Pertama kali aku ambil gambar wajahnya sekitar 23 Ogos 2009. Simple dan tak keterlaluan.
Hari berganti hari, bulan bertukar tahun. Aku ambil lagi gambarnya. Jelas sekali kondisinya tak banyak berubah. Cuba bayangkan kalau aku pakai sebiji aja jam tanpa bertukar selama 18 tahun (umur jam ni) tentulah keadaanya tak dapat digambarkan. Jelas sekali tabiat memiliki jam yang banyak, banyak faedahnya. Cubalah fikirkan ye.
Bagi yang lemah semangat memang tak digalakkan melihat kelibat huruf G pada mukanya. Ada pendapat yang mengatakan luminous G Shock Fox Fire lebih cerah dari model biasa. Kalau nak tengok juga waktu malam, dinasihatkan supaya pakai spek mata gelap... kerana tahap sinarannya macam lampu suluh hehe.
Model macam ni masih ada lagi kat kedai. Minat aku pada model ni pun berlaku secara kebetulan bila rakan setugas aku dari Sabah pakai jam 6600 aku tengok macam best aja. Bagi jam aku ni pula dari model DW-6600B-1A a.k.a police watch
G Shock model-model awal kebanyakkannya datang dari Jepun terus ke Korea/Malaysia terus ke Thailand dan sekarang ni China. Bukan tak best tapi rohnya macam dah hilang. Model ni langsung dari Jepun. Rasa macam pakai Seiko JDM pulak bila pakai jam Casio ni haha
Salah satu keunikkan jam ni ialah band nya yang berlubang-lubang. So memang confirm tangan tak panas tapi orang lain mungkin berasa panas agaknya.
Menyimpan model 6600 ni aku anggap selamat kerana bezel dan band masih boleh lagi dicari kerana adanya model 6900. Kalau nak cari yang 100% sama mungkin susah tapi masih boleh lagi dipakai sekiranya berlaku malapetaka di kemudian hari kelak.
Setelah berkecimpung agak lama dengan jam-jam G Shock, satu saja nasihat aku. Kalau sayang, kurangkan pakai. Beli sebiji lagi untuk lenjan .... :)
Jam ni aku cari bro...masih boleh jumpa kat kedai ke?
ReplyDeleteWali...nanti aku tanyakan informer aku. kalau ada rezki aku roger ko k.
ReplyDeleteAku suka jam nie
ReplyDeleteWell bro... u hav a good taste. Hehe :)
ReplyDeletegeramnye.........
ReplyDeleteBobo...Geram-geram sayang, tak apa bro... :)
ReplyDelete18-55 VR ke tu? so far my collection 70-200 f2.8 vr1, 50mm f1.8 & 18-55 kit lens.. i invest into lens..tappi pakai ciplak body d50..nikon 17-55 f2.80my last target then upgrade body d7000 bila murah...hehehe
ReplyDeleteAdr..Yup 18-55vr. Not really gud for low light. Me oso never test the 70-200 so far. Never know when will I have a chance. My mood shopping utk lens at rock bottom low now... Why not u settle dow with D800? hehe
ReplyDeletekebetulan org mau lepas, cant resist the offer...he is getting the 24-70 f2.8.. D800 FX not in my budget (coz nobody racun hehehe..)
ReplyDeleteAdr...dgr mcm rm18k? arga...fuhh :(
ReplyDelete