Dulu aku beli sekali 3 biji jam Seiko LM Special. Putih, silver dan biru. Jam memang cun sepertimana yang dinyatakan oleh penjual. Katanya bukan senang nak dapat LM Special dalam keadaan macam ni. Zassst, ambik kau aku angkat aja semua yang ada. Kalau tak silap daripada bacaan dan penemuan yang aku dapat dari internet, jam Seiko LM Special ialah base movement untuk Seiko King.
LM putih ni lain macam sikit sebab lambang LM kat dial berwarna keemasan. Putih dan menyenangkan.
Aku tukar tali kulit (agaknya) supaya jam nampak menonjol. Lagipun tali bracelet SS original yang ada terlalu kecil untuk aku (SOLD)
Jam LM silver ni memang pilihan aku...
Dari jauh nampak berkilat je. Crown jam agak kecil sikit tapi betul-betul tenggelam mengikut bentuk case jam.
Kebetulan pula tali bracelet SS origianal LM masih ngam lagi aku tak ubah apa-apa pun..(SOLD)
Biru ?...aku pun tak tahu kena aku beli jam biru. Mungkin kerana dial biru agak unik dan menarik perhatian. Lagipun aku banyak baju biru. Why not...
Clean and clear
Dan salah satu penyebab yang susah nak dilepaskan ialah haribulan kanji. Secara tak langsung boleh pandai gak sikit-sikit tengok tulisan Jepun ni hehe
Ramai sangat yang bertanya di luar sana tentang gambar-gambar tambahan jam-jam LM Special ni, so aku buat la post istimewa untuk rakan-rakan yang berminat nak melihat dengan lebih jelas tentang jam special yang aku nak jual ni. Jam dengan kaliber hi-beat 28800 bph dengan harga yang begini murah mana nak dapat. Kalau dengan specs macam ni baru dah berapa. Boleh hack dan kunci lagi tau. Boleh tengok SINI untuk rujukan
Yang putih tu menggamit hati bro :) Cantik
ReplyDeletewali...memang betul kata tuan. Manis sekali jika dipakai. Anggun dan menawan. Sayangnya sudah ada yang meminang
ReplyDeleteTu la.. yg putih tu mmg betul2 menggamit jiwa... hehe
ReplyDeletedj...menggamit tak apa, jangan menggores ;)
ReplyDeletesimple...kemas bergaya bersama kemeja dan khakis
ReplyDeletedial putih lawan hands yang panjang/hitam dengan markers nipis hitam... memang mengancam...
ReplyDeleteAbg Lan...apa nk buat jam dah dipinang orang seberang. Tinggal kenangan manis aja...
ReplyDelete