Model-model terbaru G Shock banyak dilengkapi dengan kemudahan tough solar aka solar energy aka RE&EE. Yang tak berapa sedapnya bila dah lama tak dipakai maka akan surutlah kuasa simpanan kuasa bateri jam. Kadang-kadang aku pakai macam orang tak betul laa pulak sebab asyik nak kenakan dial jam pada arah matahari. Tapi memandangkan cuaca yang kerap hujan kebelakangan ni maka sukar juga nak mengumpul tenaga untuk cas bateri dengan cara demikian. Adalah lebih baik menyidai dengan menghadapkan muka jam ke arah matahari kerana ia lebih cepat dan berkesan. Cuma jangan terlupa nak angkat. Gambar di atas adalah bukti sebenar aku sidai jam di gate luar rumah. Ingatkan nak sidai dalam 15 minit tapi berlanjutan sampai ke maghrib. Mujur masih di situ. Oleh itu kepada yang suka menyidai jam seperti aku jangan lupa angkat jemuran ye :)
Fuhhh...mahal sidaian tu :) Betul tu, tuannya jangan lupa angkat. Lambat-laun terangkat juga, takut2 bukan oleh empunya :p
ReplyDeleteGelabah jugak masa tu bila teringat jam ada kat pagar rumah lagi. Mujurlah masih di situ. Alhamdulillah :)
ReplyDeletelain kali mau sidai please let me know..hehehe .. no play2 2422 model.. more pictures please .. itu rick & dee model tak beli ke ?
ReplyDeleteKalau terbang pun takpa... G-Shock ma... hehe
ReplyDeleteadr bro... nnti I sms u bila nk sidai ok hehe... Model rick no deal ada laa haha :)
ReplyDeleteDJ... G Shock mmg tough...tp tuan nya yang lemah semangat haha
ReplyDelete