Wednesday, November 9, 2011

Ada apa dengan multiband?


Pernah dengar cerita pasal multiband a.k.a wave ceptor? Salah satu teknologi masa kini yang menggabungkan gelombang radio dengan jam tangan dengan satu tujuan iaitu mendapatkan masa yang paling tepat setiap 3 jam. Wow, memang hebat. Tak perlulah kita sibuk-sibuk nak tekan atau pusing-pusing crown nak dapatkan masa yang paling tepat. Semuanya secara automatik. Tapi ada setengah mazhab horologi berpendapat jam ni jam yang tak ada seni.

Kalau dilihat harga pasaran semasa untuk model ni boleh tahan jugak harganya. Mujurlah aku berpeluang mendapatkan secara tidak sengaja atau lebih tepat lagi bernasib baik dengan harga murah kira-kira 2 tahun yang lampau. kalau tak silap aku model jam ni ialah dari keturunan G Shock GW-5600J-1JF

Case belakang agak special kerana menampilkan perkataan "The G 5600". Aku pun tak pasti apakah maksudnya. Adakah ia adalah "The G" yang dicari-cari. Malangnya gambar di atas sikit goyang kerana agak sukar nak ambil gambar macro kalau pakai tangan kosong. Memang payah.

Berbalik semula kepada topik asal kita iaitu ada apa dengan multiband? Baiklah selain daripada perkataan wave ceptor yang tertera pada sebelah hujung atas kanan dial jam ni juga boleh tukar paparan haribulan dengan menekan butang adjust. Tapi aku selalu pilih paparan haribulan kerana nampak menarik pada mata aku.... Sayangnya tak pernah sekalipun aku dapat tangkap signal radio walaupun puas aku sidai tepi tingkap. Mungkin kalau aku tinggal di tempat tinggi boleh jadi boleh terima radio signal agaknya.

Paparan kali ini juga merupakan julung-julung kalinya aku meletakkan watermark atas nasihat blogger DJ.

G Shock tak kira apa bangsa pun memanglah sedap di tangan. Dulu banyak aku simpan macam-macam warna tapi sekrang tinggal kebanyakkannya hitam saja. Kadang-kadang kalau pakai G Shock yang agak rare sikit pun macam best gak hehe.

Demam jam aku agak slow sikit kebelakangan ni. Jangan katakan Rolex, Omega, Seiko 5 pun tak ada dalam senarai buat masa ni. Mungkin juga belum lagi mula mencari. Kalau dah mula terbeli susah pulak nak stop. Tu yang payah

12 comments:

  1. Aku minat jugak dengan model2 wave ceptor ni...tapi diff kat rege yang rasa berat hati skit tu. Kalau Malaysia boleh pakai, teringin gak, sure tepat masa punya :)

    ReplyDelete
  2. setuju dengan walikard, jam ni berapa harga pasaran kat malaysia? beza ker dgn tak ada wave ceptor?

    ReplyDelete
  3. sah kul, multi band ni yang connect to atomic clock tu ke? Kalau ya, Malaysia memang tak dapat bro.

    ReplyDelete
  4. wali bro... siapa yg x tergoda dgn waveceptor bro mcm seiko divers yg ada 21jewels kt bwh dial pnya rare tuh hehe

    ReplyDelete
  5. Anonymous bro... beza jgk laa klu dgn model kt Msia ni. Kalau nk beli kna bli secara online. Bole tgk link untuk harga semasa utk jam ini http://www.ebay.com.my/itm/NEW-CASIO-G-SHOCK-GW-5600J-1JF-Watch-/120801360228?pt=Wristwatches&hash=item1c20527964#ht_2837wt_905

    ReplyDelete
  6. PM...Yup tepat skali telahan tuan. Mmg jam ni utk connect dengan atomic clock. Mmg da tau tak dpt signal tp tak tahan godaan. Jadi laa dpt pakai satu yang paling murah. Yang multiband lain lagi laa tak mampu bro.

    ReplyDelete
  7. cayalah bro... elok sgt letak watermark tu. Hehe... Menarik juga jam ni. Yang paling menarik dia kekalkan design yang evergreen

    ReplyDelete
  8. Dj...TK atas pesanan watermark tu ye. Model 5600 mmg evergreen. Sesuai dipakai semua peringkat umur. Tak kira muda ataupun tua...betull

    ReplyDelete
  9. oooohhh evergreen... tak silap this model dlm movie speed tu ke ?

    ReplyDelete
  10. Adr...no bro yg ni bukan model speed. Yg speed caseback pakai screw down bukan 4 screws. Speed model no siri DW5600C. Kalau pakai gerenti sejuk tangan :)

    ReplyDelete
  11. any chance nak tangkap speed model tu or military punya..hehehe.. i skrg takut mau g-shock shoping leh..

    ReplyDelete
  12. Adr... G Shock fake are easy to spot unlike casio edifice. Speed model retro+nerd+cool. Military model hot+stealth....

    ReplyDelete