Dulu 6105 811x ni sering memenuhi ruangan minda dan fikiran. aku Pejam mata ingat 6105, tutp mata mimpi 6105. Habis semua orang yang ada jam ni kat Malaysia aku pujuk supaya jual pada aku. Kalau tak percaya tanyalah Dr DJ. Ada yang sayang ada yang kata baru jual...aaahh macam-macamlah. Akhirnya atas berkat kesungguhan dan kesabaran aku berjaya memperolehi sebiji daripada seberang laut...
Patutlah ramai yang jadi gila @ mabuk dengan model hebat dari Jepun ni. Semuanya perfect. Dari segi casing, bezel, saiz dan hands semuanya masuk akal. Jam yang aku dapat ni dial masih lagi original. Bagi sesetengah peminat mahukan yang semua ori tanpa sedikitpun kesan-kesan baik pulih. Aku pula lebih senang dengan model-model yang telah di refurbish nampak lagi sedap di mataku...
Model yang aku dapat dari keluaran 6105 8119.
Pernah tak baca post aku pasal bungkusan dari kanada. Jauh betul aku cari tali yang sesuai nak dikenakan dengan jam hebat ni. Cuba tanya Walikad jenuh tak tunggu...Memang terbaiklah tali ni. Lembut , sedap, hebat, melakat..tak hingat..
Walaupun saiz jam agak besar namun tak kelihatan begitu besar jika dikenakan di tangan. Ciri-ciri vintage memang menyerap ke dalam diri bila mengenakan jam hebat ni. Bagi yang memilikinya tentu tahu apa yang aku maksudkan...
Sudah menjadi kebiasaan aku kalau ada jam-jam yang baru aku dapat akan aku rakamkan aksinya. Tapi yang ini belum sempat lagi aku post dalam blog, jam kesayangan ini terpaksa aku lepaskan. Betul bro gua tak tipu... Kenangan saat manis yang sempat aku rakam ini hanya tinggal kenangan. Walaupun saat-saat manis kita tidak lama namun akan aku kenang sampai bila-bila.....
Amende? Belum sempat diblogkan dah jual? Ko bior betul bro! Sapa manusia bertuah tu?
ReplyDeleteSaya masih mengimpikan jam ini. Masih mengharap suatu hari nanti menjadi milikku.
ReplyDeleteBro PM... ada cabaran dlm menulis blog sbb bimbang ada yg menganggap menulis sbb nk menunjuk-nunjuk. Ini memang kisah benar. Jam da lama tp lum sempat masuk blog. Jam tu kini berada di Selangor bumi bertuah...makin sedih pulak aku nk menceritakan...huhu
ReplyDeleteCikgu Zul... jgn terlalu lama sgt bermimpi. 6105 mmg diakui kesedapannya. Berbaloi dgn apa yg dibayar...
ReplyDeletecikgu zul sini takkan melepaskannnya hehe. Selangor tu mcm ada 4/5 geng2 jam yg aku kenal...adakah? tp bro, terlalu awal dilepaskan, ibarat tanah kubur masih merah...huhu. wallahhualam
ReplyDeleteHuhu...6105 mmg cantik walau apapun condition nya..sgt cantik dipandang, sangat best dipegang...mmg aura! InsyaALLAH, suatu hari nanti..tapi time tentu harga dah melangit
ReplyDeletewali, jam ni bole mencecah 2.5-3k 2/3 tahun lagi. buruan collectors-jarang dipakai tp tegar disimpan huhu...yg best skali2 kluar, peminat mmg tak mampu utk tidak melirik ke arahnya...sadis
ReplyDeleteLoh... dah juai? Awat la pulak? Apa boleh buat jodoh tak panjang...
ReplyDeletesah_kul, apa nak kisah orang nak cakap apa. Kalau dekat blog jam pun tak boleh nak cerita pasal jam, apa lagi nak cerita? Pada aku kalau kita menulis secara ikhlas dan niat nak berkongsi dengan orang lain, terpulangla orang nak cakap apa. Lagipun kalau bercerita pasal 6105 pun orang nak kata menunjuk-nunjuk, aku boleh tepuk dahi ajelah
ReplyDeletei feel it bro ... since you have set it free .... live & let die ...
ReplyDeletenormal bro ..blog is an entertainment ..nak cakap apa cakap lah...
imho..6105 masih byk dlm market, is weather the price vs. condition worth it or not thats different story.
sah kul, sebenonya komen pertama PM tu acah2 je, komen2 sayang hehe. kalu nak mesra lagi tu yg aku nak sgt2 jumpa korang dn yg lain2 kat H4U2(tu pun kalu sempat dibuat lagi)...betul kata org tua2:'tak kenal maka tak cinta, pengubat rindu hanyalah bertemu...'ewah2...hehe
ReplyDeleteCikgu Zul Sabah... Mmg bertuah siapa yg memilikinya...aku ingat masa jual dulu aku kna pukau lah hehe...Mmg ada kebenaran ttg harga 6105 yg pasti melambung pd masa depan... tumpang gembira krn jam kini berada di tangan sahabat juga...
ReplyDeleteWali... kita hanya merancang, Allah yg menentukan jodoh... kalau difokus @ target insyaAllah 6105 pasti berada di tangan anda....
ReplyDeletePM... trima kasih atas sokongan. Blog ini salah satu wadah dari saya untuk berkongsi maklumat. Saya banyak terhutang budi dgn blog2 jam tempatan terutama bila mencari maklumat ttg jam2 yg nk dibeli. Gambar2 dari pelbagai sudut banyak memberikan kita idea ttg jam tersebut. Jamseh akan sentiasa memberi khidmat selagi diperlukan
ReplyDeleteDr DJ... apa nk buat Doc. Orang da berkenan. Pernah dgr tak crita pasal ikan lohan (ikan dahi jendul) yg org tawar harga tinggi untuk membelinya. Pemilik syg x mau jual. Tak lama kemudian kna banjir besar @ mati. Itu yg berlaku pd aku. So bila ada tawaran,terpaksa letak harga...bimbang musibah lain melanda....
ReplyDeleteAdr... You r correct. 6105 is a true classic. I am more into modern classic. At times you have to give to be happier...
ReplyDeletebiasalah bro... jam datang & pergi... Mmg jam yg pernah kita ckp taknak jual itu yg kita akan jual bila ada sebab musabab. Selalu terjadi kat aku... huhu...
ReplyDeletebro Shah ... welcome to the modern classic club !! i wanted a 6105 last time lastly decided no go.... with the rise of seiko collectors site/network it's a matter of time there will flood the market... so many seasons come & go ... like monster , samurai..sumo, tuna..dilot.. etc..
ReplyDeletethat'e the collectors cycle one must not hold everything, let go & the one you always wanted will appear.
Dj... Terjadi pd mu, terjadi pd ku jua...mcm lirik lagu laa pulak
ReplyDeleteAdr...Speaking of numbers, rite now I got 3 monsters. Man, these monsters are super tough and cheap. Cannot go without. Don't ask me why I keep my monsters and sold my Sammy and 6105...hehe
come on ... bro Shah you are half way giving us the clue ... better finish the climax... hope you can share :)
ReplyDeleteadr... the 6105 story has finish. Part 2 is about another watch that I owned for 4 days only. Yup, 4 days...
ReplyDelete