Tuesday, June 21, 2011

Casio Databank

Cerita kali ini berkisar tentang sebuah jam penuh kegunaan iaitu jam Casio Databank. Sebuah jam kegilaan remaja yang sukakan retro style. jam ni bukanlah milik aku tapi kebetulan
untuk dijual kepada pembeli yang tercari-carikan model old school geek ni. Dari segi ekonomi jam ni memanglah berbaloi sangat untuk dibeli kerana harga yang murah, malah baterinya juga tahan sehingga 10 tahun. Fuhh, lama tu...
Siapa sangka jam yang nampak biasa ni sebenarnya ada aura yang terselindung
sehinggakan ada pengikut dan kolektornya yang setia. Aku tak berapa ingat ada berapa jenis warna yang keluar tapi yang aku ceritakan ini warna bodynya seakan warna emas @ gold
Hampir keseluruhan komponen terdiri daripada bahan plastik membuatkan jam ini seperti tidak terasa di tangan kepada mereka yang dah biasa pakai jam-jam 'berat' seperti jam divers. Seperti yang aku katakan tadi, jam ni memang ekonomik dan sentiasa menyokong pemiliknya menyimpan wang di bank. Dengan adanya keupayaan mesin kalkulator, pemiliknya dengan
mudah mengira baki wang belanja hari-hari. Jam ini juga turut berupaya menyimpan 25
direktori nombor kenalan yang berhutang jika ada....hehe
Band yang simple dari jenis resin memang selesa untuk dipakai. Hujung band yang
sedikit tebal dapat mengelakkan jam dari jatuh secara tidak sengaja semas dibuka...
Jam databank kelihatan tenang dan berbaring santai sementara menunggu matahari terbenam...
Rupa-rupanya pad kalkulator juga mengeluarkan luminous sesuai bagi mereka yang memerlukan cahaya pada waktu-waktu yang gelap...
Kelihatan jam Casio Databank agak besar semasa dikenakan pada tangan aku. Sesuai bagi mereka yang sukakan praktikal, kekemasan dan sedikit sentuhan retro. Dengar kata jam ni dah semakin berkurangan di pasaran. Aku pun tak dapat nak berikan kepastian. Memiliki jam Casio Databank tidak mencerminkan anda sebagai seorang yang lemah asas-asas matematik dan begitulah sebaliknya mereka yang tidak memilikinya bukan bererti mahir dalam matematik...
... setelah mendapat inspirasi (dj & wali)...hehe...akhirnya tiba giliran aku merasai nikmat divers skx007 j-bond. Review bakal menyusul sedikit masa lagi InsyaAllah...Terima kasih atas sokongan anda...

22 comments:

  1. Gambar atas tu memang dah meracun..sekali yang bawah sekali pun racun J daa...cun cun :p Dok tgu Oyster sampai ni...pastu tukar seluar! Hehe

    ReplyDelete
  2. Siapa sebenarnya yang termakan racun hehe...Cis! oder oyster tak kasi tau kawan2....

    ReplyDelete
  3. Tak tau plak boleh bercahaya button dia... haha

    ReplyDelete
  4. dj...aku pn tak menyangka pad mengeluarkan luminous...boleh tahan jgk terangnya...mcm dlm filem angkasa lepas pn ada...

    ReplyDelete
  5. cantik & unik dbc tu. tapi i minat yg hitam. tu hari nak beli..tapi dah jual..then dpt jam casio game. lagi shoik...

    ReplyDelete
  6. bro ad...mmg model ni unik lagi klasik. Mmg laku punya kalau jual balik hehe

    ReplyDelete
  7. betol.. jam under rated bila naik ebai..ohh senyum bro.

    ReplyDelete
  8. ad...happy hunting...sambil senyum puas :)

    ReplyDelete
  9. bro..kalo jumpa model full black screen gold ..pls roger.. limited nie,,
    http://www.casio.com/products/archive/Timepiece/Databank/DBC32-9A/

    ReplyDelete
  10. dbc gold ni memanr super rare bro

    ReplyDelete
  11. Amar...jam ni hanya boleh diperolehi dr kedai2 jam usang aja haha

    ReplyDelete
  12. Tengok la sape runner.HEHE

    ReplyDelete
  13. namapun runner...memang lah kencang hehe :)

    ReplyDelete
  14. bro ade jual ke casio DBc tu...

    ReplyDelete
  15. mfizow...jam dbc gold ni sudah dijual..kalau saya terjumpa nnti sya akan post kt blog :)

    ReplyDelete
  16. OK bang...SYA TERCARI MODEL MCM NIE bang..HARGA BRAPE DIPASARAN bang..kalau ade jam mcm nie abg msg sya ye...mfizowii@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  17. mfizow...model ni ada byk variasi warna bro...apa2 kolor pn bole ke? adik aku yang rajin cari. nnti kalau ada aku roger :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. harga berape bos spai x 2 ratus boh...kalau ade warna emas kita nok..

    ReplyDelete