Thursday, August 11, 2011

Matterhorn Enzo

Pada post terdahulu ada aku ceritakan tentang usaha aku menukar tali skx007. Sebabnya ialah aku baru saja menerima tali jam Matterhorn Enzo yang aku beli dari negara Gajah Putih semasa post tu dibuat. Lihat sajalah pada setem gajah yang tertampal pada sampul surat saiz A4 yang aku terima. Bila aku bukak sampul, perghh gempak siot... Ada 4 warna pilihan iaitu brown, dark brown, cream dan black. Aku pilih brown sebab aku suka brown hehe
Aku sebenarnya mendapat ilham setelah membaca artikel dalam bog thethicktack yang menjual seutas tali jam yang serupa tapi telah di "sold". Tanpa mengenal rasa lelah aku terus memburu dan menjumpainya ada dijual di ebay. Apa lagi zaassttt. Gambar di atas adalah perbandingan buckle tali jam dengan buckle tali-tali jam yang ada dalam simpanan aku. Besar kan??
Dua gambar di atas ni aku ambil secara tergesa-gesa. Angle pun mcm tak kena. Bagaimanapun tali kulit ni memang selesa dan lembut. Jika diperhatikan betul-betul lubang-lubang pada tali jam berbentuk empat segi dan agak unik sesuai sekali dengan stailnya. Sayangnya aku rasakan tali ini tidak begitu mesra kepada yang mempunyai ruas tangan yang kecil atau terlalu besar. Saiz tangan aku sekitar 7 1/4 inci ngam-ngam saja ditakuk lubang paling dalam. Kalau saiz tangan anda lebih kecil maka terpaksalah menebuk lubang. Tapi masalah juga timbul jika saiz tangan terlalu besar kerana baki hujung tali tidak dapat dimasukkan kedalam 'band retainer' :(
Skx007 kini tampil berbeza setelah dipadankan dengan tali Matterhorn ni. Besar kemungkinan gandingan ini akan aku kekalkan. Jika anda sukakan gandingan ini, sila angkat tangan :)

7 comments:

  1. \0/ Hehehe..dua tangan aku angkat. Yang warna hitam ada ke bro?

    ReplyDelete
  2. Wali..kalau hitam stitches nya putih. Aku beli satu aja utk test service. Arga skrg dlm rm75 siap pos... :)

    ReplyDelete
  3. bro Shah ...strap fever ...you did it again ... i kena virus dah :)

    ReplyDelete
  4. Adr bro... Sorry for the contagious fever :) I like fresh look for my watches. Macam simple facelift. Nak beli jam selalu tak mampu...

    ReplyDelete
  5. Fuh! Cun la! Mmg cantik tul jam tu. Aku suka la tali tebal camtu

    ReplyDelete
  6. Dj..Tali tebal memang gempak. Macam teringin pulak nk beli yg dark brown...tapi nak masuk jam yg mana?? hehe ;)

    ReplyDelete
  7. bro...berapa tali Matterhorn ni...berkenan pulak nk letak kt 7002

    ReplyDelete