Sunday, November 3, 2013

G Shock DW-5030C-1JR 30th Anniversary Resist Black

 Salam hormat. Jamseh meneruskan perjuangan untuk terus menghidupkan blog jam ni dengan saki baki koleksi jam yang ada. Minta maaf bebanyak sebab bulan lepas langsung tak sempat nak buat posting. Apa yang disibuk kan sangat pun aku tak pasti. Kali ni aku akan berkongsi cerita tentang satu lagi jam G Shock yang masih lagi berada dalam koleksi. Jam yang aku maksudkan tu ialah G Shock DW-5030C-1JR yang telah aku perolehi sekitar bulan April yang lepas. Melihat pada gambar di atas dalam forum-forum terus membuatkan aku jatuh cinta. Walaupun hajat awal macam nak membeli GW5000 tapi akhirnya terpaksa ditukar ekoran harganya di luar kemampuan. Kalau dulu time 25th anniversary dia bagi nama black down... ini kali... resist black pula...
 Dengan bantuan seorang sahabat baik (you know who u are bro) dan juga dengan izin Allah SWT akhirnya aku berjaya menempah jam tersebut kira-kira seminggu dari tarikh jualannya. Jam ni kalau tak silap aku mula dijual sekitar 19 April lepas. Seller dari Jepun minta maaf banyak-banyak sebab terlambat hantar sehari dan kalau tak silap aku jam ni sampai kira-kira seminggu kemudian. Yang bestnya aku masih menyimpan kotak pos dan sebab itu juga aku boleh ingat tarikh. Kalau tak payah juga nak ingat tu.
 Beginilah kotak dan segala neka yang datang bersamanya bro. Dengan lambang 30th anniversary yang biasa kita lihat di kedai sebab aku tahu g shock ada menggunakan kotak yang sama untuk versi terhad lain. Cuma yang membezakan ialah kertas module dan hang tag yang disertakan. Oleh itu kalau ada kawan-kawan yang nak membeli dari penjual di luar sana yang mendakwa jam tersebut asal Jepun, pastikan kertas module dan hang tag yang betul unless seller kata tak simpan tu nak buat macam mana. Tapi sebagai peminat g shock benda-benda macam ni memang kita simpan sejak awal. Tak macam zaman jahiliah dulu...semua main buang...sekarang ni semua ada nilai...betul tak?
 Beginilah jamnya... model biasa saja... bila dilihat dari kejauhan.. tak ada magis apa-apa pun.
 Bila dilihat dari dekat, terdapat beberapa kelainan seperti antara muka yang bercorak batu bata dan perkataan PROJECT TEAM 'Tough'. Aku dah lama ngidam nakkan jam yang ada tulisan ni. Minat mula timbul masa keluar semula pada model 25th anniversary tapi sampai sekarang hanya mampu tengok kat skrin pc aja...sedih
 Buckle hitam disadur ion dengan band retainer besi. Tali jam juga nampak biasa macam model 5600 yang ada-ada.
 Yang menariknya model ni mempunyai display screen color yang unik. Agak sukar juga nak menggambarkan warnanya. Tapi aku suka. Ditambah dengan warna dial dan warna cetakan pada bezel memang cun dan sesuai. Dikatakan model ini juga dibuat mirip model asal dw5000 yang pernah dikeluarkan sekitar tahun 80an dulu. 
 Model 30th anniversary ni juga memiliki push button yang menarik. Warnanya seakan-akan warna copper.
 Band retainer dengan di cap dengan 3 bintang dengan tulisan 'since 1983' mengembalikan semula nostalgia lama awal-awal pembabitan Casio dalam dunia jam juga dibuat dalam warna copper yang unik dan menarik.
 Tak lengkap kalau tak ada gambar belakang jam. Model ini datang dengan screwback. Walaupun dalam keluarga DW dan seakan-akan model 5600 tapi module yang dipakai berlainan iaitu module 3421. Tertera juga cetakan lambang 30th anniversary lakaran Eric Haze dan yang paling bestnya model ni dibuat di Jepun, berbanding model-model dw6930 dan g5030 yang kalau tak silap aku dibuat di China. Fikirkanlah...
 Paling tak lengkap...kalau gambar-gambar jam dalam blog aku tak ada unsur-unsur daun dan latar belakang yang kelabu tu memang minat aku.
 Jam kelihatan sederhana saja di tangan pemakainya. Mungkin akan kelihatan lebih anggun dipakai pada tangan yang lebih macho dan tough.
 Terlanjur cuti panjang ni. Aku turut mengambil kesempatan untuk menukar bateri jam anak sulung aku G Shock DW5600LC yang kebetulannya dah habis bateri.
 Bateri yang diperlukan juga sama dengan bateri DW5600C yang pernah aku tukar sedikit masa lalu.
Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati bila mengenangkan pembelian jam G Shock aku pada kali ini. Aku juga sukar nak menafikan yang memang ada terselihat kecenderungan untuk memilih model-model sebigini bila tiba masa aku nak memilih jam yang hendak dipakai. Aku juga merasa amat bertuah dan bersyukur kerana berpeluang memiliki model 30th anniversary. Tidakan Casio untuk menghasilkan versi terhad mirip model-model vintage memang dialu-alukan. Terutama kepada orang-orang seperti aku yang suka pada model-model lama berbanding yang baru. Macam mana nak cakap ek. Nak yang lama tapi baru...begitulah gamaknya bro. Walaupun untuk model 30th anniversary ni ada pelbagai versi warna seperti merah, biru, hitam dan kelabu... nampaknya model resist black ni memang hard tu resist. Kalau tak percaya cuba pegang, lihat dan cium...Insya Allah, anda pati sukakannya.

