Thursday, July 3, 2014

Seiko Mumster di Ramadan yang mulia.

 Salam hormat dan selamat berpuasa. Boleh tahan lagi ke nak hambiskan puasa sampai waktu berbuka nanti. Sementara nak menunggu waktu berbuka tu terima kasihlah kerana sudi singgah di blog aku ni. Kali ini aku hendak berkongsi sebuah jam milik saya iaitu jam yang saya panggil Seiko Mumster. Rasa macam nak berkongsi kegembiraan saya melalui gambar-gambar menarik yang saya rakam tempohari. Nak komen panjang pun rasanya semua sudah tahu tentang model Seiko ini. Semoga kita memperoleh keberkatan dalam menjalani ibadah puasa. Amin 



 Baiklah. Untuk jam ni aku pakaikan tali kulit sebab tu juga aku panggilkan jam ni jam divers takut air.
 Faktor utama yang buat aku jatuh cinta kali ini adalah disebabkan bezel hitam pada jam. Secara peribadi aku berpendapat bahawa tidak ada warna bezel yang paling ideal bagi jam divers selain daripada warna hitam. Dari jauh lagi sudah jelas kelihatan.
 Markers pada bezel sebenarnya menunjukkan fungsi kompas. Bukan semua suka bezel kompas. Tapi aku pulak belum pernah nampak live monster pakai bezel kompas. Sebab tu aku rasakan ada sedikit unik.
 Rasanya kalau bezel divers biasa tu memang ramai yang maklum cara nak gunakannya tapi untuk guna bezel kompas ada kelainan sikit. Rakan-rakan boleh rujuk link di bawah tentang cara penggunaannya


 Tapi sejujurnya aku tak kisah sangat pun pasal fungsi kompas. Aku lebih tertarik dengan kombinasi bezel dan jarum jam. 
 Tapi sebenarnya jam ni lebih mirip pada Seiko Sarb049 yang aku dah terlepas nak memilikinya dulu. Nak beli baru memang payah nak jumpa. Kalau jumpa pulak payah nak bayar sebab tak mampu. So dapat pakai yang macam ni pun sudah cukup baik rasanya. Rasanya rakan-rakan boleh menilai sendiri kualiti jam berdasarkan gambar-gambar yang aku letak di sini.

 Beza antara jam ni dengan model Sarb paling ketara ialah kedudukan daydate. kalau yang mahal tu ada date saja maklumlah enjin 6r15
 Tapi walaupun nampak seperti jam klon, masa yang diberikan memang memuaskan. Setakat aku pakai memang masa tepat. Aspek ini penting sebab kat tempat aku tak ada tukang jam yang pandai. Dahlah tak pandai, tak mengaku pulak tak tahu.
 Masa aku beli jam ni memang sudah kategori jam terpakai tapi syukur Alhamdulillah, keadaan memang sangat terjaga. Cuma sedikit berhabuk sahaja. Mugkin juga pemilik lama sudah bosan sebab itulah dia mahu menjual. Kalau sayang jam, susah nak jumpa jam yang berhabuk. Kalau berkilat tu adalah.
 Tulisan Seiko daripada logam kelihatan kemas, berbeza dengan model monster 7s yang legenda tu.
 Rasanya padanan jam ni dengan tali kulit akan aku teruskan sebab nampak ada keharmonian dan kimia antara keduanya. Walaupun begitu aku dah test bawak mandi jam ni untuk tiga hari berturut-turut dan tiada isu tentang kebolehan jam ini jika terkena air. Cuma aku rasakan ianya sesuai dengan tali kulit. Mungkin kalau ada bracelet besi boleh jadi berbeza perwatakannya.
Akhir kata. Mood jam seakan muncul kembali dengan pembelian jam pada kali ini. Ditambah lagi dengan kenalan-kenalan baru yang rajin menghatar racun-racun berupa gambar-gambar jam hampir setiap masa dan ketika. Tenkiu friends, korang memang rawk. Seiko Mumster memang best dan terbukti baik untuk kesihatan.

