Saturday, December 1, 2012

Cinta kristal - Part 2

 Salam bahagia. Setelah didedahkan dengan sedikit thriller beberapa bulan lepas akhirnya tercapai juga hasrat untuk menghabiskan cerita Cinta kristal ini...
 Inilah juga julung-julung kalinya aku beranikan diri untuk membeli sebuah jam berenjin Swiss. Walaupun dengan berbuat demikian aku tahu ianya telah melanggar akta pembelian jam yang telah aku tetapkan. Tapi kali ni terpaksa juga aku buat pengecualian. Tentu ada sebab-sebab kenapa aku berbuat demikian.
 Antara sebab utamanya ialah aku sukakan design dan kedudukan badan jam yang sedikit mempunyai crown guard dan crown yang sangat memikat pada mata aku
 Juga gigi-gigi halus pada bezel jam juga berbeza dengan bezel-bezel jam yang aku ada setakat ini. Memang tak pedihkan mata.
 Dan antara yang mengejutkan setelah aku bukak kotak pos yang dikirimkan adalah bentuk kristal jam yang cembung macam tudung saji.
 dengan jarum jam tegak tiga tingkat yang sangat sederhana amat sesuai dengan rekaan pada dial jam
 Sedikit lagi pandangan dari sudut tepi. Jelas menunjukkan keunikan kristal jam yang menggunung.
 Badan jam langsung tidak dipolish. Yang ni kalau aku engrave kan nombor kat tepi body tentulah akan jadi macam jam-jam Steinhart atau Laco yang sinonim dengan nombor-nombor pada casing jam...
 Kombinasi markers bulat dan tiga segi pada jam 12 memang kombinasi yang menawan terutama lambang  segitiga tu. Kadang-kadang ada juga jam-jam yang aku jumpa mempunyai elemen yang hebat-hebat tapi kurang menarik akibat kegagalan rekaan makers yang sesuai.
 Pada aku jam ni lagi cantik apabila dipandang dari sudut sebelah kanan terutama apabila melihat kedudukan cadan jam dan crown yang 'terduduk' sangat kemas di tempatnya. Saiz lug 19mm pada jam asalnya didatangkan dengan tali nato tapi aku tukar dengan tropic sport supaya nampak vintage.
 Saiz jam yang yang sederhana sangatlah best. Kadang-kala aku terfikir juga orang-orang dulu walaupun susah tapi sangat beruntung sebab memunyai rekaan-rekaan yang cantik-cantik dan dapat diterima sehingga ke zaman ini.
Serba salah juga aku nak letakkan jam dalam keadaan ini maklumlah bimbang juga jika tercalar. Tapi untuk tatapan sahabat-sahabat semua aku relakan jua.
 Jam yang digerakkan dengan engin ETA 2824 ni pada pandangan aku agak berat sikit semasa dipulas crown nya berbanding enjin Seiko 6R15. Jam yang berkemampuan hack and wind ni juga senang dioperasikan. Jam ini juga didatangi dengan sistem screw in crown yang meyakinkan sipemakainya untuk bermain air. Mungkin ini jugalah antara penyebab mengapa aku padankan dengan tali swiss tropic.
 Hasrat nak memakai jam berenjin swiss dah pun tercapai. Tapi untuk membeli lagi jam-jam berenjin swiss di masa depan belum lagi dpat diputuskan memandangkan harganya yang tak mesra alam. Apa-apa pun aku menganggap pembelian kali ini sungguh unik dan terdapat elemen kejutan terutama cermin cembung tudung saji yang tak disangka-sangka. Jam type I memang cool dengan elemen vintage. 
Cuti sekolah sudahpun bermula. Macam biasa keutamaan untuk berjalan-jalan bersama keluarga lebih diutamakan, makanya dengan ini bajet-bajet untuk jam baru terpaksalah di 'hold' dulu. Tapi jangan 'hold' lama-lama pulak. Kepada yang memandu, berhati-hatilah di jalan raya. Selamat bercuti

11 comments:

  1. Cembung, case gaya benrus, bead blasted case dan markers yg simple mmg killer factor jam ni...crown yg tersorok sedikit juga menambah kehenseman...aku rasa dgn design sedemikian, kasual mahupun suit office sesuai saja dgn jam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..jelas..kehandsome-an jam mengatasi tuan... apa nak buat... :D

      Delete
  2. Salam..
    Berkenan plak kt jam ni,tp harga xbrape brkenan la hahah.

