Sunday, June 10, 2012

Si Emas Hijau - Nantikannya Part 2


 Salam hormat. Setelah puas menanti kesudahan cerita Si Hijau Emas nukilan saudara Walikad, aku mengambil keputusan untuk menyambung kesudahan cerita tersebut setelah mendapat lampu hijau daripada pemilik asal cerita tersebut- Walikad. Cerita yang bermula sekitar 26 April lepas LINK yang tiada kesudahannya itu ibarat menunggu pembelian jam dari luar negara negara dengan pos biasa : ). Mungkin kerana sibuk sangat mengelap dan bermain dengan koleksi jam-jam hebat yang ada mungkin menyebabkan beliau tak berkesempatan meneruskannya... Tak pelah...biar aku teruskan... Jangan bimbang, FYI si hijau emas milik Walikard masih bersama beliau...
 Jam yang agak popular hebat ni memang terkenal dengan tali kulit asalnya yang kurang berkualiti... kenapa ??
 Lihat sajalah rekahan pada kulit dan lubang jam yang aku pakai tak sampai beberapa kali walaupun dibelai dengan penuh kasih sayang tetap menunjukkan kesan extreme pada tali tersebut...So, atas dasar dan rasa kesedaran aku membuat keputusan mencari tali alternatif sebelum keadaan bertambah kritikal. 
Bersesuaian dengan kebolehan 20bar jam ni, keputusan untuk mengenakan tali Swiss tropic sport yang berlubang bukanlah sesuatu yang sukar. Setakat ni ianya agak praktikal kerana mesra air. Kebetulan pula aku memang suka mandi-manda bersama jam. Tali getahnya yang lembut dan berlubang-lubang menambahkan kesan sporty serta menyejukkan tangan...
 Tali tropic yang sesuai dengan jam hijau ni bersaiz 20mm. Sementara tropic yang aku beli dulu bersaiz 19mm agak kecil sedikit untuk dipadankan bersama jam hijau ini...Tali tropic 19mm tu aku dah padankan dengan jam putih kt belakang tu... nantilah aku ceritakan kesudahan tali tropic 19mm tu ye...
 Sesuai sekali dengan namanya...Seiko alpinist ni memang aku rasakan antara yang tebaik yang pernah Seiko lahirkan. Dengan kebolehan kompas yang boleh diputarkan dengan crown di kedudukan pukul 4 sedikit sebanyak dapat mengubat rasa rindu aku terhadap jam Seiko snda037 yang telah aku jual tempohari..
 Putaran crown kompas memang memuaskan dan tak banyak bergerak dalam kedudukan senget. Sekali-sekala bila dipandang dial jam macam jam military antik pun ada...Ditambah dengan jarum jam Mercedes menambahkan keayuan jam...

 Seperkara lagi yang aku suka ialah tulisan Diashock yang tertera pada dial jam. Bagaimanpun crown utama jam agak kasar sedikit dan sedikit keras. Crown jenis screw in ni memang praktikal dan meyakinkan untuk dibawak mandi tapi kebolehan winding jam ini terhad semasa kita membetulkan masa jam. Tak seperti jam berenjin hack dan winding biasa yang bukan screw in, anda hanya perlu pulaskan crown untuk memastikan jam terus hidup walaupun tak dipakai lama...takkan nak loose kan crown semata-mata nak mengunci jam... lebih mudah goncangkan saja....
 Tapi faktor wow utama pada jam ini ialah dialnya yang berwarna hijau... warna-warna hijau yang cantik akan kelihatan pada sudut cahaya yang berbeza.
 Berbeza dengan caseback divers yang berlogo ombak tsunami. Jam alpinist ini hanya dicetak gambar gunung yang kalau diamati lama-lama macam lakaran bentuk kuih samosa atau kuih lopis... atau lebih tepat lagi tiga keping kuih disusun berdiri : ) Sementara tu turut dicetakkan maklumat-maklumat penting tentang jam ini. Anda juga tak perlu risaukan sangat nak terbalikkan jam ni kerana cerminya dari jenis sapphire.
 Jam yang bersaiz diameter 38mm sebelum dikira crown ni pada mulanya membuatkan aku sedikit gusar kerana bimbang saiznya akan kelihatan seikit kecil sewaktu dipakai. Bagaimanapun dengan saiz lug to lug yang reasonable jam ni hanya kelihatan kecil sedikit dari divers skx. Ditambah dengan ketebalan di sekitar 12mm memang begitu mudah menyelinap masuk di bawah baju lengan panjang. Senang kata, sangat lah hensem kalau dipakai dengan baju lengan panjang...tak kiralah baju kemeja atau baju melayu...
Tidak banyak perkara yang kurang memuaskan tentang jam ni. Terima kasih banyak kepada rakan-rakan yang telah memberi nasihat berguna dan link-link beracun sehinggalah aku akhirnya membuat keputusan membeli jam ini beberapa bulan lepas. Jika anda sukakan hijau atau masa sekolah dulu ahli rumah sukan hijau, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya sebelum terlambat....

SOLD - 02.10.2013

Friday, June 8, 2012

skx399 dah selamat ....

 Nama aja cuti sekolah. Patutnya penuh dengan kerehatan tapi sebaliknya yang berlaku. Padat betul aktiviti harian sehingga nak mengumpul bahan sesuai untuk blog pun jadi satu bebanan besar bagi aku...
 Mujur juga ada beberapa keping gambar Seiko skx399 lama yang masih aku simpan. Mujur belum ter deleted lagi.  
 Seiko skx399 yang menariknya adalah antara jam Seiko Divers siri skx yang agak jarang diperkatakan serta diketahui umum...
Yang kurang menariknya ialah aku dah jual jam ni. Makanya sekarang ni hanya skx bullet saja pengubat rindu kalau teringin nak bermain-main dengan divers skx. Sepertimana yang banyak diperkatakan di dada-dada blog dan diketahui umum... model Seiko divers terkini telahpun dijana dengan enjin baru...pada aku divers skx 7s tetap unik sebab skx 7s lah mula berputik cinta pertama di alam maya Seiko... no hack, no wind, tak jadi halangan.... janji nampak rock di tangan sudah :)