Sunday, July 1, 2012

Jom Eco !

 Salam bahagia... setelah sekian lamanya blog jamseh ni asyik bermain dengan entri jam Seiko, sukalah aku nak berkongsi pula cerita tentang sebuah jam jenama lain la pulak ye dak. Bimbang juga ada yang dah mula bosan dengan cerita-cerita jam Seiko aja. Siapa kata aku anti jam jenama lain? Tapi apakah jam yang mampu milik, cantik dan memberikan kepuasan. Lantas, muncul lah nama Citizen yang dah lama aku tahu kewujudannya tetapi belum pernah aku beli. Kebetulan pula banyak review yang positif membuatkan gelora nak mendapatkan sebuah jam Citizen semakin membara. Pun begitu cita-cita untuk mencari sebuah jam jenama ini bukanlah suatu tugas mudah kerana terdapat ratusan model-model yang mampu menawan keluarga bahagia. Yang menariknya, tugas hunting ni walaupun memenatkan tapi menyeronokkan. Tugasan mencari jam yang sesuai tu secara tak langsung dapat mengembalikan semangat. Tugas mencari menjadi sebahagian daripada rutin wajib setiap kali aku surf internet.... tapi... apa barang citizen ??
 Memandangkan terlalu banyak model-model hebat jenama citizen yang ada di pasaran, menjadikan agak sukar buat mereka yang kali pertama mencuba mencari jenis yang sesuai. Boleh berpinar mata kalau nak disaring satu persatu. Dipendekkan cerita, di suatu siang nan mendamaikan, aku tersua dengan sebuah jam yang menjadi idaman aku sejak sekian lama sepertimana yang pernah aku ceritakan dalam entri blog aku sedikit masa dahulu iaitu seawal bulan pertama aku mula menulis blog LINK
 Entah macam mana, dan mungkin dah nak menjadi rezeki agaknya, aku berjaya memperolehi jam ni walaupun ianya tidak 100% seperti yang aku cari tapi rasanya cukuplah memadai dengan keberhasilan mendapatkan model ni. Kebetulan pula aku memang tak ada jam berkonsep militer, arabic dan berkuasa mesra alam....so, apalagi... di zasstt kan terus..
 Perkataan pertama yang menujah fikiran ketika mula-mula melihat jam ni ialah 'lasak'. 'Lasak" yang bagaimana? Mungkin design jam yang menimbulkan perasaan sedemikian. Setelah sekian lama bermain dengan bezel berpusing, bezel halus dan kaku pada jam ni semacam memberi nafas baru kepada hobi ini. Lihat sajalah betapa kemas dan cantik sekali kedudukan end link apabila bertemu dengan badan jam.
 Meskipun mempunyai crown yang besar dan kasar, ianya tidak menjadi masalah besar kerana sebahagian besar crown telah dilindung oleh crown guard. Crown guard juga secara tak langsung membuatkan jam kelihatan besar. Ada semacam perasaan yang mengatakan sistem screw in crwon jam ni sedikit up daripada jam-jam seiko 7s...
 Bila dipandang dari sudut sebelah ni pula, semacam terbayang jam luminox automatic yang aku pegang tempohari. Cermin jam juga sedikit tenggelam daripada bezel bagi mengelakkannya daripada mudah calar. Brush finishing nya agak berbeza seprti yang biasa kita lihat pada jam Seiko. Nampak macam sterile tapi tak faded sangat sedikit, sebanyak memberi sentuhan vintage militer. Bracelet asal jam juga jenis solid dan tebal sama seperti yang kita temui pada model-model Seiko SARB .
 Jam yang direka dengan konsep one piece case yang tak ada jalan masuk daripada belakang ni sedikit sebanyak menambah keyakinan sipemakainya bermain air walaupun sudah terpampang tulisan WR200 pada dial jam. Bentuk globe yang diukir di belakang jam pula menyerlahkan lagi penampilan jamdan kelihatan unik.
 Pun begitu, dalam banyak-banyak sebab kenapa aku suka jam ni, sebab utamanya adalah kerana tulisan Arabic pada dialnya. Walaupun memiliki angka yang jelas serta tanpa banyak sentuhan artistik, bolehlah dikatakan jam kelihatan simple dan tidak keterlaluan. Sangat sesuai sekali bagi mereka yang hensem dan gemarkan kesederhanaan... Jam juga tidak terlalu kecil walaupun hanya bersaiz dalam lingkungan 38mm. Namun yang demikian saiz 38mm bolehlah dianggap besar berbanding saiz military yang konvensional. Jam masih nampak ok di atas tangan aku yang bersaiz 7 1/4 inci ...
 Gambar luminous ni sempat aku ambil sekitar jam 11.35 pagi tadi. Jam telah diletakkan sedikit tersorok di dalam almari buku yang tidak bertutup. Luminous jam ni memang tak mengecewakan. Ianya mampu bertahan sampai pagi. Jarum jam yang kelihatan sedikit kebiru-biruan agak sukar dikesan melalui mata kasar. Aku pun agak terkejut juga bila melihat tangan biru jam dalam gambar ni.
Kemungkinan akan berlaku sedikit upgrade terhadap jam ni tak lama lagi. Walaupun bracelet jam sudah cukup mantap, teringin pulak jam nak dipakaikan dengan tali yang lain. Akhir kata, jom eco !

SOLD Feb 2014

6 comments:

  1. Gambar2 ko mmg terbaik bro...lume shot nicely done...nampak perbezaan warna lume yg lawa tu antara markers dgn hands...tak sia-sia pemburuan ko bro...congrats!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk bro... lama mencari akhirnya bertemu... lumi yg cantik tu aku snap aja..kamera yg proses :)

      Delete
    2. ... skil apanya... skil cropping adalah :)

      Delete
  2. Pakat2 ada jam baru nih... tahniah bro! Jam ni punyai design yg cantik.. ciri2 military ada walau pakai bracelet. Crown dia beso. Kalau biasanya caseback ecodrive cuma engrave sikit je.. jam ni nampak jelas engrave.. dibuat cantik & kemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dr. Rasanya ini aja yg mampu. Jam ni saya buat beater sbb dia ringkas. Kebetulan saiz pun ok. Crown mmg x dinafikan besar tp sedap. Rasanya jam eco 5-6 tahun lepas design lg cool dr yg ada sekarang...harga pun ok

      Delete