Hari ni aku beranikan diri membeli barang dapur di Mydin untuk tujuan polish jam. Setelah sekian lama aku menilai dan membaca cerita-cerita DIY daripada blog-blog tempatan dan luar negara, akhirnya aku gagahkan juga untuk mencuba nasib. Nak beli yang memang purposely untuk polish jam dari luar negara memanglah mahal... so ini ajalah yang termampu. Harap-harap sedikit sebanyak mampu meremajakan semula jam-jam yang mula memerlukan perhatian dan penjagaan. Siapa yang tak sayangkan jam...
Baiklah... yang pertama sekali ialah kain pembersih habuk (dusting cloth) jenis Scotch Brite. Sebenarnya bukan kain ni yang aku fokus masa tu tapi secara kebetulan tergantung bersebelahan dengan hand pad (span) gosok yang aku cari-cari. Kain ni datang dalam bentuk paket yang mengandungi 2 helai kain...RM9.90... tertulis Uniqe No Scratch Micro-Fibre... so bertambahlah keyakinan nak mengelap. Kalau selalunya aku lap aja jam dengan kain pelikat yang aku pakai, kini dengan adanya kain 3M kerja-kerja mengelap jam nampak lebih professional...
Yang ini pula hand pad (scour pads) heavy duty...patutnya bukan yang ni...tapi yang lebih lembut skit (maroon), malangnya tak ada jual... tapi ok aja setakat ni. 3 keping baru RM1.50... sesuai sekali untuk brush finish yang calar. Ada juga dijual siap span lembut melekat tapi aku pilih ni sebab rasa macam ok sikit... aku sempat gosok pada claps bracelet jam aku masa tu juga... nampak sedap aja... Satu lagi jenis span hijau dalam gambar pertama tu aku beli untuk tujuan finishing... ada gak Scotch Brite warna pink... texture pads nampak macam promising untuk kerja-kerja finishing, tapi terpaksa aku hold dulu sebab harga RM7 ... rasa macam mahal laa pulak..
Haa.. yang ni lah yang champion... betul-betul punya hand pad untuk brush finish. Saiz cinonet aja...macam 2 inci x 2 1/2 inci aja luas dia. Tapi harga memang menampar muka. Yang ni aku pinjam sekejap daripada seorang kawan baik sahabat jam juga. Syok sampai belum sempat nak pulangkan. Makin lama makin sedap menggosok... tu lah pasal yang menyebabkan aku terbeli barang-barang perapian jam ni...
Bagi yang kurang yakin atau jamnya masih berkilat, tak perlulah gatal-gatal tangan nak mencuba kaedah ini. Bimbang pula boleh membawa mudarat di kemudian hari. Teknik atau bahan-bahan yang ditunjukkan ni lebih sesuai untuk brush finish dan bukan untuk satin polish. Lepas da gosok tu, jangan lupa basuh secukup rasa dan kering. Bagi yang purist, teknik ni ibarat kaedah kamekazi, tapi bagi aku rasanya ok aja. Kalau ada rakan-rakan di luar sana yang ada tips menarik, sudilah berkongsi sama...
Gosok jangan tak gosok bro....sayang digosok2kan :) bagus post diy camni buat menambah ilmu
ReplyDelete... baru aja berani bro :) ... rasanya posting x menunjukkan cerita pasal DIY tapi info tentang BINP untuk bahan2 utk menggosok tu adalah hehe
Delete