Tuesday, April 17, 2012

Multifort Special

Bersesuaian dengan musim jam Mido banyak dibicarakan di blog-blog tempatan semenjak dua menjak ni. Tak sangka pula dapat peluang untuk mereviewkan seutas jam hebat dari negara Switzerland. Tak lain tak bukan, jam Mido Multifort milik sahabat jam yang sudi berkongsi cerita tentang jam hebat ni...
Jam Mido Multifort edisi special ni amat simpel tapi cukup kemas dan teliti buatannya. Jam yang bersaiz 42mm ni bolehlah dikategorikan sebagai jam bersaiz sederhana di zaman jam serba besar sekarang yang banyak di pasaran kini. Jam yang berdial jalur aka guilloche texture ni katanya mengambil sempena garisan pada body keretapi... sebab tu lah kat kotak jam ada gambar keretapi... Kalau tak, takkan dia saja-saja nak letak gambar keretapi tu kat kotak.... Jarum jam dan hour markers pula disapu cat super lumiNova yang berwarna oren yang unik... Tulisan lambang Mido pun da berubah dari model Mido zaman silam seiring dengan peredaran masa...
Jam Mido ni dikuasakan oleh enjin automatik 25 jewels ETA 2836-2 berkerja dengan cekap lagi boleh dipercayai.
Crown jam juga bertanda Mido. Crown pula jenis screw down. Kalau dilihat dari tepi case jam jenis PVD aka physical vapour deposition langsung tak ada brush polish tapi keseluruhan berkonsepkan satin supaya nampak slick lagi macho. Sekali pandang jam nampak nipis...
Tulisan Mido juga kelihatan pada claps tali getah jam. bagaimana pun, tulisan Mido tu agak kurang jelas memandangkan warna latarnya yang gelap...
Seperkara lagi yang menarik tentang jam Mido special ni ialah tali getah yang digunakan menggunakan engagement claps 3 lipatan seperti kebanyakan jam-jam tali kulit. Sayangnya aku kurang memberi tumpuan pada aspek ini untuk ditunjukkan pada para pembaca. Bagaimanapun para pembeli terpaksa memotong lebihan getah tali jam untuk disesuaikan apabila pertama kali memakainya
Jam Mido yang aku reviewkan kali ni memang slick. Dengan latar belakang hitam tapi ada efek jalur pada dial memang jelas sekali mempunyai sentuhan retro yang tak keterlaluan. Sesuai pula dengan trend semasa, gabungan warna hitam dan oren seolah-olah memberi signal kepada mata yang memandang. 
Jam Mido Multifort yang aku reviewkan kali ini didatangkan dengan kotak yang cukup cantik berserta dengan pelbagai bahan bacaan menarik. Kotaknya saja melebihi besar 2 kotak Seiko. Katelog jam yang disertakan dalam pembelian seolah-olah menggamit pembeli supaya datang lagi setelah memilih jam-jam yang terdapat dalam katelog yang dibekalkan...

Thursday, April 12, 2012

SNM037

Seiko SNM037 kesayangan akhirnya terbang ke rumah tuan baru di PD bulan lepas. Antara perkara menarik yang aku suka tentang SNM037 ni ialah keunikkannya 2 crownnya yang lain dari yang lain. Jam ni juga dapat gelaran hebat seperti Landmonster yang sesuai dengan badannya yang besar. Enjin 7s35 date only memang ternyata begitu hebat lagi memuaskan. Sayangnya terpaksa berpisah jua lantaran kurang masa bersama. 

Tuesday, April 3, 2012

Twinkle twinkle little star Part 2


Catatan jamseh kali ini merupakan sambungan paparan kisah jam misteri yang aku ceritakan pada 25 januari lepas. sebuah jam yang aku pernah katakan berjaya memenuhi kriteria seorang peminat jam divers kental...

