Salam hormat. Bertemu lagi kita di bulan Ramadan yang mulia ini. Aku ada berjanji nak membuat review jam ni masa aku tulis post tentang Seiko si hijau emas (Seiko sarb059) tempohari. Bagaimanapun atas sebab-sebab teknikal review tentang jam ni hanya dapat aku kongsikan setelah lewat sebulan dari tarikh yang dijanjikan. Baiklah. Bagi peminat-peminat jam tangan, selain daripada sibuk menyiapkan persiapan hari raya tentulah sedikit sebanyak ada terlintas di fikiran jam apakah yang hendak dipakai ketika sambutan Aidilfitri nanti. Walaupun Syawal kelihatan masih jauh lagi, bagi peminat jam ada yang memerlukan masa yang agak lama untuk membuat keputusan...maklumlah banyak sungguh koleksi yang ada. Bagi yang berkemampuan, tentulah hari raya bertambah ceria dengan kehadiran jam baru. Bagi aku, nampaknya tak ada jam baru untuk digayakan. Makanya terpaksalah aku memilih salah satu koleksi jam yang ada untuk digayakan di pagi tersebut...
Bagi golongan remaja, barangkali kegembiraan Aidilfitri dengan memiliki gajet terkini, ada yang bergaya dengan kasut mahal, handphone pintar dan seumpamanya. Rasanya zaman aku nak berstail macam tu dah lama berlalu. Mujurlah ada jam Seiko SARB027 yang aku rasakan sedikit sebanyak mampu menggembirakan hari raya nanti...
Jam yang berkonsepkan model-model vintage ni sayangnya telah ditamatkan beberapa tahun lepas. Banyak model-model Seiko lama sekitar tahun 2005-2010 yang cun-cun pada mata aku. Sayangnya semua dah tak ada lagi. kalau adapun tentulah berada di tangan pemiliknya yang susah nak melepaskan. Cermin cembung yang unik lagi eksklusif menambahkan lagi unsur-unsur dress pada jam ni. Logo 'S' pada crown jam turut memberikan nilai tambah pada jam. Aku memilih untuk mengenakan tali Swiss tropic sport pada jam ni supaya dapat menambahkan lagi suasana klasik pada jam. Kalau aku memilih tali kulit tentulah tak layak lagi dipanggi Seiko sarb027 tapi Seiko sarb031. Agaknya nama baru bagi model ni layaknya dipanggil Seiko sarb027 type r
Memandangkan lug jam agak panjang, maka dikatakan adalah antara penyebab Seiko menebuk lubang pada sisi lug bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini semasa menukar tali jam. Takut juga jika terpatah pula lug jam yang halus tu...
Dengan dial putih, single date, hour markers dan jarum yang tak keterlaluan, jam kelihatan sungguh bersih dan simple. Markers pada jam juga tiada langsung mempunyai tanda-tanda luminous yang menandakan jam memang betul-betul keturunan dress tulen. Tulisan Seiko pada dial juga bukan dari jenis printed pada dial tapi dari logam yang ditampal sama seperti zaman kegemilangan Seiko 70an dan 80an dulu sungguh menyenangkan dan menawan sekali. Pada awalnya aku sedikit gusar tentang saiz jam yang hanya 37mm adakah sesuai untuk aku. Tapi bila dah lama-lama, perasaan itu mula hilang sedikit demi sedikit dan aku mula dapat memahami hakikat kenapa jam-jam sebegini hanya bersaiz sederhana.
Dengan see through back case seperti kebanykan jam-jam dress Seiko masa kini tak banyak yang boleh dipertikaikan. Kalau enjin Seiko 7s26 lama tu pun dah ok, enjin 6r15B ni lagilah memuaskan. Yang paling best masa melihat jarum saat yang berjalan lancar sekali.
Beginilah tali bracelet asal jam ni. Bracelet link dan end link dari jenis solid dan sedikit curvy tak seperti kebanyakkan model sarb baru yang ada pada aku. Sayangnya tali belum sempat aku gayakan kerana aku tak berjaya nak pasang pada jam! Betul... sejak aku pasang tali getah sampai sekarang aku masih tak berjaya nak pasang semula. Hampeh betul...
Yang menariknya jam berdial putih ni memang mesra pengguna. Tak kiralah apa warna baju yang anda pakai, semuanya nampak ngam aja. Dengan baju batik hijau zaman Dato' M Daud Kilau yang aku tak suka ni pun masih nampak cara lagi di tangan. Bagaimanapun aku secara peribadi tak pernah memakai jam ini apabila berpakaian sukan atau beseluar jeans dan t-shirt kerana pada mata aku ianya agak janggal...
Mujurlah ada sekeping gambar jam beserta bracelet yang sempat aku ambil masa mula-mula aku terima jam ni dulu. Rasanya aku dah temui jam yang sesuai untuk dipakai pada hari raya nanti. Sudahkah anda membuat pilihan? Seiko sarb027... saya mesti pilih.
SOLD - 02.10.2013
SOLD - 02.10.2013
Cantik sangat ni bro....kena kasik aku pakai baru lagi cantik :p Mmg klasik design sebegini menjadi pilihan hati bro...dress konsep tenang dan simple...mmg sesuai dipakai pada hari yg tenang dan mendamaikan buat meraikan kemenangan, E'idil Fitri yg mulia :)
ReplyDeletewali... bagi aku alamat rumah...nanti aku pos :)
DeleteSah_kul, kena le ambil foto dengan baju raya sekali. Dial putih cantik dipakaikan dengan pelbagai warna tali.
ReplyDeletecikgu zul... stuju dgn pendapat cikgu. Tapi saya ni nak tukar tali pun terkial-kial...hadoii
DeleteTahniah bro dah ada jam raya! Memang kenala sembahyang raya tu pakai jam macam ni. Aku takde jam raya, cuma pakai Casio Qiblat yang Wali bagi tu je :-)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Eidulfitri. Raya balik ke mana?
PM..Alhamdulillah jam x banyak...so x laa susah sgt nk pilih yg mana satu... Wah PM pn pakai Casio Qiblat raya ni...sure bole main2 jam kalau ter ngantuk masa khutbah raya tu...hehe...sya raya kt sini aja... Salam Aidilfitri...Maaf Zahir Batin PM of rolex...:)
Deleteberapa harga jam ni?
ReplyDeleteRushdan...kalau nak tahu, sms atau email kepada saya. TK :)
Delete