Salam hormat. Makin hari makin payah rasanya untuk memberikan komitmen untuk menulis artikel di blog yang tak seberapa ni. Isu utamanya masih lagi berkisar kepada koleksi-koleksi jam baru yang boleh dikatakan saban hari makin menyusut. Inilah ancaman terbesar yang perlu ditangani dengan baik jika mahu mengekalkan kewujudan blog ini. Kali ini jamseh ingin memberikan tribute khusus buat jam-jam Seiko Divers yang pernah menjadi penyeri sedikit masa dulu.
Wikipedia mentafsirkan A tribute sebagai wealth, often in kid, that one party gives to another as asign of respect or, as was often the case of historical contexts, of submission of allegiance. Aku ni BI tak berapa mahir sangat tapi kalau diambil perkataan penting kat atas macam perkataan repect, historical dan kind jelas sekali memang sesuai diberikan kepada kehebatan jam-jam divers kelauaran Seiko ini.
Rasanya tak perlulah aku ulang balik cerita-cerita pasal jam-jam ni sebab rakan-rakan pembaca boleh membaca cerita penuhnya jika menekan label Seiko di sebelah kanan blog ini.
Perasaan kasih dan sayang terhadap jam-jam Seiko Divers bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Dalam situasi aku, perasaan itu mula kelihatan selepas aku beli Seiko Bullet oren yang pertama (tiada dalam gambar sebab masa tu aku memang misikin, nak beli kamera digital pun tak mampu). Kalau sebelum ni, aku sebuk mencari-cari jenama Swiss tapi bila kau dah terkena penangan Seiko barulah kau tahu apa yang dimaksudkan. Bukan maksud aku Swiss tak best. Best, tapi aku yang tak mampu. So ada baiknya aku main dengan benda-benda yang aku mampu...tak gitu
Hari demi hari kegilaan terhadap Seiko Divers makin sukar dibendung, sampaikan tak sah kalau nak tidur jika tidak pakai Seiko Divers...tersenyum juga bila memikirkan gelagat aku pada masa tu. Macam budak-budak pun ada. Sukar nak gambarkan perasaan bila kita melihat pergerakan jarum dan kecerahan luminous jam sehinggalah tertidur... dan perkara pertama yang akan aku buat bila aku terima jam ialah aku akan bawak jam tu masa mandi... bak kata orang, alang-alang mandi biar basah. Apa gunanya jam divers kalau takutkan air ??
Nak dikatakan semua Seiko Divers murah, tidak juga. Tapi bagi yang dah minat, jangankan harga, Laut Cina Selatan pon sanggup direnangi. Malah tangan akan terasa automatik gatal nak menekan butang membeli di komputer. Perasaan pulak makin rindu dengan bunyi van poslaju yang singgah di rumah setiap minggu. Bangun tidur bukak website jam dah jadi sarapan pagi tu biasalah.
Dengan kemudahan internet dan pembelian dalam talian serta kad kredit bernilai tinggi dan kemudahan ulimited PayPal credit, kalau tak Istighfar banyak-banyak harus saja penggemar Seiko Divers macam aku ni boleh papa sekelip mata. Masa membeli tu risaunya jangan cakaplah, risaunya bukan main takut barang tak sampai. Kejap-kejap semak trekking. Tapi bila barang dah sampai, time-time tu jugak beli lagi yang lain. Memang berhantu bro...tapi seronok.
Walaupun aku mengketegorikan koleksi aku koleksi kecil jika dibandingkan pengumpul-pengumpul yang lebih mantap. Aku tetap rasa puas. Puas sebab hampir 70% koleksi Seiko Divers yang aku idam-idamkan akhirnya dapat juga aku pakai. Ada yang aku beli baru ada juga yang aku beli adalah jam-jam terpakai. Tapi kepada rakan-rakan yang baru berjinak-jinak nak mengumpul. Nasihat ikhlas daripada aku adalah sediakan duit yang secukupnya...hehe
Tapi yang peleknya, dalam pada aku sebuk mengumpul dan membeli, kadang-kadang aku jual juga jam-jam yang aku dah berikrar akan simpan. Itulah kelemahan aku. Bukan untung pun, malah selalunya memang rugi. Tapi mana ada orang jual rugi sebab dia dah lepaskan barang yang dia dah pernah pakai dan sekurang-kurangnya dia dapat merasa pengalaman pakai jam tu. Itulah keuntungan pada hemat aku. Plus, kadang-kadang bila dah banyak sangat jam, daripada tersadai ada baiknya kita jual pada yang lebih menghargainya...ye dak??
