Selalu juga aku mencari idea mencari jam-jam baru dengan membaca blog-blog jam tempatan. Secra jujurnya aku tak pernah ambil pot langsung dengan model jam ni walaupun aku tahu kewujudannya sejak sekian lama sehinggalah aku terbaca artikel dalam blog walikad yang jual seiko monster beliau untuk dapatkan seiko skx007. Pelik juga. Hebat juga penangan skx007 pada hemat aku lalu macam biasalah bila dah hari-hari mengkaji tentulah aku terjatuh cinta jua. Akhirnya seutas seiko skx007 berjaya aku perolehi sekitar bulan Jun yang lepas.
Seiko skx007 ni masih lagi mudah diperolehi di kedai-kedai. Atau dengan lain kata lain, masih bersepah lagi. Mungkin sebab itu jugalah ianya tidaklah menjadi siulan peminat dan penggemar jam Seiko. Aku suka bercerita tentang jam di blog sebagai satu wadah aku melahirkan rasa gembira di samping bertukar-tukar info. Bukan senang nak cari rakan berbual yang sama minat. Kat rumah ni nasib baik bapak aku ada minat sikit-sikit pasal jam dapatlah aku borak-borak jam hehe...
Tapi harus diakui bukan semua orang tahu tentang jam. So dengan paparan yang aku buat ni sedikit sebanyak tentu dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari maklumat di luar sana.
Seiko skx007 ni bukanlah dalam kategori mahal atau lebih tepat lagi sederhana murah. Bila aku pakai di tangan memang tak dapat dinafikan kesedapannya. Dan yang lebih sedap lagi sebab dia tak mahal. Bagi aku yang bajet ciput ni kalau adalah pakai jam mahal nath-ntah orang cakap aku pakai jam kentang hehe. Antara faktor yang aku suka tentang skx007 ni ialah hour markers-nya yang bulat, nampak sedaplah mata memandang...sikit-sikit mirip macam Sumo dan Marimaster pun ada (perasan la tuh :)
Makin lama pakai makin bertambah sayang pulak aku dengan jam ni. Masanya pun ok. Dan aku pun tak mengharapkan sangat kejituan masa yang perfect bagi jam yang berharga sederhana seperti ini. Setakat ini belum lagi aku terpaksa membetulkan masa jam apabila aku sedang memakainya. Tapi bagi mereka yang sukakan jam terpakai tentulah sudah maklum bahawa jam-jam lama@terpakai tentulah tidak terjamin ketepatan masanya...
Gambar-gambar di atas aku sisipkan semasa aku dalam proses menukar tali jam. Eh! tukar tali jam? Biasalah bros, tukar tali aja yang aku pandai. Itu pun nak buat terkial-kial huhu. Mungkin dikesempatan lain aku akan paparkan tali pilihan aku untuk mat bond ni. Tunggu....
Sebagai penutup bicara, tentulah tidak sah kalau tak ada gambar luminous Seiko yang ultra popular tu. Luminous Seiko skx tidak sehebat luminous Seiko Monster tapi cukuplah untuk menerangi tidur anda sampai ke subuh. Seiko Skx007 ni ternyata popular sehinggakan terdapat model baru seperti Seiko Alpinist SARB059 dan SARB061 yang masih menggunakan body skx007 tetapi dipacukan dengan enjin 6R15 tapi dengan harga 3 kali lipat. Kadang-kadang pelik pun ada dalam banyak-banyak jam mahal, jam murah juga yang jadi pujaan. Anda bagaimana??
Jam ni memang taste aku bro :) Segak di bawa ke pejabat mahupun semasa beraktiviti...hehehe...tulisan 21 Jewel di bawah "200m Diver" menambah lagi nilainya
ReplyDeleteWali...Tk krn secara tidak langsung memperkenalkan aku dgn 007. Betul spt kata ko jam ni mmg sesuai utk semua majlis hehe. 21 jewels tu kebetulan aja bro :)
ReplyDeletesalam ramadhan. aku dulu ada 1 skx007K,K tu maknanya dipsg di HK/Spura.(kalu tak silap la), tp dah jual.bracelet jubilee dia mmg sedap dn jam pun sedap. sesuai utk buat beater tp aku dah ada 1 beater yg sdg berkhidmat dgn cemerlang-sitizain diva hehe...
ReplyDelete24hrs...Salam Ramadan Al Mubarak ya sheikh. Sedap tak membatalkan puasa tak apa kan cikgu hehe. Aku lum ada citizen lg laa. Tgh riki2 gak mana2 yg bekenan :)
ReplyDeletewksalam. nak sedap lg tunggu kt2 berbuka keh3. sitizain x byk yg aku berkenan. stakat ni cukuplah diver 150m vntg tu dn diver pepsi belasahan baru dr. walikard...
