Tuesday, April 17, 2012

Multifort Special

Bersesuaian dengan musim jam Mido banyak dibicarakan di blog-blog tempatan semenjak dua menjak ni. Tak sangka pula dapat peluang untuk mereviewkan seutas jam hebat dari negara Switzerland. Tak lain tak bukan, jam Mido Multifort milik sahabat jam yang sudi berkongsi cerita tentang jam hebat ni...
Jam Mido Multifort edisi special ni amat simpel tapi cukup kemas dan teliti buatannya. Jam yang bersaiz 42mm ni bolehlah dikategorikan sebagai jam bersaiz sederhana di zaman jam serba besar sekarang yang banyak di pasaran kini. Jam yang berdial jalur aka guilloche texture ni katanya mengambil sempena garisan pada body keretapi... sebab tu lah kat kotak jam ada gambar keretapi... Kalau tak, takkan dia saja-saja nak letak gambar keretapi tu kat kotak.... Jarum jam dan hour markers pula disapu cat super lumiNova yang berwarna oren yang unik... Tulisan lambang Mido pun da berubah dari model Mido zaman silam seiring dengan peredaran masa...
Jam Mido ni dikuasakan oleh enjin automatik 25 jewels ETA 2836-2 berkerja dengan cekap lagi boleh dipercayai.
Crown jam juga bertanda Mido. Crown pula jenis screw down. Kalau dilihat dari tepi case jam jenis PVD aka physical vapour deposition langsung tak ada brush polish tapi keseluruhan berkonsepkan satin supaya nampak slick lagi macho. Sekali pandang jam nampak nipis...
Tulisan Mido juga kelihatan pada claps tali getah jam. bagaimana pun, tulisan Mido tu agak kurang jelas memandangkan warna latarnya yang gelap...
Seperkara lagi yang menarik tentang jam Mido special ni ialah tali getah yang digunakan menggunakan engagement claps 3 lipatan seperti kebanyakan jam-jam tali kulit. Sayangnya aku kurang memberi tumpuan pada aspek ini untuk ditunjukkan pada para pembaca. Bagaimanapun para pembeli terpaksa memotong lebihan getah tali jam untuk disesuaikan apabila pertama kali memakainya
Jam Mido yang aku reviewkan kali ni memang slick. Dengan latar belakang hitam tapi ada efek jalur pada dial memang jelas sekali mempunyai sentuhan retro yang tak keterlaluan. Sesuai pula dengan trend semasa, gabungan warna hitam dan oren seolah-olah memberi signal kepada mata yang memandang. 
Jam Mido Multifort yang aku reviewkan kali ini didatangkan dengan kotak yang cukup cantik berserta dengan pelbagai bahan bacaan menarik. Kotaknya saja melebihi besar 2 kotak Seiko. Katelog jam yang disertakan dalam pembelian seolah-olah menggamit pembeli supaya datang lagi setelah memilih jam-jam yang terdapat dalam katelog yang dibekalkan...

10 comments:

  1. Kawan aku pun ada beli jam ni dulu. Ingat tak frankenmonster oren kat blog aku tu? Dialah tuan asal jam tu. Sekali lps dia beli mido multifort ni dia terus slow beli jam. Agaknya dahsyat penangan mido ni. Mido mmg tak mengecewakan. Tentu puas hati kerana pelaburan ke atasnya sgtlah berbaloi dgn hasilan yg halus kerja tangannya sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasalah kawan ko tu slow sbb tgh kumpul duit tak agaknya... baik ko standby, mana la tau alih2 dia tunjuk jam champion baru dia...tak laa besar sgt mulut ko tganga...btol tak :)

      Delete
  2. Hahaha..yolah ko ni bro :p Tapi betul tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah raya just a few corner left... rasanya ramai yg pakai jam baru raya ni... :)

      Delete
  3. Smart jam ni... Kalart hitam stealt dia dgn gabungan marker & jarum oren buat jam ni nampak striking! Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Dj... Stuju sgt dgn pndapat Dj....jarang jumpa kombinasi kolor mcm ni... mmg nampak muda lg lasak sipemakainya... mmg trendy :)

      Delete
  4. wah you sudah join army ka ? kinda stealth ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adr... I am doing part time job writing review now :) Stealth yet fashionable... come2 kasi angkat satu :)

      Delete
  5. once you enter full time....sure become power supporter ... my generator just got overheated... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Overheated already bro? Come on ! adr boleh... :)

      Delete