Salam lebaran. Rasanya belum terlambat lagi untuk diucapkan. Dipendekkan cerita yang panjang, petang tadi sempat temankan wife pergi membeli barang-barang keperluan di pasaraya kegemaran kami sekeluarga. Turun saja dari tangga escalator, Uncle kedai jam tersenyum lebar kepada aku. Sempat aku bersalam, dan terus ditariknya aku ke dalam kedai. Nah amik kau. Sambil tersenyum dia menunjukkan tiga biji Seiko biru tergantung dalam cermin."Saya tak tunjuk ini jam pada sebarang orang tau... saya tau awak suka...tak ada wang tak apa...saya boleh simpan untuk awak... nanti cukup wang awak boleh angkat"...
Fuhh berderau jantung aku bila dia sebut..."tak ada wang tak da hal...nanti kita simpan...awak ada wang nanti boleh angkat"..."Cis,...macam lah aku ni sengkek sangat"...Tapi dia macam tahu aja yang aku memang tengah kapek...Sapa yang terlebih-lebih duit lepas raya ye dak...
Apek (uncle) tu pelawa aku pegang jam..amik roh mungkin maksud dia agaknya...tapi aku balas dengan sopan..."tak pe lah uncle...nanti kalau saya nak saya mintak uncle keluar dari showcase...". Tapi uncle rasa macam tak puas hati selagi tak pakaikan jam-jam biru ni kat tangan aku...Dan siapalah aku nak menolak perlawaan uncle.
Ketiga-tiga jam biru aku gayakan kat tangan. Yang menariknya semuanya boleh dikunci selain berfungsi automatik. Satu kemajuan berbanding model-model monster lama yang pernah aku beli.
Design memang da time proven. Satu dunia dah akui design Seiko monster. Yang menariknya model kali ni diadun bersama warna emas untuk crown dan jarum jam. Sambil menimbang-nimbang jam yang aku pegang. Aku mula gertak uncle... "kalau saya angkat semua sekali amacam kira?"..Mak aii...bunyi macam nak beli durian pun ada...Terus saja uncle capai kalkulator dan cepat aja dikira harga untuk 3 bijik jam biru...
Usai saja diberikan harga patut...aku cakap... tak boleh lah uncle...wang tak cukup maa...baru lepas raya...lagi sekali diulangnya kata-kata awalnya tadi...tak ada wang tak apa...saya boleh simpan untuk awak... nanti cukup wang awak boleh angkat...
Tapi setelah aku buat panggilan mengejut pada penasihat jam yang biasa aku mintak pandangan di waktu-waktu kecemasan sebigini akhirnya aku menyerah kalah dengan membeli model monster divers ni. Yang lagi 2 tu aku tinggalkan aja di kedai...dapat sebiji pun jadilah wak.
Ini bukanlah kali pertama aku membeli Seiko monster. Tapi kali keempat. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berubah fikiran dan membeli jam Seiko ni. Pada casing belakang tak ditulis pun bilang limited edition jam. Cuma ada serial number saja. Tapi alangkah baik kalau ada bilangan berapa daripada berapa....
Nampak gayanya malam ni aku tidur sambil tengok luminous jam... perkara yang dah lama aku tak buat
Agak sukar nak mengambil gambar sunburst biru pada dial jam. Bila nampak tulis...warna dial pula kurang jelas. Walaupun pernah membeli monster sebelum ini. Rasanya pembelian kali ini agak berlainan sedikit kerana monster baru ni datang dengan marker yang baru dan dijana oleh enjin yang baru. Warna tali getah jam juga agak unik yang sedikit kebiru-biruan dan adakalanya macam warna unggu yang pudar.
Pandangan dari sudut tepi kanan paling menggoda pada pendapat aku. Warna biru bezel dan dial sukar untuk diterjemahkan kesan yang aku alami sehingga kini. Tapi aku rasa... kalau jam ni dikenakan tali ss standard monster tentu lebih mengasyikkan agaknya. Setuju tak ??
Aku pernah berjanji sedikit masa dulu yang aku seperti nak stop dulu main Seiko. Tapi manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Aku aku, aku mungkin antara insan yang paling terlambat yang tahu kewujudan monster biru ni. Tapi aku tak menyalahkan keadaan kerana memang sejak akhir-akhir ni aku lebih gemarkan jam bateri yang lebih ringkas. Benarlah kata pepatah. Ikan di laut, asam di darat. kalau dah jodoh betemu jua....
Aku dapat bayangkan perasaan ko betapa ko suka jam ni bro... Aku tgk gambar pun dah teruja, tgk real live apatah lagi :) apapun pembelian yg berbaloi bro... Unik, cantik, movt baru yg upgraded, dan sememangnya warna biru + gold tu mmg menawan hati bro.. Tahniah aku ucapkan atas pembelian Seiko yg sememangnya cantik ni. Rupanya seiko ni jugak yg spark balik minat ko pada jam analog :)
ReplyDeleteTq bro...kadang2 hidup ni sukar dimengertikan sekejap suka sekejap tak...mungkin juga pandangan atas talian tak sama dengan pandangan secara live ... Aku x plan nak beli pun... Tapi boleh terbahak balik laa pulak... Tu lah... Jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa... Btw ... Jam bateri pun ada analog bro... Hehe
DeleteAssalammualaikum tuan sah_kul...cantik jam ni.Saya pun ada jumpa jam tiga beradik ni masa ikut isteri shopping. Tapi saya cepat-cepat belah takut tergoda.
ReplyDeleteWaalaikumsalam salam tuan Zul . Kalaulah saya masa tu kuat semangat... Tentu tak jadi macam ni... Sekarang sapa yang susah... Hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTahniah bro....dapat monster limited...mmg puas hati...tp klu dapat yang tali ss lagi puas hati...saya difahamkan yg tali ss tu ada tulis bilangan nyer "XXX/500"
DeleteThanks bro... Yg tali ss ltd edi tu model srp461... Mmg cempiang bro... Yg ni kategori mampu milik bagi peminat macam saya... Yg ni pon da best bro
DeleteLama betul aku tak jenguk blog2... blog sendiri pun tak terjenguk skrg... hahaha
ReplyDeleteApa2 pun tahniah bro... makin garang Monster baru ni.... tergoda jiwa..... kuikuikui
Salam DJ.. Monster baru ni memang garang.... Tapi lembut lagi tenang je memakainya... Cubalah... Hehe
Delete