Saturday, April 30, 2011

Bertahun mencari tapi belum bertemu...

Sejak pertama kali tersua gambarnya membuatkan aku susah nak lelapkan mata...itupun da berlaku sejak 3 tahun dulu... Gambar-sgambar pinjaman dari internet nilah yang bersalah sebenarnya tuan hakim...
Sampai sekarang mencari pun masih tak berjumpa...yang ada kat ebay pun model perempuan, takkan aku nak pakai...apa barang??
Barangkali inilah satu-satunya citizen yang dapat menarik perhatian aku ni...
Citizen promaster eco-drive perpetual calendar PMT56-2731
Mungkinkah aku akan memilikinya suatu hari nanti...

Seiko prospex black samurai SBDA001


Patutkah aku memulakan cerita ini dengan sebuah cerita sedih. Kotak kuning yang suatu ketika dulu (4 tahun lepas) pernah menjadi mainan mimpi dalam tidurku...

Jam seiko siri divers kedua selepas seiko bullet yang pernah hadir suatu ketika dulu.

Bukan sebarang samurai. Tapi yang buat aku tak lupa sampai sekarang masanya yang sangat tepat...




Betapa aku belai dengan penuh kasih sayang sehinggakan aku jarang memakainya atau khusus untuk majlis rasmi saja..

Semuanya serba serbi lengkap...ori dari Jepun

Sayang anak, tangan tangankan
Sayang isteri, tinggal tinggalkan
Sayang jam... terpaksa aku jualkan

bagi menampung kos untuk membeli sebuah jam lain

Walaupun kini kita berjauhan, namun dirimu tetap menjadi pujaan hatiku...

Salam perkenalan jua dari saya...

Blog ini khusus sebagai catatan kenangan koleksi jam-jam dan alat muzik yang pernah hadir dalam hidupku