Friday, June 13, 2014

G Shock Riseman GW-9200

 Salam hormat dan Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak yang akan hadir tak lama lagi. Sempat juga walaupun dihambat perasaan malas nak menulis berjaya juga aku mengambil gambar-gambar petang semalam sebab jam ni dah ada yang berminat katanya.
 Jam yang dipaparkan kali ini adalah dari model G Shock Riseman GW-9200 dengan kebolehan multiband 6 dan solar. Kalau bukan sebab jam ni hendak dijual rasanya mungkin aku belum lagi ada idea untuk membuat posting terbaru. So anggaplah ini sebagai posting salam perpisahan.
 Kitaran hidup riseman versi yang kedua ini selepas model pertama dulu tu memang tak lekang dengan matahari. Buku manual pon ada menasihatkan supaya jam selalu terdedah pada matahari semaksimum yang mungkin. Mungkin kebolehan mengecas bateri yang ada pada teknologi pada masa tu tidak sehebat sekarang. Tapi ini cuma andaian aku sahaja.
 Pandangan belakang jam riseman yang memiliki gambar naga. Meang buatan Thailand dan belum pernah jumpa yang buatan Japun.
 Menariknya tentang jam ni ialah sebab tali dan bezel telah disalin kepada model versi Riseman GW-9200RDJ-4. Kalau tak silap aku ada sebijik kat ebay sekarang yang harganya mencecah USD888 sebijik !
 Cuma sedikit perbezaan yang original burning red dengan yang ini ialah case protector bawah tu yang ini berwarna kelabu berbanding model burning red selain itu model burning red juga mempunyai push button hitam dan negatif display.
 Tak sah kalau tak ada aksi-aksi berdekatan daun sireh.
 Model ni walaupun kecil tapi hebat. Altimeter, barometer dan termometer semuanya ada di samping fungsi-fungsi asas lain seperti stop watch, world time dan alarm dalam satu saiz yang kompak berbanding model-model G Shock lain yang mempunyai specs yang sama.
 Tak sangka pulak jam ni nak pergi time piala dunia baru nak bermula....
 Antara faktor mengapa model burning red mahal sebab warna merahnya yang membakar. Malangnya gambar-gambar kali ini kurang memuaskan sebab aku memakai fix lens 35mm dan cuba nak snap gambar micro. Tu memang sah-sah namanya malas...hehe
 Lupa pulak. Push button untuk model rising red hitam. tapi aku rasa conversion yang dilakukan boleh tahan sukses. Itulah kelebihan jam G Shock yang boleh sentiasa kelihatan muda bila dipakaikan tali dan bezel baru. Cuma yang tak berapa sedapnya harga bezel dan tali baru boleh mencecah separuh atau kadang-kadang 3/4 daripada harga sebuah jam.
Akhir kata, inilah Riseman kedua yang pernah aku beli dan simpan setakat ini. Pertama yang MIRO oren dan yang ini. Jam riseman memang selesa dipakai dengan saiz yang sederhana dan design yang menawan. Memang antara model G Shock yang selalu berlegar dalam fikiran setiap kali aku search jam di internet. Warna merah walaupun bukan untuk semua peminat memang menawan dan stylo. Jaga diri baik-baik ye sayang. Bye

SOLD - 12.06.2014

Tuesday, March 25, 2014

G Shock AW-482B-4


Salam hormat. Jamseh kali ni ingin berkongsi sebuah lagi jam G Shock dulu-dulu yang agak unik pada pandangan. Unik kerana warnanya yang merah menyala. Sebelum mengomel panjang tentang model ni, ada baiknya kita berkenalan dulu. Nama penuh bagi model ni kalau tak silap hamba G Shock AW-582B-4A. Dikhabarkan mula berada di kedai-kedai sekitar Oktober 2006. Masa tu aku beli juga sebiji model ni, tapi kaler hijau askar yang dial gelap macam ni juga.
 Tetapi walaupun jam hijau tu dah lama aku jual. Rupa-rupanya penyebab aku jatuh cinta fasa ke-2 ni adalah disebabkan jarum jam yang ala-ala pedang Soul Calibur Siegfried. Kali pertama perasan masa belikan jam G Shock mini untuk Iqa dulu. Cuma agak-agak boleh ke pakai jarum ni kita pakai pada jam divers? Cara juga kan??
 Kombinasi hitam dan merah memang ok. Pulak tu dengan dial negatif memang adunan yang ganas dan berani. Aku masih berani pakai jam merah kalau dibandingkan suruh pakai jam kuning atau putih. 
 Secara jujurnya bila pakai jam dial negatif ni, aku bukan tengok sangat apa yang ada kat belakang tu. Mujurlah jarum yang besar dan markers yang terang memudahkan proses membaca waktu. Kalau gelap tak nampak, lampu LED kekuningan (amber) akan menyala pada sudut pukul 6 dial jam bila anda menekan butang lampu pada sudut kanan atas jam.
 Caseback belakang jam malangnya tak dapat nak dipaparkan kerana terlindung dengan kedudukan tali.
Seperkara lagi yang menarik ialah tali jam yang agak lebar seolah-olah kulit dengan style bund. Masa jam ni dikeluarkan memang tengah hot style ni. Sekarang ni agak payah nak jumpa rekaan yang sebegini. Kalau ada yang anda rasakan berkenan rembat aja. Tak perlu fikir panjang sebab secara naturalnya G Shock memang datang dengan tali resin. Tali yang selain resin secara automatik akan jadi edisi terhad. Bagai manapun, tali-tali lebar seperti ini tidaklah berapa sesuai untu dipakai untuk kerja-kerja berat. Ianya lebih sesuai buat melawa aja gitu.
Model AW582 masih lagi kedapatan di kedai-kedai cuma warnanya ceria amat seperti warna pink dan hijau muda kalau tak silap. Sambil tu jangan lupa perhatikan kelainan jarum pedang Sigfried. Model-model baru pula hanya gunakan jarum parang aja. 