Jam-jam yang aku pamerkan kali ni sebenarnya semuanya telah pon aku jual. So tak payahlah tanya aku lagi kalau-kalau aku ada simpan lagi jam-jam ni. Aku dah jual semuanya, Yang tinggal sekarang sebijik aja Seiko Divers yang masih lagi setia menemani aku. Gambarnya aku tak letakkan di sini sebab kurang sesuai dengan tajuknya hehe...
Jam-jam Seiko Divers ni ada banyak versi dan selalunya datang dengan harga terjangkau. Ada yang 2 crown. Selalunya bezel boleh diputar selain terkenal dengan luminousnya yang terang. Kadang-kadang aku terpesona pada marker jam, jarum jam, bentuk bezel... senang kata ada sajalah sebab-sebab aku nak membeli... ada saja yang specs yang belum ada...
Kini, perjalan suci mencari Seiko Divers aku hampir menuju ke penghujungnya. Aku tak menolak kemungkinan seandainya satu hari nanti Allah membuka semula hati aku untuk mengkoleksi jam-jam Seiko Divers. Seiko Divers banyak mengajar aku erti jam. Dan secara jujur lagi iklas dengan hati bersih bolehlah aku mengatakan bahawa jenama Seiko Divers berada di suatu tempat istimewa di dalam hatiku. Kalau ditanya aku pakai jam apa sekarang. Jawapannya mudah saja. Aku pakai jam plastik.
Perjalanan yg bermakna bro... Almost semua points yg ko highlight tu aku rasa juga :p mmg valid... Tentu seronok kalau dapat simpan semua... Tapi apakan daya, benda2 mcm ni ada pasang surutnya... Dan jam plastik tu mmg best bro :D dan kadar "pertumbuhannya" juga lebih pantas :p
ReplyDelete... keseronokan tetap ada walaupun tinggal secebis kenangan bro... jam plastik rules bro.. hehe
ReplyDeleteBetul, Seiko ni dah macam wabak, ramai dah sampai tahap kronik. berubat kampung pun tak jalan. Tapi alhamdulillah, sejak kebelakangan ini demam seiko aku dah reda. Lagipun tahun ni Seiko tak keluar model baru diver, itu le penyelamat yg ada.-D12
ReplyDeleteBro D-12...setuju amat ttg kelesuan Seiko utk keluarkan model2 divers baru yg mendebarkan... Ada baiknya Seiko keluarkan model baru dan stop production model2 divers tertentu utk naikkan value.. barulah rasa dihargai..kan
DeleteSetiap penyakit ada ubatnya. Demam seiko divers saya dah lama kebah.Tapi jangan kita lupa, kalau demam campak pasti ada parutnya. Seketul dua mesti simpan.
ReplyDeleteTak nahan btol ayat...Tp mmg tak dinafikan mmg ada kebenarannya... InsyaAllah saya akan simpan sikit buat mainan...
DeleteHi there, everуthing is going nicely herе and
ReplyDeleteοfcourse everу one is shаring faсts, that's genuinely excellent, keep up writing.
Stop by my web site; Natural Organic Skin Care
Hello there! This blog pоst could not be written anу better!
ReplyDeleteLoоking аt this poѕt remіnds me of
my ρrevіοus roommate! He аlways
kept preaсhing about this. I am going
to forward this information to him. Fairly certain he will
have a good reаd. Тhank уou for sharing!
Feel fгeе to surf to my homepagе ::
hemoroide
Your mеthod of deѕcribing the whole thing in
ReplyDeletethis post is in fact pleasant, all be capable of without ԁifficulty understand it, Thanks a
lοt.
Here іs my webpage :: H�Morrhoiden
Remarkable! Ӏtѕ really amazing аrtіcle,
ReplyDeleteI have gοt muсh сlear idea conсerning from thіѕ piесе of writing.
Ηerе is mу blog ροst; chatroulette series