
Patutkah aku memulakan cerita ini dengan sebuah cerita sedih. Kotak kuning yang suatu ketika dulu (4 tahun lepas) pernah menjadi mainan mimpi dalam tidurku...

Jam seiko siri divers kedua selepas seiko bullet yang pernah hadir suatu ketika dulu.

Bukan sebarang samurai. Tapi yang buat aku tak lupa sampai sekarang masanya yang sangat tepat...


Betapa aku belai dengan penuh kasih sayang sehinggakan aku jarang memakainya atau khusus untuk majlis rasmi saja..

Semuanya serba serbi lengkap...ori dari Jepun

Sayang anak, tangan tangankan
Sayang isteri, tinggal tinggalkan
Sayang jam... terpaksa aku jualkan
bagi menampung kos untuk membeli sebuah jam lain

Walaupun kini kita berjauhan, namun dirimu tetap menjadi pujaan hatiku...
No comments:
Post a Comment