Salam hormat dan selamat berpuasa. Boleh tahan lagi ke nak hambiskan puasa sampai waktu berbuka nanti. Sementara nak menunggu waktu berbuka tu terima kasihlah kerana sudi singgah di blog aku ni. Kali ini aku hendak berkongsi sebuah jam milik saya iaitu jam yang saya panggil Seiko Mumster. Rasa macam nak berkongsi kegembiraan saya melalui gambar-gambar menarik yang saya rakam tempohari. Nak komen panjang pun rasanya semua sudah tahu tentang model Seiko ini. Semoga kita memperoleh keberkatan dalam menjalani ibadah puasa. Amin
Baiklah. Untuk jam ni aku pakaikan tali kulit sebab tu juga aku panggilkan jam ni jam divers takut air.
Faktor utama yang buat aku jatuh cinta kali ini adalah disebabkan bezel hitam pada jam. Secara peribadi aku berpendapat bahawa tidak ada warna bezel yang paling ideal bagi jam divers selain daripada warna hitam. Dari jauh lagi sudah jelas kelihatan.
Markers pada bezel sebenarnya menunjukkan fungsi kompas. Bukan semua suka bezel kompas. Tapi aku pulak belum pernah nampak live monster pakai bezel kompas. Sebab tu aku rasakan ada sedikit unik.
Rasanya kalau bezel divers biasa tu memang ramai yang maklum cara nak gunakannya tapi untuk guna bezel kompas ada kelainan sikit. Rakan-rakan boleh rujuk link di bawah tentang cara penggunaannya
Tapi sejujurnya aku tak kisah sangat pun pasal fungsi kompas. Aku lebih tertarik dengan kombinasi bezel dan jarum jam.
Tapi sebenarnya jam ni lebih mirip pada Seiko Sarb049 yang aku dah terlepas nak memilikinya dulu. Nak beli baru memang payah nak jumpa. Kalau jumpa pulak payah nak bayar sebab tak mampu. So dapat pakai yang macam ni pun sudah cukup baik rasanya. Rasanya rakan-rakan boleh menilai sendiri kualiti jam berdasarkan gambar-gambar yang aku letak di sini.
Beza antara jam ni dengan model Sarb paling ketara ialah kedudukan daydate. kalau yang mahal tu ada date saja maklumlah enjin 6r15
Tapi walaupun nampak seperti jam klon, masa yang diberikan memang memuaskan. Setakat aku pakai memang masa tepat. Aspek ini penting sebab kat tempat aku tak ada tukang jam yang pandai. Dahlah tak pandai, tak mengaku pulak tak tahu.
Masa aku beli jam ni memang sudah kategori jam terpakai tapi syukur Alhamdulillah, keadaan memang sangat terjaga. Cuma sedikit berhabuk sahaja. Mugkin juga pemilik lama sudah bosan sebab itulah dia mahu menjual. Kalau sayang jam, susah nak jumpa jam yang berhabuk. Kalau berkilat tu adalah.
Tulisan Seiko daripada logam kelihatan kemas, berbeza dengan model monster 7s yang legenda tu.
Rasanya padanan jam ni dengan tali kulit akan aku teruskan sebab nampak ada keharmonian dan kimia antara keduanya. Walaupun begitu aku dah test bawak mandi jam ni untuk tiga hari berturut-turut dan tiada isu tentang kebolehan jam ini jika terkena air. Cuma aku rasakan ianya sesuai dengan tali kulit. Mungkin kalau ada bracelet besi boleh jadi berbeza perwatakannya.
Akhir kata. Mood jam seakan muncul kembali dengan pembelian jam pada kali ini. Ditambah lagi dengan kenalan-kenalan baru yang rajin menghatar racun-racun berupa gambar-gambar jam hampir setiap masa dan ketika. Tenkiu friends, korang memang rawk. Seiko Mumster memang best dan terbukti baik untuk kesihatan.