Thursday, July 14, 2011

Seiko yang kelabu


Lama juga jamseh tak ada post-post terbaru. Aku ingat nak buat post setiap Sabtu tapi hajat terpaksa dilupakan lantaran tangan dah mula rasa gatal-gatal halus nak menulis. Minggu ni memang sibuk banyak hasil kesinambungan daripada minggu lepas. Pagi tadi kebetulan aku jumpa kawan lama Wan yang hendak mengambil anaknya pulang kerana demam. Masa beliau sedang mengisi maklumat pada buku keluar aku terpandang jam yang seakan-akan aku kenal. Seiko tu bro. Atau lebih tepat Seiko 5 100m .Walaupun selalu terlihat di internet tapi aku belum pernah tengok secara live. Yang buat tak seronoknya bila jam Seiko tu berkabus pada crystal. Memang sah masuk air.

Bagi ramai orang, mengenali jenama Seiko sudah cukup baik. Tak payahlah nak cerita pasal enjin, siri model atau macam-macam lagi. Biasanya janji cantik ok aja. Aku tanya kenapa boleh jadi macam ni. Katanya jam ni biasanya beliau gunakan semasa turun mengail. Biasalah cuci-cuci tangan sikit dengan air masin. Tapi taklah sampai pernah terjun laut pulak dengan jam ni.

Kalau dipandang dari sudut berbeza agak serius juga kes masuk air ni. Aku pun tak boleh komen panjang-panjang. Katanya dia tak pernah usik-usik crown. Marilah kita renung-renungkan kejadian di atas dan mencari pedoman dan teladan darinya.

Berikut adalah panduan ringkas bagi pengguna jam-jam Seiko yang berkaitan dengan water resistance. Maklumat ini diambil daripada buku biru panduan Seiko Worldwide Guarantee And Instruction...

Sila semak tulisan pada bahagian jam
1. Non-water resistance = jangan sekali-kali cuba mendekati air. Jika terkena, silalah hantar ke ER Seiko Servis yang berhampiran.
2. Water resistance 3 bar = hanya mampu tahan percikan air atau hujan. Tidak sesuai untuk mandi atau berenang
3. Water resistance 5 bar = sesuai untuk mandi, berenang atau berperahu layar
4. Water resistance 10/15/20 bar = sesuai untuk mandi, selaman cetek, tapi bukan untuk Scuba dive.

Jika jam anda mampu berbuat demikian sila pastikan...
1. Crown bertutup rapat sebelum terkena air
2. Jangan gerakkan crown semasa mandi atau bersyampu (cubaan untuk mewangikan jam)

Jika anda ingin membuat Scuba diving (is a form of underwater diving in which a diver uses a scuba set to breathe underwater) , silalah gunakan jam yang ada tulisan Divers atau carilah jam yang ada perkataan Scuba pada muka jam.

Maklumat di atas bukanlah rekaan. Sila rujuk buku biru Seiko kepunyaan anda. Selamat menyelam.

10 comments:

  1. Ada beberapa jam aku jd camni dulu.. tak pernah ada yg tak pernah kena air pun... Ada yg cuma kena aircond kereta.. hmmm.. aircond?

    ReplyDelete
  2. dj...agaknya sejuk sgt tak aircond kete tu. Aku lum pnah lg kna situasi yg mcm ni. Mintak2 dijauhkan

    ReplyDelete
  3. Benda ni bukan jadi kat jam Jepun je.. Jam Swiss pun jadi gak walau beriban2 reganya...

    ReplyDelete
  4. dj...kalau da sampai kelabu cermin agak2 bole bekarat ke enjin kt dalam. Atau kejadian ni mmg normal? Harap2 tak lah serius sgt...

    ReplyDelete
  5. Ada part yg boleh berkarat kalau dibiarkan lama... Kena buka & keringkan tu... Keadaaan tu agak serius... Huhu

    ReplyDelete
  6. Tk...nanti aku akan sampaikan berita ni pada dia. Harap dia tabah menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  7. Geram nengoknya ni bro...rasa nak bukak dan praktikkan apa yang pernah DJ post kat blog dulu. Dulu aku pernah buat kat jam seiko 5 member aku, berkabus! Hehe

    ReplyDelete
  8. last time kalau cermin jam jadi macam ini ... i biasa masuk kedalam tong beras, moisture diserap ... after 1-2 days .. hilang cermin blur tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. Wali... Jam kawan ko branila bukak hehe... jam sendiri antar kedai ooo... aku alat nk adjust rantai pun tak ada... huhu

    ReplyDelete
  10. Adr... kalau masuk dlm pot beras boleh hilang kabus why not... bg user yg x tau apa2 psal jam mcm aku ni, most likely will follow this simple solution... Thumbs up... :)

    ReplyDelete