Saturday, September 7, 2013

G Shock GW-9000A-1CS Mudman returns

 Salam hormat. Kali ni aku nak berkongsi review tentang sebuah lagi jam G Shock yang masih berada dalam koleksi aku. Dengan cover majalah G Shock Official Book yang aku letak kat atas, barangkali sudah ada rakan-rakan pembaca blog ini yang sudah pon dapat meneka model G Shock ni dari cover tersebut. Tapi kalau tak ada clue juga silalah ulang membaca tajuk di atas ye. Sekitar tahun 2008 gitu, kat sini dah bersepah peminat-peminat GS pakai mudman 9000 termasuklah aku yang pada masa tu pun memiliki sebiji mudman 25th anniversary. Tapi mudman kami tak ada solar dan atomic 5 peergh... mana boleh tahan. Meleleh aja masa tu bila tengok jam ni di internet dan tak tahu bagaimana nak mendapatkannya memandangkan jam ini tidak dibawa masuk ke Malaysia...
 Akhirnya hujung tahun lepas aku beranikan diri untuk beli dari seller US. Memandangkan aku pernah mengalami pengalaman yang tak berapa sedap dengan seller dari sana, maka terpaksalah aku bayar premium untuk urusan pos. Aku sanggup bayar caj UPS yang hampir-hampir sama dengan kos sebuah jam. Takpelah... demi keselamatan dan ketenteraman fikiran... aku gagahi jua. Alhamdulillah penghantaran tak mengecewakan dan aku terima bungkusan semasa aku berurusan di sebuah bank ketika itu. Macam babak dalam drama pun ada sikit-sikit. Dahlah depan bank terkenal dengan kesesakannya. Masa tulah lori UPS tu berhenti dan deliver bungkusan pada aku. Memang real macam dalam iklan.
 Berbalik semula kita kepada cerita asal. Jam tersebut datang dengan tin hexagon tapi bersaiz kecik sedikit. Sayangnya tak sempat aku tunjukkan cuma gambar perbezaan kotak aku tunjukkan di dalam gambar sebelumnya. Bungkusan memang simple yang mengandungi jam yang berbungkus dalam plastik, buku manual modul 3050, warranty card, kertas panduan penggunaan masa atomic dan tag.
 Pada aku tag jam ada sedikit kelainan daripada yang biasa kita perolehi bila membeli jam baru di sini. Puas juga sebenarnya aku cuba cari dari seller sebelah Timur ni kalau-kalau ada yang menjual dengan murah tapi hampa. Kebanyakkan yang berharga rendah datang dari US.
 Kalau mengikut hirarki pengeluaran jam. Jam mudman inilah yang pertama atau serentak dengan model versi 9000 tanpa soalr dan atomic keluar selepas model mudman 8400. Maka tak hairanlah model ini hanya dibekalkan dengan multiband 5. 5 gelang yang disusun berderet di atas dial jam akan gelap mengikut signal di mana pancaran radio diperolehi. Hari dan tarikh tidak dapat dimasukkan sekali pada dial jam dan hanya dapat dilihat sekiranya ditekan butang split tidak seperti model 9000 tanpa atomic.
 Sekali pandang susah nak kata model ni ada faktor 'wow' atau tak. Mungkin ada yang lebih gemarkan model 9000 biasa. Mungkin ada yang suka dengan susunan dial GS atomic yang lebih ringkas. Aku pulak sebenarnya memang dah lama nak cari versi mudman biasa. 
 Sayangnya versi hitam biasa yang ada di pasaran tempatan didatangkan dengan penekan butang bahagian adjust dan mode berwarna merah tidak memenuhi citarasa aku. Aku lebih sukakan model ini yang berwarna hitam keseluruhannya termasuk pusher.
 Bucke jam tetap Casio Japan
 Sisi belakang jam pula sama dengan dilapik dengan resin kelabu sama seperti model tempatan. Gambar Mr Mole yang selalunya naik kereta 4x4 pula ditukar dengan aksi perisik seolah-olah memegang alat pemancar di tangan kanan. Sementara tangan kiri Mr Mole memegang sejenis alat gerudi. Dan tak lupa juga spek mata yang mampu melindungi mata daripada cahaya matahari. Bagi pemiat-peminat GS tegar, perkara-perkara kecil sebeginilah yang sentisa membawa tarikan yang tiada kesudahannya.
 G Shock mudman model 9000 juga kelihatan sederhana di tangan. Tak terlalu besar ataupun terlalu kecil. Hujung talipun tak keterlaluan panjang seperti frogman.
Secara keseluruhannya, mudman gw900 bolehlah dikatakan antara model mudman yang tidak banyak diperkatan oleh para peminat G Shock. Design yang dibawa oleh model ini lebih menjurus kepada fungsi daripada aksi sama seperti kewujudan model-model mudman yang lain. Ni dah masuk kali ke-5 aku membeli mudman. Harga model-model mudman 9000 pula begitu mesra pengguna. Walaupun model ini telah lama di pasaran. Keselesaan dan saiznya pasti membuatkan anda tersenyum puas memilikinya.

SOLD 18/02/2014

4 comments:

  1. Bro, faktor wow terletak pada keunikan jam ni...jam yg sedia lawa, ditambah faktor atomic yg sememangnya pemandangan yg jarang di negara kita..sebagaimana mudman lain, pada aku, dalam line gshock, design mudman antara yang tercantik..samada dilihat sahaja atau semasa dipakai..tahniah bro, another quality purchase from u...gambo memang terbaekk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro. Mudman patut ada sebijik dalam koleksi. Masalahnya skrng ... Patut berapa bijik baru dikira selamat... Hehe

      Delete
  2. baru skrg sedar mudman ni gorgeous

    ReplyDelete