    Sbnanye,sy nk tnye..sy ad sbuah jam brand Perslo(sy pn xpnah)dgr,hdiah dr uncle sy 8thun lalu,dkat caseback/enjin/dail trtulis swiss movement/swiss made,tpi jam ni quartz la n msih brkeadaan baik..

    Soalan sy,kalau trtera series 96 kt caseback jam,adakh jam ni keluaran 1996?

    ReplyDelete
    Replies
    1. misteri juga tu...mungkin juga tahun pengeluaran atau no siri model jam...rasanya kalau enjin quartz swiss pon ada nilai tersendiri dan boleh dipercayai...

      Delete
  3. prtama skali sy nk ucapkn trima kasih sbb sudi bagi quick respon kpda
    soalan sy,nk tgu blogger DuniaJam reply emm mak aiiiii(haha)..bkn ape dh lame soalan ni brmain dlm kepala otak ni haha..
    n dgn blog2 mcm ni la sy bleh brtnya n mnambah ilmu psal jam,wlaupn skarang baru jumpa blog2 camni huhu..


    jam tu sbnarnya brand 10:K(huruf K die mcm lain cket)..
    ni ha ade bbrape pics yg xsbrape skadar prkongsian(bro tlg tgk2 la tol x brg swiss ni ke replica ke, hu2) https://plus.google.com/photos/101028809226006918512/albums/5838538905436073441 ...snap gune n8 je heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tgk gambar2 yg Deen berikan. Rasanya jam tu original cuma pengeluarnya tak berapa dikenali. Cuma saya tak dpt mengesahkan sama ada jam tu buatan swiss atau tak kerana carian di goole juga tak byk membantu. Rasanya kalau buatan swiss keseluruhan, akan ada tertera tulisan swiss pada dial. Ttg enjin jam pula, bagi yg tiruan sukar utk buat stamping swiss made pada enjin sbb kurang berbaloi. enjin tiruan baru pun hanya pakai sticker saja tulisan swiss bagi enjin tiruan gred rendah. Bagi saya jam ni jenis designer watch dengan enjin swiss quartz...wallahualam :D

      Delete
  4. Ade,dkat bawah no.6 tapi tlisan swiss sgt kecil..dh 8 thun sy pn baru prasan tahun ni hahaa.

    1 lg soalan sy,klu jam kjap idop n x pastu trus kong, wlaupn bru 2kar btery ape msalahnye?(sbnanye lpas 2kar btry jam ni kjap idop n x,lpas tu trus idop cam biase plak,lps tu sy gtal tgn canne tah kluarkn btery die,pastu msukkn blik trus x idop..ke kene tkan/sntuh dgn tweezer mane2 litar die?

    Lastly,trime ksih sudi bgi pndgan n jwapan pd soalan jam sy yg xsbrape ni hehe :) ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau ada swiss tu rasanya confirm laa swiss made. Secara logik nya nak buat apa ciplak jam biasa. Baik ciplak rolex...so no worries...ori bro...ttg jam bateri tu...sya pon kurang pasti...sbb seiko saya pon kena mcm tu juga. Utk kes saya sbb kedai masuk salah bateri...terus kong...tp anggaplah da x ada rzki bro...mungkin da tiba masa utk jam baru agaknya...amin

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Urrkk....
    Jam lain ade la 2,3 bijik.ade yg bru xlehla lupekn yg lama kn heheh.

    Tadi tgh usha seiko monter SRP311K1 iras2 nightmonster ,perrgghh,harga pn lg perrrgggggggggh haha.K la bro,thx...

    ReplyDelete
  7. Errr..jam brand apo ni tuan. Cam bekenan jer nengok nye.. Brp hengget jam ni..? diameter case plak brp? Tq jika sudi menjawab..jasamu dikenang..

    ReplyDelete