir setiap masa dan ketika. Tenkiu friends, korang memang rawk. Seiko Mumster memang best dan terbukti baik untuk kesihatan.

Wednesday, August 14, 2013

Seiko Divers SRP455K1... ikan di laut, asam di darat..

 Salam lebaran. Rasanya belum terlambat lagi untuk diucapkan. Dipendekkan cerita yang panjang, petang tadi sempat temankan wife pergi membeli barang-barang keperluan di pasaraya kegemaran kami sekeluarga. Turun saja dari tangga escalator, Uncle kedai jam tersenyum lebar kepada aku. Sempat aku bersalam, dan terus ditariknya aku ke dalam kedai. Nah amik kau. Sambil tersenyum dia menunjukkan tiga biji Seiko biru tergantung dalam cermin."Saya tak tunjuk ini jam pada sebarang orang tau... saya tau awak suka...tak ada wang tak apa...saya boleh simpan untuk awak... nanti cukup wang awak boleh angkat"...
 Fuhh berderau jantung aku bila dia sebut..."tak ada wang tak da hal...nanti kita simpan...awak ada wang nanti boleh angkat"..."Cis,...macam lah aku ni sengkek sangat"...Tapi dia macam tahu aja yang aku memang tengah kapek...Sapa yang terlebih-lebih duit lepas raya ye dak...
 Apek (uncle) tu pelawa aku pegang jam..amik roh mungkin maksud dia agaknya...tapi aku balas dengan sopan..."tak pe lah uncle...nanti kalau saya nak saya mintak uncle keluar dari showcase...". Tapi uncle rasa macam tak puas hati selagi tak pakaikan jam-jam biru ni kat tangan aku...Dan siapalah aku nak menolak perlawaan uncle.
 Ketiga-tiga jam biru aku gayakan kat tangan. Yang menariknya semuanya boleh dikunci selain berfungsi automatik. Satu kemajuan berbanding model-model monster lama yang pernah aku beli.
 Design memang da time proven. Satu dunia dah akui design Seiko monster. Yang menariknya model kali ni diadun bersama warna emas untuk crown dan jarum jam. Sambil menimbang-nimbang jam yang aku pegang. Aku mula gertak uncle... "kalau saya angkat semua sekali amacam kira?"..Mak aii...bunyi macam nak beli durian pun ada...Terus saja uncle capai kalkulator dan cepat aja dikira harga untuk 3 bijik jam biru...
 Usai saja diberikan harga patut...aku cakap... tak boleh lah uncle...wang tak cukup maa...baru lepas raya...lagi sekali diulangnya kata-kata awalnya tadi...tak ada wang tak apa...saya boleh simpan untuk awak... nanti cukup wang awak boleh angkat...
 Tapi setelah aku buat panggilan mengejut pada penasihat jam yang biasa aku mintak pandangan di waktu-waktu kecemasan sebigini akhirnya aku menyerah kalah dengan membeli model monster divers ni. Yang lagi 2 tu aku tinggalkan aja di kedai...dapat sebiji pun jadilah wak.
 Ini bukanlah kali pertama aku membeli Seiko monster. Tapi kali keempat.  Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berubah fikiran dan membeli jam Seiko ni. Pada casing belakang tak ditulis pun bilang limited edition jam. Cuma ada serial number saja. Tapi alangkah baik kalau ada bilangan berapa daripada berapa....
 Nampak gayanya malam ni aku tidur sambil tengok luminous jam... perkara yang dah lama aku tak buat
 Agak sukar nak mengambil gambar sunburst biru pada dial jam. Bila nampak tulis...warna dial pula kurang jelas. Walaupun pernah membeli monster sebelum ini. Rasanya pembelian kali ini agak berlainan sedikit kerana monster baru ni datang dengan marker yang baru dan dijana oleh enjin yang baru. Warna tali getah jam juga agak unik yang sedikit kebiru-biruan dan adakalanya macam warna unggu yang pudar.
 Pandangan dari sudut tepi kanan paling menggoda pada pendapat aku. Warna biru bezel dan dial sukar untuk diterjemahkan kesan yang aku alami sehingga kini. Tapi aku rasa... kalau jam ni dikenakan tali ss standard monster tentu lebih mengasyikkan agaknya. Setuju tak ??
Aku pernah berjanji sedikit masa dulu yang aku seperti nak stop dulu main Seiko. Tapi manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Aku aku, aku mungkin antara insan yang paling terlambat yang tahu kewujudan monster biru ni. Tapi aku tak menyalahkan keadaan kerana memang sejak akhir-akhir  ni aku lebih gemarkan jam bateri yang lebih ringkas. Benarlah kata pepatah. Ikan di laut, asam di darat. kalau dah jodoh betemu jua....

