Wednesday, October 26, 2011

Seiko BM

Bukan senang nak dapat gelaran yang ada kaitan dengan negara kita. Walaupun tak sama maksud tapi gelaran Seiko BM a.k.a Seiko black monster boleh juga kita guna pakai untuk macam Seiko Bahasa Melayu @ Malaysia. Seiko monster yang ultra popular ni memanglah tak perlu diperkenalkan lebih lanjut tapi aku suka nak berkongsi cerita tentang jam-jam yang pernah suatu ketika hadir dalam hidup....
Secara alami aku merasakan kombinasi Seiko BM yang berdial hitam sangat sesuai dengan bracelet SS berbanding Seiko OM yang aku rasakan sedikit kureng jika dipadankan dengan bracelet SS. Apa-apa pun kedua-dua model jam ni sesuai dipadankan dengan mana-mana kombinasi sama ada bracelet SS atau tali getah...
Warna dial hitam yang pada asalnya kurang mendapat tempat di hati nurani aku sedikit demi sedikit mula menyerap. Seakan-akan ada sentuhan formal bila aku mengenakan jam ni berbanding Seiko OM yang agak sporty bila digayakan.
Jam ni adalah jam Seiko monster yang ke-tiga dalam koleksi aku. Kadang-kadang aku rasakan luminous Seiko BM ada sedikit extra ummph jika dibandingkan dengan luminous Seiko OM. Mungkin perasaan aku aja kot.
Seperti Seiko OM, Seiko BM ni turut mengikut jejak langkah abangnya bila turut disunting jejaka Pahang tempohari. Ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan atau menggembirakan namun takdir dan desakan hidup membuatkan aku terpaksa melepaskannya pergi. terima kasih untuk kenangan terindah. Semoga kau terus berkhidmat cemerlang. Selamat jalan.....

6 comments:

  1. Cantik jam ni... nak kena tukar pakai kamera DSLR nampaknya... hehe

    ReplyDelete
  2. dj...kalau boleh jantung jgn berdegup kuat dan tangan gigil haha :)

    ReplyDelete
  3. Eh, asyik lepas aje aku tengok! So apa yang tinggal?

    ReplyDelete
  4. PM...ada la sekit lg yg tinggal buat main-main masa sunyi. Aku da byk muhasabah diri akeke :)

    ReplyDelete