Saturday, July 9, 2011

Tropic Sport pengubat hati

Mood nak menulis dalam seminggu ni agak malap, terutama bila terbaca cerita-cerita pasal pasaran lembab dan macam-macam lagi. Begitulah lumrah dunia, kadang kala kita di atas ada kalanya di bawah. Minggu ni boleh dikategorikan kategori perit juga buat aku. Pulang dari kerja tempohari tiba-tiba bunyi kereta Proton Saga aku bunyi lain macam aja. Macam bunyi 3 cylinder pun ada. Ahh, mungkin kena tukar plug baru agaknya.... Sambil memandu kereta yang tersengut-sengut terbayang pula cerita Detik12 yang mengkagumi diri dengan bergaya sakan dengan Ti Sammy di bengkel. Macam biasalah mintak pomen tukar plug. Bila start enjin kereta masih macam tu juga. Sudah. Apa lagi, baraiiiii ......
Tak tau apa nak cakap bro. Kereta pun da boleh masuk mengundi tahun depan. Cuma yang sedap sikit apek pomen tu bagi compliment sikit tentang enjin aku. Katanya piston Mitsubishi. Patutlah selama ni aku bawak laju semacam aja kereta ni. Mood nak amik gambar jam macam Detik12 dengan enjin nampaknya terpaksa dilupakan. Balik aja lah. Kereta pun bukan boleh siap kalau aku tunggu.
Sampai saja di rumah terlihat bungkusan poslaju atas meja. Aku biarkan dulu, perut pun lapar. Selesai makan aku buka perlahan-lahan bungkusan. Memang buka bungkusan pos menjadi salah satu kegemaran bagi aku. Tali Tropic Sport yang dibeli dari Kunci Jam dah pun tiba.
Memang sedap. Lembut tak seperti rubber seiko. Swiss made pulak tu. Tropic ni saiz 19mm tapi buat masa ni aku tak ada lagi jam yang lug saiz tu. Tak apa, beli dulu untuk kemudian hari.
Ada tulisan water proof pada hujung band
Aku ada juga buat survey. Tali tropic ni da semakin pupus dari muka bumi. Barangkali kalau otai otai jam mungkin ada simpan lagi tali-tali jam ni. Barang diingat, jika saiz tangan anda besar, tali ini tidak begitu sesuai kerana talinya tidak panjang.
Yang buat tak sedapnya, aku perlukan satu Swiss divers yang lug saiz 19mm. Bukan tak boleh pakai dengan jam Jepun tapi macam tak ada roh pulak hehe. Sekarang ni aku pakai tali ni dengan monster. Haha memang gila. Tak apalah buat masa ni tempoh bertenang dulu. Kereta pun da selamat sampai di rumah. Biarpun pembelian kali ini agak kecil tapi cukup untuk menghiburkan hati yang lara.

12 comments:

  1. Saga tu bro, memang sgt terbukti ketahanannya...tapi kalau dah lama sgt, ferrari pun barai :p hehe...dulu pernah try tropic, mmg lembut bebeno. Patutlah harga mahal. Try dulu ms beli seiko 6309 7040 dgn uncle luv, dia bawak sekali. Saga tu bro, memang sgt terbukti ketahanannya...tapi kalau dah lama sgt, ferrari pun barai :p hehe...dulu pernah try tropic, mmg lembut bebeno. Patutlah harga mahal. Try dulu ms beli seiko 6309 7040 dgn uncle luv, dia bawak sekali.

    ReplyDelete
  2. Adr... harap kwn2 bloggers dpt post pasal antik swiss divers. Push me harder please

    ReplyDelete
  3. wali...saga ni mmg byk bjasa. Tropic ni klu kna dgn divers nipis mmg cun sbb talinya nipis..

    ReplyDelete
  4. bro shah...minat saya tak mendalam about vintage/antik, (jumpa durian terpijak lain cerita) hehehe... this type kena study betul2 sebelum bertindak. vintage is fragile.

    ReplyDelete
  5. Adr..btul bro, vintage usually fragile. Aku pun x brp pandai sgt. Harap2 x tersilap langkah...

    ReplyDelete
  6. tahniah on the strap...it lands on a good hands now.. dulu i pernah npk dunlop strap cam rubber ke leather entah kat blog mana, now mau cari tak tau mana dah !! ... nti kalo jumpa diver antik/military kita roger bro..

    ReplyDelete
  7. adr...bad news bro, 19mm strap usually match with omega or rolex... kalau x dpt collect jam, dpt beli tali pn jadilah hehe...dunlop lg x pnah jmpa...

    ReplyDelete
  8. Speedy Date aku lug 19', tapi bukan diver. Seiko UFO pun 19' jugak. Dan memang betul susah cari strap/band 19' ni. Berapa rega satu ni?

    ReplyDelete
  9. PM..rasanya x perlu divers utk strap tropic ni. cuma bila dikenakan strap tropic ni bertambahlah sporty sesiapa yg memakainya. Arga dpt rm100. Rasanya lebih sesuai dikenakan dgn jam2 sederhana nipis sbb talinya x tebal

    ReplyDelete
  10. tali tropik ni byk penyelesaian utk yg tak suka bracelet/rubber strap/kanvas.bagus lg pasal dia 100%waterproof. rubber strap ori aku pernah putus! dan jam jatuh, cermin berderai. ada korang pernah dgr tali tropik putus?

    ReplyDelete
  11. 24jam... yg tak sedapnya tali2 tropic ni harga dah menyamai bracelet. Tropic putus blum lg dgr crita tp duit putus tu mcm slalu dgr pulak akeke...:)

    ReplyDelete