Monday, March 25, 2013

A Tribute to Seiko Divers

 Salam hormat. Makin hari makin payah rasanya untuk memberikan komitmen untuk menulis artikel di blog yang tak seberapa ni. Isu utamanya masih lagi berkisar kepada koleksi-koleksi jam baru yang boleh dikatakan saban hari makin menyusut. Inilah ancaman terbesar yang perlu ditangani dengan baik jika mahu mengekalkan kewujudan blog ini. Kali ini jamseh ingin memberikan tribute khusus buat jam-jam Seiko Divers yang pernah menjadi penyeri sedikit masa dulu.
 Wikipedia mentafsirkan A tribute sebagai wealth, often in kid, that one party gives to another as asign of respect or, as was often the case of historical contexts, of submission of allegiance. Aku ni BI tak berapa mahir sangat tapi kalau diambil perkataan penting kat atas macam perkataan repect, historical dan kind jelas sekali memang sesuai diberikan kepada kehebatan jam-jam divers kelauaran Seiko ini. 
 Rasanya tak perlulah aku ulang balik cerita-cerita pasal jam-jam ni sebab rakan-rakan pembaca boleh membaca cerita penuhnya jika menekan label Seiko di sebelah kanan blog ini.
 Perasaan kasih dan sayang terhadap jam-jam Seiko Divers bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Dalam situasi aku, perasaan itu mula kelihatan selepas aku beli Seiko Bullet oren yang pertama (tiada dalam gambar sebab masa tu aku memang misikin, nak beli kamera digital pun tak mampu). Kalau sebelum ni, aku sebuk mencari-cari jenama Swiss tapi bila kau dah terkena penangan Seiko barulah kau tahu apa yang dimaksudkan. Bukan maksud aku Swiss tak best. Best, tapi aku yang tak mampu. So ada baiknya aku main dengan benda-benda yang aku mampu...tak gitu
 Hari demi hari kegilaan terhadap Seiko Divers makin sukar dibendung, sampaikan tak sah kalau nak tidur jika tidak pakai Seiko Divers...tersenyum juga bila memikirkan gelagat aku pada masa tu. Macam budak-budak pun ada. Sukar nak gambarkan perasaan bila kita melihat pergerakan jarum dan kecerahan luminous jam sehinggalah tertidur... dan perkara pertama yang akan aku buat bila aku terima jam ialah aku akan bawak jam tu masa mandi... bak kata orang, alang-alang mandi biar basah. Apa gunanya jam divers kalau takutkan air ??
 Nak dikatakan semua Seiko Divers murah, tidak juga. Tapi bagi yang dah minat, jangankan harga, Laut Cina Selatan pon sanggup direnangi. Malah tangan akan terasa automatik gatal nak menekan butang membeli di komputer. Perasaan pulak makin rindu dengan bunyi van poslaju yang singgah di rumah setiap minggu. Bangun tidur bukak website jam dah jadi sarapan pagi tu biasalah.
 Dengan kemudahan internet dan pembelian dalam talian serta kad kredit bernilai tinggi dan kemudahan ulimited PayPal credit, kalau tak Istighfar banyak-banyak harus saja penggemar Seiko Divers macam aku ni boleh papa sekelip mata. Masa membeli tu risaunya jangan cakaplah, risaunya bukan main takut barang tak sampai. Kejap-kejap semak trekking. Tapi bila barang dah sampai, time-time tu jugak beli lagi yang lain. Memang berhantu bro...tapi seronok.
 Walaupun aku mengketegorikan koleksi aku koleksi kecil jika dibandingkan pengumpul-pengumpul yang lebih mantap. Aku tetap rasa puas. Puas sebab hampir 70% koleksi Seiko Divers yang aku idam-idamkan akhirnya dapat juga aku pakai. Ada yang aku beli baru ada juga yang aku beli adalah jam-jam terpakai. Tapi kepada rakan-rakan yang baru berjinak-jinak nak mengumpul. Nasihat ikhlas daripada aku adalah sediakan duit yang secukupnya...hehe
 Tapi yang peleknya, dalam pada aku sebuk mengumpul dan membeli, kadang-kadang aku jual juga jam-jam  yang aku dah berikrar akan simpan. Itulah kelemahan aku. Bukan untung pun, malah selalunya memang rugi. Tapi mana ada orang jual rugi sebab dia dah lepaskan barang yang dia dah pernah pakai dan sekurang-kurangnya dia dapat merasa pengalaman pakai jam tu. Itulah keuntungan pada hemat aku. Plus, kadang-kadang bila dah banyak sangat jam, daripada tersadai ada baiknya kita jual pada yang lebih menghargainya...ye dak??
 Jam-jam yang aku pamerkan kali ni sebenarnya semuanya telah pon aku jual. So tak payahlah tanya aku lagi kalau-kalau aku ada simpan lagi jam-jam ni. Aku dah jual semuanya, Yang tinggal sekarang sebijik aja Seiko Divers yang masih lagi setia menemani aku. Gambarnya aku tak letakkan di sini sebab kurang sesuai dengan tajuknya hehe...
 Jam-jam Seiko Divers ni ada banyak versi dan selalunya datang dengan harga terjangkau. Ada yang 2 crown. Selalunya bezel boleh diputar selain terkenal dengan luminousnya yang terang. Kadang-kadang aku terpesona pada marker jam, jarum jam, bentuk bezel... senang kata ada sajalah sebab-sebab aku nak membeli... ada saja yang specs yang belum ada...
Kini, perjalan suci mencari Seiko Divers aku hampir menuju ke penghujungnya. Aku tak menolak kemungkinan seandainya satu hari nanti Allah membuka semula hati aku untuk mengkoleksi jam-jam Seiko Divers. Seiko Divers banyak mengajar aku erti jam. Dan secara jujur lagi iklas dengan hati bersih bolehlah aku mengatakan bahawa jenama Seiko Divers berada di suatu tempat istimewa di dalam hatiku. Kalau ditanya aku pakai jam apa sekarang. Jawapannya mudah saja. Aku pakai jam plastik.