Tuesday, March 25, 2014

G Shock AW-482B-4


Salam hormat. Jamseh kali ni ingin berkongsi sebuah lagi jam G Shock dulu-dulu yang agak unik pada pandangan. Unik kerana warnanya yang merah menyala. Sebelum mengomel panjang tentang model ni, ada baiknya kita berkenalan dulu. Nama penuh bagi model ni kalau tak silap hamba G Shock AW-582B-4A. Dikhabarkan mula berada di kedai-kedai sekitar Oktober 2006. Masa tu aku beli juga sebiji model ni, tapi kaler hijau askar yang dial gelap macam ni juga.
 Tetapi walaupun jam hijau tu dah lama aku jual. Rupa-rupanya penyebab aku jatuh cinta fasa ke-2 ni adalah disebabkan jarum jam yang ala-ala pedang Soul Calibur Siegfried. Kali pertama perasan masa belikan jam G Shock mini untuk Iqa dulu. Cuma agak-agak boleh ke pakai jarum ni kita pakai pada jam divers? Cara juga kan??
 Kombinasi hitam dan merah memang ok. Pulak tu dengan dial negatif memang adunan yang ganas dan berani. Aku masih berani pakai jam merah kalau dibandingkan suruh pakai jam kuning atau putih. 
 Secara jujurnya bila pakai jam dial negatif ni, aku bukan tengok sangat apa yang ada kat belakang tu. Mujurlah jarum yang besar dan markers yang terang memudahkan proses membaca waktu. Kalau gelap tak nampak, lampu LED kekuningan (amber) akan menyala pada sudut pukul 6 dial jam bila anda menekan butang lampu pada sudut kanan atas jam.
 Caseback belakang jam malangnya tak dapat nak dipaparkan kerana terlindung dengan kedudukan tali.
Seperkara lagi yang menarik ialah tali jam yang agak lebar seolah-olah kulit dengan style bund. Masa jam ni dikeluarkan memang tengah hot style ni. Sekarang ni agak payah nak jumpa rekaan yang sebegini. Kalau ada yang anda rasakan berkenan rembat aja. Tak perlu fikir panjang sebab secara naturalnya G Shock memang datang dengan tali resin. Tali yang selain resin secara automatik akan jadi edisi terhad. Bagai manapun, tali-tali lebar seperti ini tidaklah berapa sesuai untu dipakai untuk kerja-kerja berat. Ianya lebih sesuai buat melawa aja gitu.
Model AW582 masih lagi kedapatan di kedai-kedai cuma warnanya ceria amat seperti warna pink dan hijau muda kalau tak silap. Sambil tu jangan lupa perhatikan kelainan jarum pedang Sigfried. Model-model baru pula hanya gunakan jarum parang aja. 

4 comments:

  1. Aku rasa mcm ok jugak bro kalau masuk kat jam diver jarum pedang dia tu...unik adanya :) jam merah cantik, ganas but masih boleh dipakai juga kalau aku...kuning pun aku tak berani, putih lagi ler...hehe..anyway tahniah sbb berjumpa jam rare lagi hensem ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ke bro? Tapi sebelum masuk kenakan dulu cat lumi...baru cun. Thanks bro. Jam ni biasa2 saja still x bole lawa koleksi awak :p

      Delete