Senyap betul dunia blog jam tempatan sejak akhir-akhir ni. Termasuklah blog jamseh aku yang tak seberapa hapening ni macam terikut-ikut senyap. Agaknya bloger-bloger kat luar sana pun masih menunggu masa yang sesuai untuk entri terbaru.
Korang minat jam quartz tak? Mungkin ada di luar sana yang sudi mendengar nama quartz. Aku tak berapa kisah sangat pasal enjin tapi kalau dapat biarlah masanya tepat. Kali ini aku bawakan kisah sebuah jam Seiko quartz yang aku anggap agak rare juga (bagi level aku).... Seiko juga banyak mengeluarkan jam-jam quartz yang bermutu tinggi lagi dipercayai. Seiko Tu$a 300m pun pakai enjin quartz. Arga janganlah tanya...Aduss!
Seiko quartz tak banyak memiliki nama-nama samaran seperti Seiko automatik yang kadang-kadang kita lebih kenal nama samaran daripada no model jam tu. Termasuklah aku. Kalau tak silap aku jam Seiko quartz yang aku paparkan kali ini diberi jolokan honey comb dengan sempena mengambil nama dari bentuk logo seolah sarang tabuan pada dial jam... Ada gak model-model lain yang aku pernah terbaca macam twin quartz, twin honey comb dan V.F.A
Jangan terkejut pulak. Di bahagian belakang jam ni macam ada bonjol tempat akses untuk memudahkan pemilik jam menukarkan bateri...
Bracelet ss ori yang berkilat siap dengan spare link lagi. Memang berkilat habis...
Kristal jam agak menonjol seperti kebanyakkan jam-jam Seiko automatik lama.
Aku tak gunakan Soft 99 untuk mengilatkan jam. Jam memang sediakala kilat... :)
Dengan single date dan rekabentuk yang simple, memang kacak. Dial silver memang sederhana dengan tali jam sama mirror polish nampak perfect.
Jam kelihatan selesa dipakai dan tidak terlalu kecil di tangan. Jam quartz memang pilihan aku pada waktu-waktu malas aku sampai. Tapi tak mahu pakai brand lain nak juga jenis Seiko quartz tapi tak mahu model baru nak pakai yang klasik. Payah-payah.....
senyap psl xde idea baru...sabo je lah
ReplyDeleteJam-jam ko mmg cantik2 kan bro? Takde calar2 pun :)
ReplyDelete24 jam ... tak ada idea tak apa. Tak ada jam nak cerita lagi susah hehe :)
ReplyDeletewalikad ... betul ker? terharu aku ... nampak clean sebab kamera agaknya hehe. Jam tak cantik pun ada gak aku simpan...
cantek bro cam walikad cakap tu. Hari tu jumpa kat rengit. Tuan kedai takda nak belek2... lain kali nak pi tgk lain
ReplyDeletedj...da dekat sgt laa tu. Jam-jam Seiko lama masih boleh dijumpai jika kita tgk betol2...tak rugi beli sbb mmg berkualiti...
ReplyDeleteTak rasa lain ke tangan pakai caseback dia ada yg menonjol tu?
ReplyDeletePM... mulanya ada gak perasaan macam menyakitkan tapi bila jam saiz kecil selalunya bracelet longgar sikit berbanding jam bersaiz besar. So rasa sakit hampir tiada dirasai langsung.... bagi mereka yang suka pakai ketat mungkin juga... :)
ReplyDeleteHi Blogger!
ReplyDeleteHappy to hear this from you. You wrote amazing things that is very knowledgeable.
Could you please help me out? Where can I purchase
Wholesale chakra Jewelry? .
Looking for online Wholesale silver gemstone Jewelry supplies
or searching terms like Silver gemstone rings,
silver gemstone earrings, wholesale silver gemstone bracelets,
Yoga jewelry or new age jewelry are ways to find and buy chakra jewelry. But visiting a new age site is also a likely
source and may offer a fun and exciting experience for any shopper.
Hope you will help me out. Keep uploading good content. It�s very helpful for me