Saturday, December 15, 2012

G Shock Mini GMN-50 Pink x Black untuk Iqa

 Siang tadi bergegas aku ke pejabat poslaju sebab nak tuntut bungkusan yang baru sampai. Kebetulan semalam masa poslaju sampai aku masih dalam perjalanan pulang dari bercuti. Benda yang pertama aku terkam memanglah letter box. Dan tepat sekali ada di situ keratan penghantaran bungkusan ems yang tak dapat diserahkan.
 Untuk pembelian kali ni, aku berjaya dapatkan sebuah jam G Shock mini GMN-50 pink x black. Jam untuk puteri kedua aku ni hanyalah jam terpakai namun masih dalam kondisi terbaik. Mungkin ada rakan-rakan yang tidak perasan jam G Shock mini. Jam G Shock mini ni sebenarnya adalah keluaran Casio yang menampilkan rekaan yang serupa seperti G Shock asal cuma dengan saiz yang lebih kecil. Maksud aku yang sesuai untuk kanak-kanak atau pun orang dewasa yang sukakan rekaan asal G Shock tapi tak sesuai nak pakai sebab kebanyakan saiz jam G Shock memang besar-besar belaka.
 Tidak seperti kebanyakan jam-jam G Shock yang berkebolehan ketahanan air sehingga 20 bar tapi untuk G Shock mini hanya setakat 10 bar saja.
 Adunan warna hitam dan pink sungguh kontras dan menawan. Terdapat juga satu tingkap digital negetive display pada bahagian bawah dial. Aku belum meneroka lagi dengan mendalam fungis-fungsinya tapi sekali tekan pada butang bawah sebelah kiri akan menunjukkan e-data, world time, alarm, timer, stop watch, hands set, dan day-date.
 Antara yang aku suka tentang jam ni ialah bentuk jarumnya yang berlainan daripada yang biasa aku tengok. Ada iras-iras macam model GA110 sikit pun ya juga. Tanda putih pada hujung jarum jam dan minit memberikan cahaya luminous pada waktu gelap. Selain itu jam turut dilengkapi dengan 2 lampu LED putih yang terletak pada kedudukan 15 dan 45
 Tali jam juga agak super lembut dan sedap. Selain itu buckle dan band retainer juga agak kecil berbanding dengan G Shock biasa.
 Rasanya tak sah kalau tak ada gambar jam di tangan. Gambar menunjukkan jam di tangan Iqa.
Pembelian sewaktu aku sedang bercuti kali ni memang tak disangka-sangka berakhir dengan sukses. Jam G Shock mini yang dibeli memang amat memuskan dan memenuhi ciri-ciri jam yang aku cari sebagai hadiah kepada Iqa. Walaupun pada peringkat awalnya ada sedikit kebimbangan tentang saiz dan kualiti buatan maklumlah jam G Shock mini tak pernah aku lihat ada dijual di kedai-kedai jam untuk dijadikan perbandingan. Bolehlah dikatakan G Shock mini setanding dengan G Shock normal. Cuma yang tak syoknya ialah aku mula jatuh cinta pulak dengan jarum jam berlubang-lubang tu... :D

11 comments:

  1. Cantik bro...sesuai sgt utk dipakai anak-anak...suprising juga sbb barulah aku tau adanya gs mini...masa utk men explore :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wali...TK atas kata2 semangat tu :D ... pakai GS mmg fun..

      Delete
  2. Seriously mmg xtau pun ade g-shock mini...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...hehe...patut rasa syukur sbb tak tau...selamaaattt :)

      Delete
  3. salam..bli kt laman web ape?
    saya slalu bli kat citytime.my jer..

    ReplyDelete
  4. jam ni saya beli dari ebay jepun... citytime pon best sbb harga yg best... :D

    ReplyDelete
  5. yup,btul tu..
    ok thx,bleh usha2 plak heheh.

    ReplyDelete
  6. Bro,nk tnye,batry jam dkat psar malam dgn kdai jam biase same ke kualiti die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiz...ttg kualiti sukar utk dipastikan...tapi saya rasa sama saja kualitinya...cuma kat pasar malam lebih murah...yg penting jenis baterinya sama...tp kalau utk G Shock solar tukar bateri memang mahal...gud luck

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete