Thursday, July 21, 2011

orange.....


Kadangkala benda yang kita paling tak suka tu lah yang menghiasi hidup kita. Dulu bila tengok Seiko Monster sakit betul mata aku. Aku pun tak faham kenapa orang suka sangat dengan model monster. Akhirnya atas dorongan dan kata-kata manis di dada-dada blog yang selalu aku lawati, aku pun mencuba nasib dengan membeli sebiji orange monster. Nah, amik kau ubat. Jam yang dulu aku meluat tengok kini tak sah kalau aku tak belek dalam sehari. Nak dipendekkan cerita yang panjang, aku tersua dengan sebiji Orange Monster yang agak pelek sikit dipaparkan di dalam salah satu blog jam terhebat di Malaysia. Tertulis di situ Not For Sale. Personal Collection. Empat malam aku tak bole tido. Siot betullah...

crystal ... 2003 , 2010
Macam biasalah aku hulurkan kiriman sms berbaur ayat-ayat cinta meminang si cantik manis. Tak sangka pula pinangan aku diterima. Berdebar ada, suspen pun ada, maklumlah benda pelek. Tapi dari reputasi blog jam ni memang tak mainlah jual barang-barang kentang. Bila memikirkannya hati aku mula kembali lega. Setelah menyimpan gambar-gambar jam ni dengan agak lama, barulah kini aku rasa bersedia berkongsi gambar-gambar yang aku rakamkan sedikit masa lalu untuk rujukan dan pandangan. Terimalah...

Upper Dial ... 2003 , 2010
Tulisan nombor 20 pada date memang serupa terutama kaki nombor dua yang agak sengat. Untuk model 2003 day-nya menggunakan tulisan arabic, manakala 2010 spanish

Lower dial ... 2003 , 2010
Lekukkan pada bezel berhampiran nombor 30 pada bezel tidak dapat dipastikan. Selain itu yang nampak paling ketara perbezaan ialah minute chapter yang agak kekuningan, dial jam juga agak pudar... Tak kan pulak ada yang semata-mata nak buat chapter ring kuning.

Bila aku hendap dan aku cium macam ada persamaan. Jarum jam tidak menampakkan perbezaan...

2010 ......... 2003
Aku pernah tengok caseback jam monster tiruan yang di paparkan dalam forum-forum. Cuma model 2003 agak berbeza ombak tsunami nya agak tajam. Tapi tak keterlaluan perbezaannya.

Caseback ... 2003 , 2010

Sudut sisi ... 2010 , 2003
Dari pandangan tepi model 2003 ni casing bawahnya agak berkilat berbanding model 2010. Ada kemungkinan telah dipolish kerana terdapat lebihan seperti habuk autosol di celah-celah bezel semasa aku membersihkannya... Crown juga dari jenis screw lock seperti biasa.

Luminous ... 2010 , 2003
Ada pendapat mengatakan paling senang melihat perbezaan monster yang original dengan tiruan ialah melalui cahaya luminous jam tersebut. Kedua-dua jam telah didedahkan kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang sama dan dibiarkan beberpa ketika untuk diambil gambar. Nampak tahap luminous kedua-duanya seimbang.

Jam Seiko vintage memang sukar dicari tetapi Seiko Monster daripada keluaran awal tahun 2000 juga semakin jarang ditemui. Cuma kadang-kadang bila aku mengusap-ngusap Seiko Monster kuning ni aku selalu mencari perbezaan. Aku dah tak sanggup lagi menyimpan persoalan ini. Barangkali gambar-gambar di atas ada menyimpan seribu rahsia...

Jangan biarkan diri dan keluarga anda diselubungi misteri...

14 comments:

  1. Patutla kat header tu lain macam orennya..monster version lama tu. Memang rare...kenakan pulak dengan anvil bracelet, sure lagi tak tidur malam :p

    ReplyDelete
  2. misteri...tak berani nak komen. lgpun oren 2008 dah bertukar tgn kpd adek aku,bro wali tau lah apa sbbnya...ada kaitan dgn sitizain diva. skg aku beh selesa sgt ngn sz 39mm utk beater...tak byk menyangkut...huhu

    ReplyDelete
  3. Wali... eh! ko mcm da tau2 aja aku da oder anvil...on the way hehe

    ReplyDelete
  4. 24hrs...apakah ini bermakna tiada lg ruang utk oren. Tp keselesaan memakai mmg mengikut individu. Ada yg selesa dgn big size, ada yg suka midsize. Saya pn ada sbiji midsize yg sekali sekala dipakai untuk rasakan kelainannya...

    ReplyDelete
  5. Bro, ko order dari yobokies ke? Brader tu cepat jugak..pagi order, petang dah dpt tracking no

    ReplyDelete
  6. ada, mgkin Sumo atau skx...betul tu pakai ikut aura, tu sbb mesti ada smua size. mood kita kdg2 tak menentu-org normal hehe. mgkin ambk dr. T Syed kot, psal dia ada sebijik dulu...???

    ReplyDelete
  7. Wali...aku amik dgn watchadoo. Yobokies tu dr mana dan klu nk oder mcm mana? tak brp faham la bro... :(

    ReplyDelete
  8. 24hrs... Sumo @ skx mmg bebaloi...cuma arga yg berbeza, mesti ada sebab... Kalau da minat jam, tau aja mana lubang haha :)

    ReplyDelete
  9. Sumo oren kena strap itam cun gila...tp syg buat beater. skx oren gold marker npk rare tp jadi beater:'merah sangat lah makngah...'huhu. anyhow tepok dada la...

    ReplyDelete
  10. Bro, check kat sini:

    http://www.thewatchsite.com/index.php/topic,21022.msg116377.html#msg116377

    Otai mod mamat ni...hehe

    ReplyDelete
  11. wow bro ini lagi rare ...another hate but true here..hehehhe
    nice catch ..congratz... kalo bro xcakap pasal lume tu i pun tak tahu..
    day in english ada ?

    ReplyDelete
  12. 24hrs... ala cikgu ni saja aja ckap mahal, dia pakai rolex pegi pasar cari ikan tak da hal pun hehe... :)

    wali... link da dpt. Thanks. Klu nk oder nnti aku rujuk pd ko aja ye...

    adr... I felt like on top of the world when score cheap watches with unique appearances. Nak beli ltd ed. mmg tak mampu. So, anggap aja la jam ni ltd bagi level aku. Buat msa ni ada limit yg I kna obey when looking for new watch. Haha don't worry, got englis day too...

    ReplyDelete
  13. same here..for me to feel this effect (on top of the world when score cheap watches with unique appearances)

    one have to bring luck to others before luck comes back.
    the watches will hunt you, not you hunt them.

    ReplyDelete
  14. Adr bro..."one have to bring luck to others before luck comes back. The watches will hunt you, not you hunt them."..not as easy as said but I'll try.

    ReplyDelete