Ini adalah jam Orient kedua yang aku miliki. Kali pertama jenis orient divers quartz masa lepas keluar SPM dulu. Seperti yang telah aku war-warkan pada penghujung tahun lepas, memang menjadi sasaran aku tahun ni yang aku nak mencari sebiji jam dress. Alhamdulillah hajat termakbul secara tak sengaja apabila aku terlihat iklan di internet tawaran harga menarik untuk jam ni... Walaupun aku pernah berniat tak akan menyentuh jam bersadur emas atau rose gold tapi akhirnya aku terpaksa tunduk mengalah. Bagi aku yang banyak hobi termasuk hobi kamera ni tak perlulah fikir panjang, apa lagi...zassst. Sebab kalau pikir panjang memang tak akan beli punya haha :)

Jam ni merupakan jam Orient Star dari keluarga Retro Future camera. Design jam ni katanya merujuk seolah-olah sebuah kamera lama zaman silam. Seperti catatan daripada web Orient di bawah ni lebih kurangnya....

Inspired by the image of the 1950s German-made camera.
We ORIENT WATCH CO. LTD. have incorporated the intricate design and ruggedness of the cameras of that era in this exquisite watch. The balance in the central part has the image of the lens, the crown and the crown cover look like a camera shutter and the bezel has been crafted in the image of a camera lens aperture. This unique design conveys the feel of the cameras of the 1950s.

Pada peminat kamera tentu maklum. Pada bezel jam tetera huruf 'r' aka f/stop. Bezel yang boleh diputar seperti jam divers ni agak ketat walaupun memiliki garis-garis bersilang pada sisinya. Power reserve jam ni mampu bertahan lebih 40jam, walaupun indikator power reserve sudah maksimum. Dulu masa mula-mula pakai sibuk jugalah nak mantain power reserve maksimum. Sekarang ni aku dah malas nak fikir, sedar-sedar dah naik dah meter minyak dia....

Mungkin ada yang mengatakan dial jam agak sibuk tapi bila dah terbiasa memang menyeronokkan... Pada dialnya saja ada empat tingkap. Tingkap pada kedudukan pukul 12 mewakili power reserve, pukul 6 mewakili jarum saat, pukul 9 mewakili open heart @ skeleton window dan tingkap pukul 3 pula menunjukkan winding stem yang bergerak-gerak apabila crown diangkat dan dipulas... Dengan tulisan Orient Star gaya retro memang sangat sesuai lagi memikat.

Sebenarnya ada perasaan macam terbanyak pulak aku masukkan gambar kali ini. Tapi nak ditinggalkan macam sayang pulak. Di atas adalah antara gambar favorite aku untuk pos kali ini. Begitu pelahan dan tenang sekali aku meletakkan jam di atas lensa kamera...takut kedua-duanya calar...aduyaiii

Selari dengan musim dial jam beciri 3D seperti jam-jam Casio Edifice. Jam Orient kamera ni turut tak ketinggalan. Cermin jam yang cembung memberikan efek 3D maksimum yang boleh membuatkan pemiliknya pening-pening sayang :)

Jam yang memiliki case yang agak tebal lagi maskulin ini nampak tough bila dipakai. Terdapat juga semacam crown guard yang terletak bersebelahan crown jam. Biarpun begitu ianya lebih banyak diilhamkan seolah-olah shutter kamera...

Walaupun nampak biasa dari kejauhan tapi sebenarnya terdapat garisan-garisan seperti garisan aperture lensa kamera pada dial jam... Alah macam gambar bukak katop intro masa nak mula filem James Bond tu.

Design pada belakang jam juga sangat selesa dengan bentuk curve. case back juga jenis see through. Bagaimanapun case back jam ni diikat dengan 4 skru. Cukuplah dengan 4 sekru, kalau lebih banyak tentulah lebih berat jadinya...

Leather strap jam pula sangat selesa dan memiliki pilihan warna yang menyenangkan. Deployment claps juga disadur rose gold. Disebabkan itulah makanya aku dapat kotaj jam 4 segi tepat. bagi yang membeli tali bracelet, tuan-tuan akan mendapat kotak berbetuk bulat/silinder.

Tak ketinggalan juga gambaran keadaan jam di tangan.

Walaupun jam-jam Seiko sekarang ni banyak mendapat tempat lagi pilihan para peminat jam, model-model Orient juga tak ketinggalan dengan memperkenalkan model-model baru yang bercirikan klasik. Aku pula semacam tersampuk demam rose gold sejak kehadiran jam camera ni. Orient star Retro Future Camera.... Saya mesti pilih !!