ReplyDelete24jam...cikgu, sbab tu la klu nak tgk2 jam kt internet tgu lepas bbuka haha. boleh tbeli benda yg x spatutnya. Wah nampaknya cikgu da sampai tahap steady nih cukup dgn 2 aja...nk kna blaja gak nih hehe :)
ReplyDeleteKalau Rolex hebat dgn model evergreen Submariner.... Seiko pula hebat dgn model evergreen SKX Bond!
ReplyDeleteDj...Tk krn dlu masa sya nk amik jam ni ada sya rujuk Dr pasal harga... yg lebih hebatnya Seiko sbb harganya yg mampu milik... ;)
ReplyDeleteAku pernah sebut bahawa kalau aku ada satu jam aje, aku rela ada Bond ni aje.
ReplyDeletehttp://pencintamasa.blogspot.com/2011/01/seiko-gergasi-jepun.html
Design wise for a diver/beater, Bond ni perfect!
PM...masa artikel tu kluar aku lum kenal jam lagi...better late then never...coz u'll never wear skx bond alone... :)
ReplyDeletewow ... I need to try & feel .. might join the SKX007 team soon .. vs the dilot (best watch wins) 4r15 vs 7s26 (tgh research) hehehe..
ReplyDeleteimho MY vs. JP, not an issue for me but money is ... hehehe .. i rather go MY a collector say "you are gonna bash it anyway, why bother"
the 6r15 gain 3sec per day ... i hope it dont' call his friends ... :)
bro Shah congratz on your purchase !!
Adr bro... This watch gets more time wrist in every week compared to others. I don know why. If u like ur 7002, probably u will like this one too hehe.
ReplyDeleteI agreed that funding is an issue but I am willing to pay extra for the Jap. The damage will be forgotten when u get ur watch :)
The 6r15 has .... oh no, suddenly I lost my words. Neeeeed tooo ooo ree ssiisssst aarrggggh :)
salam.....nk tnya skx007 tu brp hrga....mrket price yg baru dan second hand.
ReplyDeleteSalam. Mengikut pengiraan hamba yg x brp arif ni arga skx007 ada 2 jenis. Yang J atau K. Kalau ikut arga ebay buy it now yg K dlm rm400+. Yg used bole dpt lg murah bergantung pd kondisi. Dan yg J ada mahal skit. Tp semuanya bergantung pd rzki kadang2 pn bole dpt murah. Harga kedai mungkin dlm rm600+ tp x dpt dipastikan. Yg J hanya ada di on9 aja. Yg K boleh dibeli di kedai2
ReplyDeleteAku tak pernah jumpa model J lg kat sini.. Takda rezeki.. Dok jumpa international punya model. REga semua lebih RM1k sblm diskaun.
ReplyDeleteDj...Alamak salah info sbb sya selalu beli dr on9. Mungkin harga yg saya bagi di atas dr tahun 2006 agaknya. Kalau beli dr kedai yg slalu kita pegi bole dpt rm700 kot slps diskau 30% :)
ReplyDeleteMmg dok jumpa semua kedai yg aku pi mmg harga baru lebih RM1k. Nak murah byk mmg beli online. Aku pun nak beli online kalau nak beli jam ni. Murah byk. Hehe
ReplyDeleteDj...tapi x semua kedai yg masih ada simpan lg skx007 ni. On9 ok tapi kna amik risiko skit hehe :)
ReplyDeleteMaksud aku, semua kedai yg aku pi rata2 di mana2 pun.... yg jual jam ni la.. mmg lebih RM1k.
ReplyDeleteKedai regular aku ada jual jam ni. Tp tak pernah aku tanya plak best price untuk aku berapa. Hehe
Dj...Lum cuba lum tau. Tapi baik jgn tanya nnti trbeli la pulak.
ReplyDeleteBerdasarkan maklumat dr sdr Dj, bolehlah dikatakan aga dlm cermin utk skx adalah dlm lingkungan rm1k+ sebelum diskaun.
Tu yg tak berani tanya... nnt tak sengaja beli plak. Haha
ReplyDeletehahaha.. I am loving it, waiting the passion to boom .. to me the 7002 is nice & solid. 007 was never in my mind until I read your blog (sendiri cari pasal)
ReplyDeletei hate those day/date ... too much hate ended love.. hehehe
why not ? it's an advantage day & day + jublee bracelet ... haaa matt dial tu yg tak tahan.. !!!
Adr... I envy ur 7002j bro. Maybe someday. BTW, nobody married with his/hers first luv. Always the last choice. no wonder we ended up like this haha. And the longer I look to the first pic, I felt like the watch speaks to me...strange
ReplyDeletehahaha..tell me about it bro... 7002J is almost every where not much demand ..take your time & get a good condition unit. (if you want one)
ReplyDeletelooking at your collection... bond, monster... etc (a bunch of swimmers) ..
give it a try...& beware.. hheehe
Adr... The smaller watch does not suit my not so big wrist... Even my wife can tell it does not fits me well...Problem is, I got few small sizes watches that need to find new home...anyone care??
ReplyDelete