Kali ni kita berkenalan pula dengan satu lagi jam koleksi aku yang ramai dah kenal, Seiko Orange Monster a.k.a SKX781K3. Barangkali jika anda sedang membaca post kali ini, anda juga sedang atau pernah memiliki jam ini. Jam Seiko yang super popular ini ibarat jam wajib kepada peminat Seiko. Secara jujur , aku membeli jam ni pun atas dasar mengikut trend (terpengaruh) bila banyak blog-blog jam kat Malaysia ni yang buat review pasal jam ni. Lambat juga aku nak dapatkan keserasian memakai jam ni tapi masa terus berlalu dan aku masih menyimpannya. Seperti biasa aku suka membeli terus dari lama sesawang untuk harga yang lebih baik dan mampu milik....
Kalau kita baca di dada-dada blog tentu ramai yang maklum tentang variasi warna jam monster ni. Yang basic hanyalah warna hitam dan oren. Ada juga warna-warna lain untuk pasaran Jepun dan limited edition tapi maklum sajalah harganya yang menembus atap rumah
Kadang-kadang jam yang berharga pertengahan dan mampu milik nilah yang rajin kita gayakan kemana-mana berbanding jam-jam mahal (kesayangan)...maklumlah kalau yang mahal tu dah tergores...siapa yang tak menangis. Maka jam-jam mahal tu kebanyakkan masanya dalam almari saja berbanding jam-jam biasa..
Bezel yang berbentuk bunga ni bukanlah pilihan kepada semua peminat jam. Aku termasuklah salah seorang daripadanya. Tapi aku suka bahagian bawah yang seperti Seiko Tuna. Betul ke?
Kalau ikut yang tertera kat bawah jam, jam ni dilahirkan sekitar bulan Oktober 2010
Satu lagi ciri-ciri memikat jam ni ialah luminous markers yang memang menyilaukan mata dan menjadi teman ketika beradu. Kalau mata susah nak dilelapkan, rajin juga aku membaca pergerakkan jarum saat sampailah aku tertidur....bahagia betul hehe
Jam ni bolehlah dikategorikan bersaiz besar sederhana. Aku lebih sukakan kombinasi rubber strap kerana nampak kontras warna dengan dial jam...
Secara keseluruhannya, Seiko Orange Monster memanglah sebuah jam yang berbaloi untuk dimiliki. Bacaan detiknya terpercaya serta harganya yang terjangkau membuatkan anda rasa ianya suatu pembelian yang terbaik. Stok semakin menyusut di pasaran tempatan dan sudah tidak ada lagi di web rasmi Seiko malaysia. Bertindaklah segera sebelum kehabisan.
Tahniah bro... Jam ni mmg favorite aku.... 1st dive watch yg aku miliki.. hehe
ReplyDeleteTerbaik bro..sy dah pernah ada jam ni tapi jual balik sebab rasanya nak memiliki skx007J terlebih dahulu. Tahniah atas pembelian berbaloi ni
ReplyDeleteDunia jam; secara jujurnya saya mendapat inspirasi membeli jam ni setelah membaca artikal dari blog duniajam....memang racun mujarab...hahaha
ReplyDeletewalikard; saya pun hampir2 jg nak terjual jam ni tp sampai skrg masih ok lagi...kebetulan masanya pn sgt ok...rasanya skrg ni jd kesayangan pula. Seiko SKX007J, mcm sedap aja bunyinya...aku pn lum ada lg tu haha. Jom kita cari sama2 hehe
ReplyDeleteAdoi.. terharunya... sob sob...
ReplyDeleteberapa harga jam ni?
ReplyDeleteRushdan...saya jual rm500 siap poslaju
Delete