Friday, August 26, 2011

skx399 dengan tali Matterhorn


Setelah seminggu menunggu akhirnya tibalah tali jam yang aku tunggu-tunggu untuk dipadankan dengan jam Seiko skx399 yang aku terima minggu lepas. Mungkin ada yang tidak tahu tentang kewujudan skx399 ni. Aku pun secara kebetulan terbaca tentang skx399 di blog quartzimodo dan seterusnya jatuh cinta pandang pertama...

Nak diceritakan panjang lebar tentang skx399 rasanya dalam bloq quartzimodotu dah detail diceritakan biarlah aku cerita serba sikit tentang tali jam baru ni. Itu pun dari sudut estetik aja...

Aku ambil keputusan untuk membeli warna coklat gelap sebab merasakan sesuai untuk tema jam ini. kalau dulu aku pilih coklat terang kini coklat gelap pula. Untuk model ni band retainer nya boleh dilaras tapi agak sukar untuk masukkan hujung band sbab dia snug fit.

Dengan 2 baris jahitan tali jam nampak sedikit rock pada mata aku. Yang peliknya kali ini lubang kedua akhir cukup selesa untuk dipakai berbanding lubang satu pada tali skx007 aku yang lepas.

Tali jam yang tebal agak keras pada awal pemakaian dan agak sukar mengikut kontur tangan. Anda perlu bersabar kerana tali kulit mengambil masa untuk selesa dipakai. Tapi bila dah sedap...memang tak hingat

Perbandingan warna antara 2 warna coklat yang ditawarkan. Kedua-duanya ada kekuatan tersendiri... Setelah masuk kali kedua aku menggunakan tali jam Matterhorn ini bolehlah aku merumuskan bahawa tali jam ni sangat berbaloi dan baik kualitinya. Aku juga memutuskan untuk menganggap kedua-dua divers skx aku ni sebagai dress watch. Terima kasih kepada tali jam matterhorn yang berjaya mengatasi masalah saiz jam yang aku hadapi.
Kepada rakan-rakan yang sudi menyinggah di blog aku yang tak seberapa happening ni, aku ingin menyusun sepuluh jari jika ada salah dan silap atau terlanjur kata yang menyakitkan hati kalian tanpa atau memang disedari. selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

10 comments:

  1. Cun bro! Aku suka tali tebal2 camni... berapa rega tali ni & ada link tak?

    ReplyDelete
  2. Mmg cun sbb tu la hehe. Aga siap register post dlm rm75+. Bole cari kat sini http://shop.ebay.com.my/hitata2009/m.html?_trksid=p4340.l2562

    ReplyDelete
  3. Pasangan yang padan bro...harga pun berpatutan sgt...berapa lama postage bro?

    ReplyDelete
  4. Wali...setakat 2 kali pembelian guna register pos (termasuk dlm arga brg) pos Jumaat lepas sampai Jumaat semalam. Happy2. Kiriman guna envelop saiz A4 haha. Tp ttp susah nk lawan super oyster :)....

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan pantasnya tu :) nak try beli dari sana plak. Hehe..aku punya supe oyster yg hollow end link aje...itu pun lebih sebulan woo tunggu :p Hehehe...Alhamdulillah hasilnya seperti yg diharapkan :)

    ReplyDelete
  6. Wali...pergh tu yang tak tahan menunggu sampai sebulan. Sampai badan seram sejuk. Cuba lah beli se tali jam dr Thailand ni...kang merajuk pulak skx007 ko tu, dahlah tali oyster ko bagi kt scubapro. Tak gitu :)

    ReplyDelete
  7. Hehehe....betullah tu :) Baru dpt idea lps baca post ko ni bro

    ReplyDelete
  8. Wali...skx pakai tali kulit bila kena dengan blue denim mcm pinang dibelah dua. Rawk habis hehe

    ReplyDelete