SOLD - 10/07/2014

15 comments:

  1. Tak macam zaman jahiliah dulu...semua main buang...sekarang ni semua ada nilai...betul tak?.....BETULLLLLL....hehehehe..dulu belasah je bro :p Apart from that, jam ni mmg tersendiri bro...untung memilikinya...sekarang mmg dah takde dah...Cantik dan menarik bro, a keeper for sure InsyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll... Mata nak kena buka luas2 sbb mungkin ada benda2 milik kita tu yg bernilai... Model 5000/5600 mmg best...just nice di tangan keeper bro....hehe

      Delete
  2. salam Bang.. aku baru beli jam ni..knp dekat buckle tu ada tulis "casio china"

    ReplyDelete
  3. salam Bang.. aku baru beli jam ni..knp dekat buckle tu ada tulis "casio china"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Buckle jam saya pon tulis Casio China juga. Tak pelek. Memang ada yg tulis jepun, Indonesia, China dan Malaysia kalau x silap....

      Delete
  4. Salam bro. Saya baru beli jam ni. Button bahagian adjust (kiri atas) ke dalam daripada button yang lain. Jadi susah bila nak tekan. Memang normal ke? Boleh ke repair dekat mana2 kedai jam? Harap bro dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hazmin. Memang normal butang adjust berada ke dalam sedikit kerana takut tertekan secara tidak sengaja. Rasanya x perlu hantar ke kedai kerana memang sifatnya begitu.

      Delete
    2. Terima kasih bro sah_kul. Bukan apa, risau jugak ingatkan ada yang tak kena dengan button adjust tu. Bro bila nak beli GW5000? Lepas ni saya ingat nak sambar GW5000 pulak.

      Delete
    3. Sama2 Hamzin. Hah ni tentu da kena demam square g shock. Model ni mmg best sbb edisi terhad. Tentang gw5000 tu dah bertahun saya idamkan. Tapi fulusnya x kecukupan bro. Gw5000 mmg dalam kelas tersendiri. Awesome

      Delete
  5. Haha. Memang gila yang square G Shock sekarang ni. Lagi menarik yang screwback. Sebelum ni ada model GRX5600GE-1 (globe). tapi kena lenyek dengan kereta. Tu beli DW5030c ni. Cuma module dia basic la. Ada duit mmg nak beli GW5000. Ada dua G Shock jadi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hensem gila bro klu ko pakai gw5000 tu. Meter kacak sure naik punya.

      Delete
  6. Assalamualaikum. Harga pasaran sekarang utk dw-5030c-1jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...harga pasaran jam ni memang di luar jangkaan saya...saya selalu rujuk ebay untuk tetapan harga. Buat masa ni dalam lingkungan rm1.5k. Tapi pastikan jam tu versi JDM untuk kepuasan memiliki yang maksimum. Wallahualam.

      Delete
  7. Asalamualaikum...nak tanya kenapa saye beli jam, tin dye warna hitam pudar dan tulisan g shock tu warna silver padahal ssbelum nie warna hitam pekat tulisan dye warna merah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah sya x dpt komen ttg itu sbb sya x bole gambarkan perubahan warna spt yg awak beritahu. Mungkin saudara bole wasap sya guna no tel yg tertera di tepi..

      Delete