Wednesday, August 22, 2012

Seiko jua pilihan di hari raya

 Salam Aidilfitri. Nampaknya suasana hari raya masih rancak lagi. Maklumlah budak-budak pun masih cuti lagi. Terlanjur ada kelapangan masa ni dapat jugalah menaip sebaris dua ayat untuk catatan blog kali ini. Alhamdulillah hasrat nak memakai jam putih Seiko sarb027 ni akhirnya tercapai...walaupun pada saat-saat akhir aku rasa macam nak tukar pada jam Orient Star retro camera tu...tapi nampaknya pilihan not bad...dan yang penting ringan dan selesa untuk dipakai pagi raya tu. Kelihatan digambar atas sempat gak aku merakam  dengan baju Melayu yang aku da beli awal-awal masa aku singgah jalan-jalan di Taiping tahun lepas...
 Salah satu jam yang memang aku nak pakai beraya tapi sampai ke hari ni belum rasa ngam lagi dengan tema yang aku pakai. Buat masa ni dalam standby mode... mungkin kalau keluar beraya malam hari memang sesuai...tapi setakat ni belum berkesempatan beraya waktu malam....
Warna hijau dan emas... memang cool  :)

4 comments:

  1. Sarb027 mmg terbaik dalam tema ketenangan dan mendamaikan. Putih menambah aman dan lapang...pilihan terbaik di pagi raya. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wali gang... bukan setakat tu bro...sejuk perut bila ko tenung lama-lama jam putih tu bro... :)

      Delete
  2. Selamat hari raya sah_kul, tali rally ke yang dipakai sarb027 tu, susah nak dapat tali tu kat Tanah Malaya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya raya cikgu... kebetulan da menjadi rezeki saya nak dapat tali rally tu cikgu...masa beli tu pun jam belum ada lagi... kadang2 pelek gak ye bila tali lagi susah nak dapat dari jam... :)

      Delete