Wednesday, September 28, 2011

Raksasa darat


Kadang-kadang ada jugak rasa menyesal bila da tercebur dalam dunia blog ni. Apa ke taknya. Bukan senang nak cari fresh idea untuk posting. Pulak tu kena pulak buat blog pasal jam. Silap hari bulan boleh rabak. Jam aku tak banyak so aku pilih masa yang betul-betul ngam untuk posting. barang-barang muzik pulak banyak bawah katil buat masa ni belum sempat lagi nak snap. Kali ni aku sisipkan cerita pasal jam Seiko diver. Eh! Seiko lagi? Dah jam jenis ni aja yang aku ada apa nak buat. Nak review jam R*/e% tak tahu laa bila. Seiko yang tak seberapa mahal ni pun tak cukup duit.... betullll

Rasanya korang pernah jumpa model ni kan... Ada yang panggil landmonster. Sejenis spesis divers jugak dengan kebolehan selaman 200m. Tak sangka pulak aku berpeluang memiliki jam ni. Ni pun second hand je bro. Bila tuan lama dia sms aku kata nak jual, apa lagi terpaksalah aku selamatkan hehe. Sekali pandang saja jam ni dah nampak gedabak. Bagi yang lemah semangat memang lah tak berapa sesuai. Aku sangat suka dengan kombinasi dial oren dan bezel hitam. Teringat macam sumo oren. Sumo pun single date aja. No no. Ini ada lagi sikit extra...

Semuanya nampak tebal. Siap ada kompas. Tapi yang buatkan cerita tak habis-habis tu ada nam Malaysia pada sebelah bawah dial. Ramai yang macam tak percaya bila aku tunjuk.

Alamak! ada 2 crown laa. Inilah jam pertama aku yang pakai 2 crown. Yang sebelah atas (gigi halus) crown untuk setting haribulan dan masa. Crown yang gemuk dan gagah kat bawah tu untuk adjust kompas. Hari tu masa belum ada jam ni tengok kat blog walikad dia ada franken oren yang pakai crown gemuk ni. Meleleh habis. tapi sekarang da ok sikit sebab dah ada hehe.

Lug jam saiz 20 aku rasakan memang sesuai dan unik untuk jenama Seiko. Kristal jam pula jenis leper saja. Kalau tak silap bezel jam ni PVD coating. Apa ke bendanya aku pun tak berapa tahu. Yang penting cantik... Sekali lagi crown bawah yang besar memang sepadan betul dengan bentuk jam... Dial oren juga kelihatan lebih mengancam dengan tali getah.

Katanya jam ni untuk pasaran US.

Caseback pun nampak unik dengan logo tsunami yang kecil di tengah-tengah. Sekali pandang aku lebih suka dengan gaya begini berbanding logo tsunami yang besar di tengah. Enjin 7s35 ni boleh tahan jugak hebatnya.

Bila dilihat dari tepi kelihatan jam landmonster lagi tebal daripada Seiko monster biasa. Terlanjur cerita pasal raksasa ni teringat pasal konsert 2 raksasa. Aku memang tak pergi. Zaman live konsert aku dah lama berlalu huhu...

Walaupun dengan muka yang garang, luminous Landmonster kelihatan agak kureng berbanding luminous monster. Luminous siri Seiko Monster memang legend.

aku pun tak berapa pasti sangat berapa kerap aku boleh buat posting pada masa akan datang. maklumlah jam tak banyak yang nak direviewkan. Bulan september ni aku hanya sempat post 2 kali saja. Harap-harap akan ada lagi cerita-cerita jam daripada aku. Biarpun jam yang dipaparkan biasa-biasa saja harap kalian sudilah mengikutinya. terima kasih.

4 comments:

  1. setara ni kira tak biasa dah brooo

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh menambah hakmilik tu masih bersemangat tu bro.Sesekali ada posting baru pun ok, daripada senyap aja.

    ReplyDelete
  3. best la dpt jam yg takda kat sini.... cun jam ni

    ReplyDelete
  4. Salam...maaf lambat nk reply sbb ada masalah skrg ni...

    amar.. oo ye ker. Intermediate agaknya hehe..

    zul... T kasih cikgu...jam ni dah lama dlm simpanan. Tu yang sedang berkira2 bimbang terlalu cepat post sampai dah tak ada apa nk review...

    Dj... Mmg tak sangka bole dpt. Aga tawaran pn menarik dan sukar ditolak.

    ReplyDelete