Friday, January 17, 2014

G Shock GW-9400 Rangeman


 Salam hormat. Jamseh kali ini membawakan sebuah cerita jam G Shock Rangeman aka GW9400. Buah tangan terbaru G Shock ini bukanlah target utama yang hendak dicapai ini malah sebenarnya banyak lagi model G Shock lain yang sering bermain di fikiran tetapi tak tahulah kenapa model ini juga yang aku beli akhirnya. Mula-mula pandang model ni aku rasa penuh meluat terutama butang bulat kat bawah tu. Menyampah betul. Tapi sifat manusia yang mudah berubah tu memang sebahagian daripada hidup aku. Benda yang dibenci-benci akhirnya berubah menjadi rindu.
Bagi peminat G Shock. Ada yang gemarkan nilai limited edition dan ada juga yang gemarkan pada fungsi yang pelbagai. Antara fungsi yang menarik yang ada pada model ini adalah maklumat tentang waktu matahari naik dan jatuh. Untuk memperolehi data ini pengguna perlulah meletakkan longitude dan latitude masa setting jam. Untuk memudahkan aku melaraskan masa mengikut masa Singapore yang kebetulan berdekatan dengan tempat aku ni. Kalau nak letakkan longitude dan latitude secara manual pun mungkin boleh tapi aku kurang pasti.
 Penetapan masa mengikut signal radio juga mudah dicapai. Model yang sememangnya hanya ada versi multiband 6 ini boleh kita capai fungsi ini dengan menekan butang mode beberapa kali. Sekiranya signal radio telah diperolehi maka akan terdapat indikator pada bawah sebelah kiri bulatan di atas simbol PS
Model Rangeman ini juga merupakan usaha julung-julung kali G Shock memasukkan fungsi barometer, altimeter dan kompas serentak. Anda boleh tekan butang silver sebelah kanan tengah untuk fungsi barometer.
Untuk mencapai fungsi altimeter, tekan sekali butang tadi.
 Jika ditekan sekali lagi, fungsi jam akan berubah kepada kompas. Pengguna kena merujuk pada tingkap bulat kecil untuk kedudukan Utara.
 Pandangan daripada sudut bawah jam kelihatan menarik dan 3D. Apa yang membezakan model ini dengan model Jepun ialah model Jepun ada tertera tulisan carbon fiber bagi menunjukkan bahawa jam ini didatangkan khas dengan tali carbon fiber sama seperti model mudman gw9300 yang pakai tali carbon fiber kalau tak silap.
Dari sudut kiri pula rongga-rongga yang terdapat pada sensor amat penting bagi mendapatkan maklumat tepat tentang barometer, altimeter dan kompas.
Butang-butang pada jam ni asalnya aku ingatkan plastik tapi rupanya bukan plastik. Sifatnya lebih kepada logam. Ianya kelihatan sama seperti model-model premier G Shock terkini.

Dua sudut gambar yang menarik.
 Caseback belakang jam dengan gambar kucing sesuatu yang baru. Nampaknya G Shock belum ketandusan ide di sini. Mungkin juga sifat kucing yang suka merayau menurut fahaman mereka sangat bertepatan dengan konsep G Shock Rangeman.
Band loop atau retainer besi memang best pada pendapat aku berbanding loop resin biasa yang mudah reput tu. Sayangnya buckle jam pulak yang agak ketinggalan. Aku tahu sebab aku ada jam G Shock yang memiliki buckle yang lagi tough atau kelihatan lebih tough.
 Tentang tali pula, ada sedikit unsur G Shock Riseman di situ, cuma kali ni talinya tidak timbul sebaliknya rata saja. Walaupun sebelah dalamnya kelihatan agak lekak lekuk. Setakat ini belum ada laporan pengguna yang sakit-sakit sewaktu memakainya. Lubang-lubang memberikan udara untuk mudah keluar masuk dan mengelakkan tangan daripada cepat berpeluh. Cepat berpeluh = cepat busuk.
G Shock Rangeman ini juga didatangkan dengan sinaran lampu illuminator putih. Kira macam lampu HID kereta pun adalah sikit-sikit tapi yang ini tidak membawa mudarat dan menaikkan darah orang yang melihatnya. Anda boleh memilih sama ada 1 atau 3 saat bagi lampu itu menyala setiap kali ditekan butang lampu.

 Kesimpulannya, G Shock Riseman bukanlah jam mainan yang boleh dibuat permainan. Ianya adalah jam dengan attitude, lasak dan berani. Dengan 4 versi yang ditawarkan setakat artikel ini ditulis dijangkakan mampu menambat hati ramai peminat G Shock sedia ada malah peminat Pro Trek juga dipersilakan. G Shock Rangeman ada sedikit unsur-unsur model lagenda DW6900 pada mata aku terutama dari sudut bentuk muka depan. Dari segi saiz pula, jam ini sedikit besar daripada Mudman 9300. Hal ini tidak dapat dielakkan memandangkan pelbagai sensor yang hendak diletakkan di dalamnya. Dah memang sifatnya begitu, kalau tak besar, itu bukannya G Shock... itu ...