Thursday, June 30, 2011

Poptone untuk si manja

Kali ini aku bawakan kisah tentang jam Casio Poptone. Dengan kotak yang berwarna pink tentu sekali kita dapat menelah tentulah jam ini direka khas untuk perempuan. Kebetulan pula peperiksaan setengan tahun lepas aku dah berjanji dengan anak-anak aku, siapa yang dapat menunjukkan peningkatan akan diberikan hadiah jam tangan. Korang bukan tak tahu budak-budak sekarang ni memang suka bergaya. Biarlah mereka bergaya dulu dengan model Poptone, kalau pandai menjaganya mungkin akan dihadiahkan yang lebih baik pada masa akan datang.
Bukan tak boleh beli dari kedai jam berhampiran, tapi mereka nak juga merasa macam yang selalu aku terima bungkusan daripada posmen. Payah-payah. Akhirnya dapat juga seller dari Langkawi, G People yang menjual dengan harga yang kompetetif RM89.90 siap free poslaju. Ingat nak pakai Paypal tapi sistem rosak, akhirnya terpaksa bankin juga...
Banyak jugawarna-warna pilihan poptone. Biasalah, anak perempuan pilih yang pink. Digit display juga berwarna pink. bagi aku memanglah warna cun tapi sebenarnya sukan dibaca di bawah keadaan cahaya tertentu...
Design yang simple dan tidak terlalu besar sesuai untuk kanak-kanak. Lubang-lubang buckle pada tali jam juga seuai untuk saiz kanak-kanak. Semua pad adjust berada di bahagian dial depan.
Pembelian disertakan warranty selama setahun dari G People
Luminous biru poptone ini tidaklah sehebat G Shock
Sehari kemudian aku beli lagi sebiji semasa aku buat lawatan ke Watch Lim tempohari (kedai lain) Harga yang ditawarkan juga sama. Yang tak sedapnya semasa membeli jam ni tempohari aku ternampak Seiko prospex sebiji dalam kotak. Ini tak boleh jadi, mungkin kena buat kunjungan susulan dalam tempoh terdekat :)

8 comments:

  1. Yahoo! Bestnya dapat jam pink! :-)

    ReplyDelete
  2. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... :) hehe

    ReplyDelete
  3. Menarik poptone pink...tapi nak bagi kat anak2 pun depa tak pandai lagi nak cermat...bagi jam pink pasar malam ajelah :p InsyaALLAH, bakal diberikana sebagai reward kelak

    ReplyDelete
  4. Ni da masuk yg ketiga. Nak tunggu pandai jaga memang amik masa. Mungkin bapaknya yang tak sabar nk belikan jam agaknya akeke :)

    ReplyDelete
  5. Hehehe...sebenarnya bapaknya yang nak review :p

    ReplyDelete
  6. ...eh, mana ko tau rahsia ni akeke !!

    ReplyDelete